Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

In Friday vs hari Jumaat

Time: 10.00
Date : 30/12/2011
Location: Lib PHS
Situasi: Sedang khusyuk study Munakahat/ HIS224. Tiba-tiba aku didatangi oleh seorang “Mak Cik” yang juga merupakan pelajar  sini.
Mak Cik: Dik, tahu  tak nak guna ‘Paper Logic’ cam mana?
Aku : owh…saya tahu ( sambil memandang sekeliling  hati kecilku berkata “ramai je orang kat sini mengapa mak cik pilih aku untuk tanyakan ini sedang aku berada sedikit jauh dan terlindung tapi rasa bahagia sebab mak cik ni pilih aku untuk membantunya”)
Sampai sahaja dekat komputer
Aku: Mak cik nak print yang mana satu ni?
Mak cik: ni semuanya mak cik nak print
Aku: okey saya cuba.
Setelah selesai aku kembali semula ke tempat asal aku untuk sambung study
Beberapa minit kemudian
Mak cik : Dik xjadila kertas tak keluar?
Aku: nanti saya cek ( sambil berjalan ke arah printer yang dimaksudkan tersebut. Tekan-tekan apa-apa yang patut..hehe. “hang plak printer ni”
Mak cik: tak boleh ke?
Aku: ‘Hang’ la  mak cik. Nanti saya p tanya ‘Librarian’. Bergegas turun tangga untuk pergi jumpa encik Librarian
Sampai dekat kaunter pertanyaan
Aku: encik kenapa printer tue xleh guna?
Encik Librarian: @####
Aku: okla encik. Terima kasih!!! Sambil melemparkan senyuman
Naik semula mendapatkan mak cik tadi
Aku: mak ada duit ke dalam kad matrik mak cik ni?
Mak cik : ada lagi.
Aku: kalau macam tue mak cik kena pegi kat library satu lagi la. sebab kat sini xleh guna
Mak cik: la,,,dah la exam nak dekat dah..kla cancel balik la, mak cik nak peg kat lib satu lagi la.
Kesian Mak Cik nie kena pegi kat lib satu lagi plak. Dalam situasi tadi sempatla jugak bertanya tentang Mak Cik ni. Sebab selama ni rajin sangat  terserempak dengan dia dekat lib nie. Tertanya-tanya la jugak mak cik sambung blaja apa ye, rajinnya mak cik nie. Rasanya mak cik nie dah pangkat nenek dah akan tetapi masih lagi bersemangat untuk sambung belajar terasa malu diri ini dengan mak cik ni.
Hari ini terjawablah persoalanku selama ini walaupun tidak semuanya. Dapat tahulah bahawa mak cik ni buat Master dalam bidang Komunikasi  Tv dan Penyiaran. Semangat yang ada dalam dirinya menyedarkan aku bahawa  ‘kalau dia yang dah berumur masih lagi cintakan ilmu dan masih lagi ingin belajar sedang kan aku yang muda tran ten-teng ini malas belajar”. Ye bertapa malu dan terpanah jugaklah.
Baru terfikir ada hikmat juga aku duduk di tempat yang bukan biasa aku duduk dalam lib tue boleh jugak mak cik meminta tolong daripadku. Walaupun aku tidak mampu untuk menolongnya sepenuhnya. Dan dapat jugak menjawab persoalanku selama ini. Aku harap Mak Cik dapatlah Print paper dia dengan menggunakan ‘paper logic’. Aku juga berharap Mak Cik tu dapat menghabiskan pengajiannya dengan jayanya dan dapat menjadi contoh inspirasi  kepada insan seperti aku ini dan anak-anak dan cucu beliau untuk berjaya seperti beliau.

LAMARAN DARIPADA SESEORANG...AW



Assalamualaikum...

“Ana akan ta’aruf dengan ukhti beberapa tahun lagi, ketika ukhti sudah lulus”

“Untuk apa antum katakan itu skrg akhi?
Jika belum siap adalah jawapannya,
Lalu mengapa harus antum katakan rencana tersebut pada saya?
Tak tahukah antum, kalimat itu menggoyahkan kekukuhan iman yang susah payah saya bangun?”

Ketika antum mengatakan:
“Ana ingin jaga hati ana untuk ta’aruf dengan ukhti nanti”

“Lantas, apakah dengan antum berkata seperti itu,
Lalu prilaku antum yang sering menelefon saya itu tidak bererti mengotori hati?
Antum memang sudah seharusnya menjaga hati,
hingga tiba saatnya nanti untuk antum berikan seutuhnya kepada wanita yang berhak.”

