Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sepandai-pandai tupai melompat..




Tupai? Bila sebut nama tupai teringat pada lagu Halim Yazid seorang pendikir yang tersohor di Kelantan juga di Malaysia. Lagunya berbunyi, “kejadie tuhe namonyo  tupa asal di dale hute sejenih mamalia”…..lebih kurang begitulah lagunya…

Biasanya pepatah ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”  adalah perumpamaan yang sering diberikan kepada mereka yang melakukan kejahatan tetapi akhirnya tertangkap juga.

Tetapi lain pula dengan satu kejadian yang berlaku ke atas hamba Allah ini, boleh juga mengambil pepatah tersebut walaupun situasinya berbeza dan bukanlah dia melakukan kejahatan.

Ceritanya begini, seorang hamba Allah ini sering melakukan solat sunat dhuha semasa menjadi pelajar. Baru-baru ini, dia ditempatkan menjalani latihan praktikal di sebuah institusi. Walaubagaimanapun, dia juga ingin mengekalkan rutin hariannya setiap pukul 10 ataupun masa-masa tertentu untuk melakukan solat sunat dhuha. Kiranya kena curi-curi masa jugalah kerana waktu untuk bersolat dhuha tidak disediakan. Dia hanya mencari masa-masa terluang untuk melaksanakan amalan sunat tersebut.

Pada masa dia ingin membuat ‘aktiviti’ tersebut adalah juga terjumpa dengan kak cleaner yang turut sama melakukan aktiviti itu. Apabila sudah beberapa hari berada di situ, aktiviti dia akhirnya dikesan olah seseorang yang berjawatan di situ, dan dia berpesan sekiranyan ingin melakukan solat bawa selipar sekali ke dalam bilik solat  dan mengunci bilik itu supaya tidak dikesan oleh orang lain. Jadi dia pun menurut arahan pegawai itu iaitu memasukkan kasut ke adalm bilik solat akan tetapi tidak mengunci pintu bilik itu.

Pada suatu hari, dalam masa dia bersiap sedia untuk mengambil wudhuk, ada seseorang telah membuka pintu, dan dia adalah  …………………………………………………... bos di situ, jadi berlakulah soal jawab antara dia dan bosnya.. Ya Allah, semoga Allah memudahkan segalanya..Akhirnya sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga….

No comments:

Post a Comment