Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

SIFAT MAHMUDAH VS MAZMUMAH




ASSALAMUALAIKUM.....



SIFAT MAHMUDAH


Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
1) Taubat .
2) Khauf ( Takut )
3) Zuhud
4) Sabar.
5) Syukur.
6) Ikhlas.
7) Tawakkal.
8) Mahabbah ( Kasih Sayang )
9) Redha.
10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )













SIFAT MAZMUMAH


 Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
1) Banyak Makan
2) Banyak bercakap.
3) Marah.
4) Hasad.
5) Bakhil.
6) Cintakan kemegahan.
7) Cintakan dunia .
8) Bangga Diri.
9) Ujub ( Hairan Diri ).
10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).




WASSALAM
ADIOS
MAAL SALAMAH

ADAB MENUNTUT ILMU

1.IKHLAS

Menuntut ilmu tidaklah untuk bangga diri, untuk berpendapatan tinggi, untuk dikatakan orang yang bijak pandai atau lain2 niat melainkan HANYA kerana ALLAH SWT.

Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana SELAIN daripada ALLAH SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu selain daripada kerana ALLAH SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]

2.BERADAB dengan orang yang memberi ilmu

Berkata Imam Syafie :

"Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh ALLAH, maka hendaklah ia : bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang BODOH, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

3.BANYAK SABAR

Imam Syafie pernah berkata:

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s: 237]

4. Tulis setiap yang dipelajari

Kata Abu Hurairah ra:

"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

5.TAWADHU'

Imam Ahmad bin Hambal berkata:

"Kami disuruh supaya tawadhu' (RENDAH DIRI) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274]

6.Menjahui dari makan banyak

Ibn Jama'ah berkata:

"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan SEKADARNYA daripada makan yang HALAL." [Kitab Fadhlu al Ilmi m/s 222]
*lepas ni kena jaga makan* :-))

7.Tidur yang sedikit

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada ALLAH SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

8.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam."

Wallahua'lam
copy & paste


WASSALAM
ADIOS
MAAL SALAMAH

Mi Amiga



Me llamo Lisa. Yo tengo una amiga. Mi amiga se llama Olivia. Su apellido Seedy.Tiene vientidos años. Ella vive en Johor. Ella es estudiente de ciencias sociales en la universidad de ciencias Malaysia. Ella habla tres idiomas. Son malayo,ingle`s y un poco de español. Ella tiene seis hermos. Tiene dos hermanos y cuatro hermanas. Ella es muy guapay alto. Tambien, ella es muy generosa y simpa´tica. su aficiones son escuchar musica,leer, ir al cine y pintar. Ella es buena amiga.




 ADIOS
MAAL SALAMAH
HASTA LUEGO!!!

Indahnya Bulatan Ukhwah

 Assalamualaikum...

Ya Allah....indahnya malam ini kerana aku masih lagi berpeluang untuk menghadirkan diri ke majlis "bulatan ukhwah"...walaupun sedikit ilmu  yang diperolehi tetapi rasa indah dan kelazatan itu menyusuk ke dalam hati..sentiasa membuat diriku jadi munasabah kembali dari kelekaan sebelumnya..Alhamdulillah Allah masih lagi, sudi lagi memberi nikmat ini kepadaku..

Melalui "bulatan ukhwah" ini aku terpandu untuk berada di landasan yang benar mengikut syariah Islam..Mungkin perasaan itu wujud apabila aku berada di dalamnya sahaja. Dan apabila habis jer aku mungkin sudah terlena, terleka kembali...walaubagaimanapun aku mengharapkan penglibatanku ini di dalamnya mendapat redha Allah dan dikira sebagai amalan kebaikan.Amiin..

Apa yang aku dapat pada malam ini ialah kita ini beruntung kerana telah dilahirkan  sebagai seorang Islam yang mana ada orang lain yang masih mencari kebenaran ini. TETAPI, walaupun kita ini sudah Islam. Kita masih perlu mencari hakikat sebenar kita diciptakan, apa tugas kita sebagai makhluk di muka bumi ini? persoalan-persoalan ini akan terjawab sekiranya kita ada Ilmu. Oleh itu, kita mestilah berilmu kerana dalam setiap perkara yang kita lakukan sekiranya tahu untuk siapa kita lakukan akan dikira ibadah oleh Allah swt. Sekiranya kita tidak tahu samalah juga kita dengan orang yang tidak beriman dengan Allah. Sedangkan hidup kita ini, adalah untuk mencapai redha Allah dan matlamat terakhir kita mendapat mardhatillah,  juga berjaya di dunia dan akhirat.

