Assalamualikum..
Alhamdulillah di akhir bulan April baru boleh menulis dalam blog ini nasib baik tidak terlepas bulan ini, kalau tidak terlepaslah untuk bulan April jadi tidak istiqamah la pula. Hah.. Viajar a Medan, Indonesia tue dalam bahasa sepanyol entah betul ke tidak. Ingat-ingat masa belajar bahasa Sepanyol dulu. Harap-harap betul lah.
Apabila teringat nak pergi melancong hari rasa riang gembira tetapi bila memikirkan ada tugas lain yang mengiringi hati jadi kuncup mengecut. Pada 4/5-9/5/14 nanti kami akan bertolak ke Medan untuk menghadiri pembentangan ICID dan WAPI. Semoga diri ini boleh melakukan yang terbaik. InsyaAllah.
Balik nanti InsyaAllah akan dimuatkan cerita-cerita semasa berada di sana untuk diabadikan di dalam blog ini untuk kenang-kenanganku. Semoga ada kemampuan itu.
Wassalam
Adios