Ketika antum mengatakan:
“Hati hati, di sana. Jaga diri baik baik.”

“Bukannya saya tidak suka diperhatikan dan dijaga,
tapi cukuplah Allah yang akan menjagaku...
Bukankah Allah adalah sebaik-baik Pelindung?”

Ketika antum mengatakan:
“Ana harap ukhti tidak ta’aruf dengan orang lain sebelum ana”

“Saya tidak bisa menjanjikan apapun,
kerana saya tidak tahu apa yang akan terjadi nanti..”

.......

Wahai akhwat, jika datang kepadamu laki-laki baik-baik yang melamarmu,
maka bisa jadi dialah pangeranmu.

Wahai ikhwan, jika gadis pujaanmu telah dikhitbah laki-laki lain, maka ikhlaskanlah. Kerana bisa jadi dia bukanlah bidadarimu.

......

Maka jika nantinya kita tidak berjodoh, mungkin saya tak cukup baik untukmu,
pasti ada wanita lain yang lebih baik untukmu....
Dan yakinlah, jika memang aku adalah pasangan dari tulang rusukmu,
maka tanpa antum minta untuk tidak ta’aruf dengan orang lainpun,
saya akan tetap menjadi pendampingmu...
Karena saya yakin TULANG RUSUK TAKKAN TERTUKAR................
       Saya membaca semula kisah ini,bagi menguatkan kembali hatiku  yang makin melupai bahawa "Jodoh" itu pasti ada cuma lambat atau cepat sahaja. Hatiku semakin rapuh dengan apa yang aku pertahankan selama ini, dengan prinsip yang dipegang selama ini dek kerana DILAMAR OLEH SEORANG PRIA. Bukannya tidak pernah dilamar pun sebelum ini..tapi, hari-hari lepas aku bisa aja menolaknya...n then kali ini walaupun berjaya menolaknya tapi ada sedikit perasaan kesalnya..Ya Allah ampunkanlah dosaku ini...Disaat aku cuba untuk membersihkan hati, di saat aku cuba memuhasabah diri, dia datang melamarku..sadis2... iya ini mungkin dugaan untukku. Walaupun  dia tidak mengajakku untuk bercinta, tetapi dengan berjanji akan menungguku sampaiku  habis belajar. sudah cukup  membimbangkanku, aku bimbang akan memasang angan pada perkara yang tidak pasti. Ya Allah berikanlah petunjuk kepadaku dan berikanlah kekuatan pada diriku ini. Sekiranya ada jodoh aku dan dia satukanlah hati kami Ya Allah!!!sekiranya dia bukan milikku jangankan ada apa-apa perasaanpun terhadapnya Ya Allah...AMPUNKANLAH DOSA HAMBA-MU YANG LEMAH INI..
AMIIN...

SeTiA MeNaNTI....???

ASSALAMUALAIKUM..








Kepada dia (.....), tiap dlm sujud solat2 ku,tiap dlm doa yg aku titipkan pd Illahi, tak pernah aku lupa berdoa & bermohon pd Allah yg maha Pengasih.. apalah kiranya, dilembutkan, dibukakan & ditautkan hati dia & hatiku.. aku mohon redha Mu ya Allah dengan menaruh kasih & sayang pd dia..sampai bila aku harus sendirian begini..sabar & terus bersabar..usaha & terus usaha.. doa & terus berdoa pd yg Maha Mengasihani...SEMOGA  DIKURNIAKAN YG TERBAIK UNTUK DIRIKU DAN DIRINYA..AMIIN..

hAH beRcerai!!!

Assalamualaikum wbt..


