Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

cERItAKU..:)


ASSALAMUALAIKUM..


Semester kedua pun dah mula.so apalagi bertambah-tambahla kesibukan, kena buat assigment lagi ,ko-k, present n so on..fuhhh..agak memenatkan..nasib baikla ko-k xstart lagi klu x bertambahlah keletihan pada diriku ini..nak kena kejar masa dan berjalan jauh untuk sampai ke foyer farmasi..nasib baik juga sem nie xde kelas yg dekat dengan waktu ko-k. xla aku terkejar-kejar macam sem lepas.
Sem nie jugak aku ditugaskan dalam bahagian pemasaran untuk temasya sukan tahunan..aku pun xtau mcm mana al maklumlah first time katakan..sebelum nie just dengar2 je tetapi sekarang kena bertugas dalam bahagian itu..aku manala tahu menahu..walau bagaimanapun aku akan cuba buat yang terbaik bagi menjayakan kerja2ku dalam bahagian itu..aja,aja, fighting!!! bersemangat2... harap2 bolehla ye..(demi mengejar mata mycsd..huhuhu)

Seperti insan2 lain aku juga inginkan perubahan ke arah yang lebih baik..kenapa aku still menjadi seorang yang pemalu,penakut dan tidak ramah...aku tidak tahu cara untuk bermesra dengan orang lain.walaupun aku mengenali ramai orang aku tiada keberanian untuk mendekati mereka.aku juga tidak berani bersuara dan kurang keyakinan diri.hal ini menyebabkan aku berasa tersisih..aku semdiri tidak memahami diriku...bagaimana harus aku lakukan? adakah disebabkan aku ini anak bongsu menyebabkan aku hanya menerima arahan dan tidak mampu untuk memberi arahan, sentiasa mengharapkan perlindungan kerna sering dilindungi oleh kakak2 atau abang2..

SeMpeNa TaHuN bArU..

      ASSALAMUALAIKUM....



       2010 baru sahaja berlalu.. sempena tahun baru sepatutnya setiap orang akan menanam azam masing-masing..ada macam-macam azam untuk dilaksanakan sempena tahun baru..begitu juga dengan diriku..apa agaknya azam aku ye??? tentulah ingin menjadikan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya..tetapi aku tidak lagi berusaha ke arah itu,aku tetap merasakan tiada perubahan pada diriku, masih berada di takuk lama.kesian kan?huhu..


         Kalau tahun lepas azamnya nak masuk universiti.. alhamdulillah tercapai juga akhirnya selepas menghadapi beberapa kesukaran, dugaan dan cabaran..masa xmasuk u nak sangat2 masuk u..tapi bila dah dapat masuk u rasa x best la plak.. beginilah manusia xpernah merasa puas dan bersyukur dengan apa yang ada..yelakan kat u ni mana nak sama  dengan zaman persekolahan dulu..semuanya kena berdikari.. kawan2 pun lain dah. cara pemikiran pun kena ubah,terlalu banyak persaingan hanya yang kuat dan berani jer yg seronok berada di universiti nie..yg lemah akan menjadi semakin lemah dan berada dalam ketakutan terutama sekali masa nak buat pembentangan..huh.. agak menakutkan..

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
 bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
 Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.