Date : 30/12/2011
Location: Lib PHS
Situasi: Sedang khusyuk study Munakahat/ HIS224. Tiba-tiba aku didatangi oleh seorang “Mak Cik” yang juga merupakan pelajar sini.
Mak Cik: Dik, tahu tak nak guna ‘Paper Logic’ cam mana?
Aku : owh…saya tahu ( sambil memandang sekeliling hati kecilku berkata “ramai je orang kat sini mengapa mak cik pilih aku untuk tanyakan ini sedang aku berada sedikit jauh dan terlindung tapi rasa bahagia sebab mak cik ni pilih aku untuk membantunya”)
Sampai sahaja dekat komputer
Aku: Mak cik nak print yang mana satu ni?
Mak cik: ni semuanya mak cik nak print
Aku: okey saya cuba.
Setelah selesai aku kembali semula ke tempat asal aku untuk sambung study
Beberapa minit kemudian
Mak cik : Dik xjadila kertas tak keluar?
Aku: nanti saya cek ( sambil berjalan ke arah printer yang dimaksudkan tersebut. Tekan-tekan apa-apa yang patut..hehe. “hang plak printer ni”
Mak cik: tak boleh ke?
Aku: ‘Hang’ la mak cik. Nanti saya p tanya ‘Librarian’. Bergegas turun tangga untuk pergi jumpa encik Librarian
Sampai dekat kaunter pertanyaan
Aku: encik kenapa printer tue xleh guna?
Encik Librarian: @####
Aku: okla encik. Terima kasih!!! Sambil melemparkan senyuman
Naik semula mendapatkan mak cik tadi
Aku: mak ada duit ke dalam kad matrik mak cik ni?
Mak cik : ada lagi.
Aku: kalau macam tue mak cik kena pegi kat library satu lagi la. sebab kat sini xleh guna
Mak cik: la,,,dah la exam nak dekat dah..kla cancel balik la, mak cik nak peg kat lib satu lagi la.
Kesian Mak Cik nie kena pegi kat lib satu lagi plak. Dalam situasi tadi sempatla jugak bertanya tentang Mak Cik ni. Sebab selama ni rajin sangat terserempak dengan dia dekat lib nie. Tertanya-tanya la jugak mak cik sambung blaja apa ye, rajinnya mak cik nie. Rasanya mak cik nie dah pangkat nenek dah akan tetapi masih lagi bersemangat untuk sambung belajar terasa malu diri ini dengan mak cik ni.
Hari ini terjawablah persoalanku selama ini walaupun tidak semuanya. Dapat tahulah bahawa mak cik ni buat Master dalam bidang Komunikasi Tv dan Penyiaran. Semangat yang ada dalam dirinya menyedarkan aku bahawa ‘kalau dia yang dah berumur masih lagi cintakan ilmu dan masih lagi ingin belajar sedang kan aku yang muda tran ten-teng ini malas belajar”. Ye bertapa malu dan terpanah jugaklah.
Baru terfikir ada hikmat juga aku duduk di tempat yang bukan biasa aku duduk dalam lib tue boleh jugak mak cik meminta tolong daripadku. Walaupun aku tidak mampu untuk menolongnya sepenuhnya. Dan dapat jugak menjawab persoalanku selama ini. Aku harap Mak Cik dapatlah Print paper dia dengan menggunakan ‘paper logic’. Aku juga berharap Mak Cik tu dapat menghabiskan pengajiannya dengan jayanya dan dapat menjadi contoh inspirasi kepada insan seperti aku ini dan anak-anak dan cucu beliau untuk berjaya seperti beliau.
No comments:
Post a Comment