           Alhamdulillah, pada hari ini masih diberi nyawa oleh Allah Swt untuk menghirup udara di muka bumi ini. Dan diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu yang telah saya pelajari. Pada petang yang redup ini terlintas di fikiran saya untuk menulis berkenaan Talaq.
          Talaq??? rasanya semua orang dah tahu apa itu Talaq. Baiklah saya akan memberi sedikit huraian tentang Talaq. Talaq berlaku apabila suami malafazkan talaq kepada isterinya sama ada satu, dua dan tiga. Dengan lafaz Sorih ataupun Kinayah. Maka sekiranya cukup syarat-syaratnya maka jatuhlah talaq. Pada masa ini, terputuslah hubungan suami dan isteri. (walau  bagaimanapun untuk Talak Rajie selepas habis tempoh Iddah isteri iaitu tiga kali suci). Talaq adalah perkara yang paling ingin dielakkan oleh pasangan. "TALAQ ADALAH PERKARA HALAL YANG DIBENCI ALLAH"
         Apa yang ingin saya bincangkan hari ini ialah apakah tindakan si isteri selepas diceraikan? walaupun saya bukanlah seorang ustazah apatah lagi alim ulamak akan tetapi saya ingin kongsikan apa yang telah saya belajar. Bagi yang melangsungkan perkahwinan sudah pasti mengharapkan perkahwinan mereka bahagia sampai ke syurga dan berazam membina rumah tangga sakinah, wamarddah dan warahmah. Akan tetapi ada insan yang tidak kekal perkahwinannya. Seperti kata pepatah " ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari". Sekiranya hal ini berlaku janganlah kita bersedih hati anggaplah ini ujian yang mendidik daripada Allah Swt. Ingatlah kita pada Firman Allah yang bermaksud "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216.
      Bagi wanita-wanita diluar sana mungkin ramai yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas berlakunya perceraian. Perkara yang perlu dituntut oleh wanita selepas berlaku perceraian pertama ialah Mahar yang belum dibayar oleh suami semasa masih menjadi suami, (penuh ataupun separuh) mengikut cara perceraian. Kedua ialah Nafkah semasa iddah seperti tempat tinggal dan makan minum. Ketiga ialah menuntut Mutaah iaitu saguhati daripada pihak suami mengikut kemampuan pihak suami. Keempat ialah upah Hadanah (upah menyusu sekiranya ada anak). Upah hadanah juga termasuk yuran taman asuhan kanak-kanak atau upah kepada individu yang tertentu walaupun ibu bekerja masih berhak mendapat upah hadanah ini daripada bekas suami. Kelima ialah nafkah anak. Hal ini menjadi kewajipan kepada bapa untuk memberi nafkah kepada anaknya walaupun telah berpisah dengan ibunya (sekiranya anak tersebut dibawah jagaan ibunya). Nafkah anak merangkumi makanan, pakaian (perayaan dan persekolahan), tempat tinggal, belanja persekolahan dan rawatan perubatan. Dan bekas isteri juga berhak menuntut nafkah anak yang tetunggak sama ada dalam tempoh perkahwinan mahupun selepas berlaku perceraian. Dan terakhir sekali ialah harta sepercarian. Harta sepercarian ialah harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan melalui usaha bersama. Berikut adalah tuntutan yang perlu dilakukan oleh isteri selepas berlakunya perceraian. Banyak benda yang boleh dituntut dan si suami jangan pulak cuba melarikan diri...
                ------->> amboi...amboi dah masuk bab Talaq yang kita ni kahwin pun belum...heheh
cuma sedikit perkongsian apa yang saya pelajari dan saya fahami. Kepada ustaz, ustazah dan alim ulamak di luar sana (hihi...macam copy n paste ayat utz. Don la plak) betulkan saya sekiranya ada kesilapan dalam penulisan saya ini. Semoga dengan teguran itu dapat menambah input pengetahuan kepada saya...

terima kasih..wassalam

ECONOMY PLANNER:))


ASSALAMUALAIKUM..

Hari ini nak cuba jadi pakar ekonomi....acece,,,ccayalahhh...ok sekarang kita blaja berkaitan dengan Teori Rostow. Teori Rostow ini merupakan model pertumbuhan ekonomi yang linear yang berperingkat. Terdapat lima peringkat yang perlu dilalui oleh sesebuah negara untuk menjadi maju.

    Peringkat pertama ialah perekonomian semula ekonomi masyarakat tradisional (pertanian sara diri)      kepada ekonomi moden.
   Kedua, perwujudan pra-syarat untuk proses berlepas iaitu untuk memodernisasikan sesebuah negara.
   Ketiga ialah berlepas iaitu pendapatan per kapita dan berkemampuan untuk menyimpan menigkat.
  Keempat, ke arah kematangan ekonomi di mana sesebuah negara itu mampu untuk menghasilkan   barangan buatan sendiri tanpa mengimport daripada negara lain.
  Dan kelima, mencapai negara maju.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kritikan terhadap Teori Rostow ini. Antaranya ialah, sesebuah negara perlu meninggalkan ekonomi tradisional dan beralih kepada sektor ekonomi moden. sedangkan ekonomi tradisional ini memberikan sumbangan kepada pembangunan negara. Di negara maju, mereka tidak meniggalkan ekonomi tradisional sebaliknya memodenkan ekonomi tradisional. Teori ini hanya berjaya berlaku di Eropah sahaja. Teori pembangunan ini tidak berjaya di gunakan di negara-negara Asia, Afrika dan Amerika Latin. Kebanyakkannya negara-negara ini  merupakan negara membangun dan tidak sesuai menggunakan teori ini. selain itu, tahap pertumbuhan wilayah yang tidak sama juga menyukarkan untuk sesebuah negara mempraktikkan toeri tersebut.