Secara analoginya, kita ini seorang muslim sudah berada di jalan yang lurus tetapi jalan yang lurus itu tidak bercahaya dan gekap gelita menyebabkan kita tidak mampu berjalan dengan baik. Jadi, walaupun orang jahat yang datang bersama kita, nescaya kita akan menuruti mereka. Begitulah juga sekiranya kita tidak berilmu terutama dalam ibadat, boleh jer orang yang tidak beriman mempertikaikan akan ibadat yang kita lakukan. Sekiranya kita tidak dapat mempertahankan kenapa kita melakukan ibadat macam mana kita ingin menyakinkan mereka. Kemungkinan besar kita pula akan dipesongkan..nauzubillah!!!



nota ini hanya untuk peringatan pada diri ini sekiranya terlupa mahupun terlalai...walaupun agak kelam kabut lagi tidak terssusun..moga-moga tulisan ini tidak sia-sia..





wassalam
adios
maal salamah
hasta luego!!!

Lets Learn Spanish...Vamos!!!


EL ALFABETO ESPAÑOL ( THE SPANISH ALPHABET)


LETRA
LECTURA
EJEMPLOS
A
a
amigo
B
be
bolso
C
ce
cine
CH
che
chocolate
D
de
dia
E
e
estudiente
F
efe
fecha
G
ge
Gato
H
hache
Hotel
I
i
Isla
J
jota
Jamon
K
ka
Kilogramo
L
ele
Libro
LL
elle
Llave
M
eme
Madre
N
ene
Naranja
Ñ
eñe
España
O
o
Ojo
P
pe
Padre
Q
cu
Queso
R
ere
Rosa
RR*
erre
Perro
S
ese
Sal
T
te
Tarta
U
u
Uno
V
uve
Ventana
WW
uve doble
Whisky
X
equis
Examen
Y
I griega
Yo
Z
zeta
zapato

semoga diri ini terus istiqomah!!!

Assalamualaikum....

sekejap sahaja masa berlalu, hari ini dah masuk 8/10/12 sudah hampir ke penghujung tahun 2012. Tanya pada diri adakah azam pada tahun ini sudah tercapai? ataupun akan di 'postpone' ke tahun hadapan? renung-renung....

Semua kehidupan di dunia ini adalah mempunyai matlamat yang sama dan kitaran yang sama. Permulaan hidup kita apabila dilahirkan kemudian dewasa, tua dan meninggal dunia. Hidup kita ini adalah untuk kematian. Jadi matlamat kita adalah mendapat keredhaan Allah.

secara anologinya, hidup di dunia ini adalah ladang untuk menuai hasil dan di akhirat nanti adalah tempat untuk mendapat hasilnya. eh...betul ke begitu???

Alhamdulillah...ya Allah Engkau telah memberi kekuatan kepada untuk berada dalam kalangan orang yang Solehah dengan memilih diri ini untuk menyertai ''bulatan ukhwah'. Yang mana sebelum in, aku tidak mempunyai kekuatan unutk menyertainya, kerana ini adalah kelemahan diriku yang cuba menggelakkan  diri untuk berada dalam bulatan tersebut.

Walaupun sudah lama berkeinginan untuk berada dalam 'bulatan itu' akan tetapi aku tidak berusaha untuk ke arah itu. Dan kali ini, pada semester ini, sangat  bersyukur kerana dipilih Allah untuk berada dalam bulatan tersebut. Pertama kali berada dalam bulatan itu, hatiku merasa tenang dan bahagia. Terasa terisinya hidup ini disamping dapat meningkatkan lagi ukhwah antara rakan-rakan. Ikatan yang tidak pernah aku rasai sebelum ini.

Dengan menyertainya bukanlah aku orang yang terbaik dan bukanlah oanrg yang boleh dibanggakan. Tetapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik dengan mencari Ilmu memandangkan banyak lagi kelemahan yang ada pada diri ini. Sesungguhnya ingin sekali mengumpul sebanyak mungkin kebaikan sebelum diri ini tak terdaya untuk membuat satu kebaikan.

Dengan menghadiri atau melibatkan diri dalam bulatan ini bukan bermakna kitalah orang yang berilmu dan orang yang baik..bukan,bukan sama sekali bukan...mungkin sedikit sebanyak dapat mengubah cara hidup kita untuk sentiasa berada dalam syariah Islam sebenar. Di sini kami dididik melihat sesuatu itu dari kaca mata Islam. Setiap yang berlaku apabila dilihat dari kaca mata Islam segala-galanya kan menjadi indah. Kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia..

~~~semoga diri ini terus istiqomah untuk terus melangkah ke jalan yang diredhai Allah SWT~~

***Refleksi Diri

Sekian,Wassalam,Adios,Hasta Luego...