Ya Allah....indahnya malam ini kerana aku masih lagi berpeluang untuk menghadirkan diri ke majlis "bulatan ukhwah"...walaupun sedikit ilmu yang diperolehi tetapi rasa indah dan kelazatan itu menyusuk ke dalam hati..sentiasa membuat diriku jadi munasabah kembali dari kelekaan sebelumnya..Alhamdulillah Allah masih lagi, sudi lagi memberi nikmat ini kepadaku..
Melalui "bulatan ukhwah" ini aku terpandu untuk berada di landasan yang benar mengikut syariah Islam..Mungkin perasaan itu wujud apabila aku berada di dalamnya sahaja. Dan apabila habis jer aku mungkin sudah terlena, terleka kembali...walaubagaimanapun aku mengharapkan penglibatanku ini di dalamnya mendapat redha Allah dan dikira sebagai amalan kebaikan.Amiin..
Apa yang aku dapat pada malam ini ialah kita ini beruntung kerana telah dilahirkan sebagai seorang Islam yang mana ada orang lain yang masih mencari kebenaran ini. TETAPI, walaupun kita ini sudah Islam. Kita masih perlu mencari hakikat sebenar kita diciptakan, apa tugas kita sebagai makhluk di muka bumi ini? persoalan-persoalan ini akan terjawab sekiranya kita ada Ilmu. Oleh itu, kita mestilah berilmu kerana dalam setiap perkara yang kita lakukan sekiranya tahu untuk siapa kita lakukan akan dikira ibadah oleh Allah swt. Sekiranya kita tidak tahu samalah juga kita dengan orang yang tidak beriman dengan Allah. Sedangkan hidup kita ini, adalah untuk mencapai redha Allah dan matlamat terakhir kita mendapat mardhatillah, juga berjaya di dunia dan akhirat.
Secara analoginya, kita ini seorang muslim sudah berada di jalan yang lurus tetapi jalan yang lurus itu tidak bercahaya dan gekap gelita menyebabkan kita tidak mampu berjalan dengan baik. Jadi, walaupun orang jahat yang datang bersama kita, nescaya kita akan menuruti mereka. Begitulah juga sekiranya kita tidak berilmu terutama dalam ibadat, boleh jer orang yang tidak beriman mempertikaikan akan ibadat yang kita lakukan. Sekiranya kita tidak dapat mempertahankan kenapa kita melakukan ibadat macam mana kita ingin menyakinkan mereka. Kemungkinan besar kita pula akan dipesongkan..nauzubillah!!!
nota ini hanya untuk peringatan pada diri ini sekiranya terlupa mahupun terlalai...walaupun agak kelam kabut lagi tidak terssusun..moga-moga tulisan ini tidak sia-sia..
wassalam
adios
maal salamah
hasta luego!!!
No comments:
Post a Comment