SENYUM XPERLU KATA APA-APA


ASSALAMUALAIKUM..
 Hari ini pagi-pagi dah bukak FB. Then terbaca status IM Nazrul yang sangat menarik. Jadi terfikir nak masukkan dalam blog sayalah. Apa yang menariknya ialah dengan senyum sahaja kita mendapat pahala sedekah..MasyaAllah!!! perkara senang tapi sukar dilakukan. Kadang-kadang kalau kita senyum pada seseorang itu, dia boleh jer buat "dekk"... mulalah timbul perasaan menyesal dalam diri kita. Tapi apa yang penting kita ikhlas untuk senyum. Senyum jer pun xrugi apa-apa...so senyumlah selalu
tips: SENYUM JUGA AWET MUDA TAU!! JOM AMALKAN...:))
SENYUM ITU SEDEKAH...

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman)”. (Hadis Riwayat Muslim)

Memberi senyuman tidak kira kepada siapa pun ketika bertemu mungkin dianggap perkara kecil atau remeh tetapi senyuman ikhlas yang diberikan itu mempunyai nilai sedekah kerana menimbulkan kegembiraan orang lain dan mengeratkan ukhuwah sesama Muslim. Mengukir senyuman adalah kebaikan yang tidak memerlukan modal, namun ganjarannya besar dan begitu memberi kesan positifnya dalam kehidupan bermasyarakat. (IM MUDA NAZRUL)
                                                             IM MUDA NAZRUL
 

Interview Oh Interview!!!

           

ASSALAMUALAIKUM.....

HELLO,,,,
 Actually this Sem I have a lot of INTERVIEWs that I had attended. The first one I was attended interview to be the one who most important department in our hostel ( CG). But the first tried I'm was failed. And I try again n I'm not easily to give up. The second one is I have interview is to be someone in Convex. Convex is also important event in our university. This event during my university  convocation day. But I'm Failed again!!! never mind I don't care anymore. All of that just beginner for me to have many experience, because "EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER".
         Owh, now I remember the last Sem also attended interview for be PMSI. But as usually I'm Failed!!!
         And today I also attended interview to involved in EKSPEN. I hope  this interview can give me a good news...now I'm waiting for the their answer whether they accept me or not  in their department..never mind whether I get or not it is  because I'm just try it.
         The last one is I also attended the interview for LSP401 (English Subject)..HAHA this one is very  funny. This interview is compulsory to all student who taking LSP401. This interview different which another interview because it is JOB INTERVIEW. So we need to prepared cover later and resume also. In the interview I'm "Kelentong habis-habisan."..hehe.. and my lecture said so.That say I have so many interviews that I have attended. All of that i hope it can be interesting experience and memoriable for me as long as i in the University. if have another interview i will try again and again..JUST FOR FUN AND ALSO TRAIN MYSELF TO BE MOST CONFIDENT TO GO THE TRUE INTERVIEW WHEN I'M FINISHED MY STUDY TO GET A BETTER JOB..InsyaALLAH..Amiin.

WHATEVER!!!

kembali semula..hehe (welcome back)



ASSALAMUALAIKUM..

Lama rasanya tidak menjenguk Blog ini. Hari rasa terbuka hati untuk mencoret, meconteng kembali laman blog ini..hehe. Seingat saya, saya meninggalkan blog ini masa Sem 2 tapi sekarang dah nak habis Sem 3 dah pun. AGAK LAMA LA JUGAK. Tinggal beberapa hari, jam, saat dan detik bermulanya peperiksaan. Nak cuba tulis kot bahasa Inggerisla plak, maklumlah nanti nak exam BI jadi kenalah buat latihan banyak-banyak terutama sekali bahagian penulisan. Ada pepatah Inggeris kata " Practice Make Perfect" rasanya dah betul, klu salah tolong perbetulkan yea..kerana saya BUDAK BARU BELAJAR atau I'M A NEW LEARNER..hihi....Today i'm very happy because i got high mark in  english writting essei that why now i like to write in ENGLISH..I hope another day i can do more better than before. That is  the most important to me to score the higher mark..