Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Finally i'm pass!!!

Assalamualaikum...
Hola!
29/05/13

Yeay..finally I'm pass..all praise to Allah..Alhamdulillah akhir lulus juga aku ujian memandu ini setelah melalui pelbagai rintangan dan halangan.

Sekiranya ingin diimbas kembali kenangan semasa mengambil ujian memandu ini amatlah sakit sekali. Mula ambil lesen pada 7/12/11 dan tamat pada 29/5/13..Fuhh lama bangat, ambil masa bertahun-tahun.
Harap-harap berbaloilah, tidak takut untuk memandu!!!

Malam plak ada dinner kat Georgetown City Hotel. Kebetulan xmakan seharian bolehlah makan puas-puas..hhaha..maklumlah siang2 tadi xlalu nak makan walaupu tubuh terasa letih..nervous punya pasai..

Alhamdulillah rezeki masih ada lagi untuk hari ini bila dapat cabutan bertuah..sebenarnya nombor tue bukanlah nombor aku tetapi kawanku tidak suka nombor tersebut lalu menukarkannya dengan no ku..tup..tup..no itu yang bertuah. jadi hadiah tue milik aku..hihi


ini sahaja yang sedap..

antara no yg xbertuah..huahaha

dan inilah no yang bertuah..tp bilala nak guna...

Perlunya Mujahadah al-nafs

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian tentang Mujahadah al-nafs. Apa itu Mujahadah al-nafs? Perkataan  Mujahadah al-nafs berasal daripada perkataan arab  (جاهد) yang bermaksud berjuang,berusaha bersungguh-sungguh. Bukan (جحد) yang bermaksud mengingkari. Manakala dari segi istilah pula, mujahadah al-nafs (مجاهدة النفس) bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh memperbaiki diri dan meletakkannya di atas landasan yang ditetapkan oleh syarak. Mujahadah juga bermaksud merawat diri daripada penyakit-penyakit berupa sifat-sifat mazmumah dan kecenderungan-kecenderungan jahat disamping menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Natijah dan kesan yang diharapkan daripada mujahadah adalah mendapat hidayah Allah SWT. Berdasarkan Firman Allah yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya". (al- Ankabut: 69)

Berdasarkan maksud ayat ini, bererti bahawa Mujahadah adalah saranan kepada hidayah Allah. Sementara dalan surah Muhammad ayat 17, Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima pertunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah pertunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa"

 Tahap Mujahadah al-nafs
1. Keimanan kepada Allah ( Tauhid) dan percaya kepada kerasulan nabi Muhammad SAW.
2. Melakukan perkara wajib seperti solat,puasa dan zakat.
3. Melakukan ibadat-ibadat sunat atau nawafi.

Rukun Mujahadah al-nafs / aspek utama

1. AL-UZLAH (Pengasingan diri)
Al- Uzlah bermaksud pemencilan diri buat sementara waktu sebagai suatu rukun/ syarat utama mujahadah al-nafs yang bertujuan untuk membina ruhaniah seseorang. Pemencilan daripada pencampuran dengan orang ramai untuk memberi kesempatan kepada diri membuat penilaian peribadi/ kritikan diri.
Dengan ini penyakit-penyakit hati akan dapat dikenal pasti seterusnya dirawati. Tindakan begini merupakan sesuatu yang perlu dari masa ke masa di dalam kehidupan seseorang muslim. Perlu menepati peranan/ status seseorang. Berdasarkan hadis: "sesungguhnya untuk dirimu ke atasmu hak, dan untuk tuhanmu ke atas engkau hak". (HR. Tirmizi).
Al- Uzlah bukan sesuatu yang asli di dalam kehidupan seseorang Muslim, kerana seorang Muslim ditentukan supaya bercampur gaul dan bermesra.Berdasarkan firman Allah,

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".(al-Hujurat:13).

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya".( ali Imran: 104).

Kemudian disokong oleh hadis, nabi Muhammad SAW bersabda: "seseorang Muslim (mukmin) yang bergaul dengan manusia dan sabar terhadap segala kesusahan yang ditimbulkan mereka adalah lebih baik daripada seseorang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar terhadap kesusahan yang dialaminya kerana pergaulan tersebut". (HR. Ibnu Majah) 

"orang yang beriman ialah seorang yang mudah bermesra dan dimesrai dan tiada kebaikan pada orang yang tidak bermesra dan dimesrai". ( HR. Tabrani). 

Pemencilan diri yang asli bagi orang yang beriman ialah memisahkan dirinya daripada unsur-unsur kufur, nifaq dan yang terbuka untuk pembetulan dan penambaikan. Allah berfirman yang bermaksud:
 
 "Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)". (surah Maryam:48).

 "Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s.) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): "Sesungguhnya kamu berlepas diri daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan pemusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata", tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagai mana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): "Wahai Tuhan kami kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah Kami ruju` bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!". (surah Mumtahanah :4).

"Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu)". (surah Al-An'am:68).

Daripada ayat al-quran ini dapat  difahami bahawa pemencilan diri secara mutlak memang tiada asalnya dalam islam kecuali dalam keadaan seseorang meraskan tiada lagi jalan untuk pembetulan dan penambaikan situasi atau masyarakat.
Ini kerana peranan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran adalah sesuatu kewajipan ke atas umat islam.

2. AL-SUMTU ( Memelihara diri)
 -Tujuannya ialah untuk melatih lidah, kerana lidah yang tidak terkawal sering membawa padah kepada tuannya. Sabda Rasulullah SAW:

"sesiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku bahawa dia akan menjaga apa yang berada dia antara dua janggutnya (misai dan janggut) dan apa yang ada antara kedua kakinya (alat kelamin) maka aku  jamin syurga kepadanya". (HR.Bukhari) 

"barangsiapa menjaga kepadaku unutk menjaga lidahnya dan kemaluannya aku jaminkan kepadanya syurga" (HR. Bukhari) 

Oleh itu, seseorang muslim mestilah memelihara lidahnya, dengan tidak menggunakannya melainkan untuk kebaikan semata-mata. Lidah tidak harus digunakan unutk perkara-erkara yang melalaikan lebih-lebih lagi untuk kejahatan. Elakkan dari ghibah ( mengumpat/ fitnah), humazah (pengumpat), namimah (mengadu domba). " barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia bercakap dengan perkataan yang baik atau ia diam sahaja (HR. Bukhari)

Lidah ini perlu dikawal dan dilatih, mendiamkan diri adalah sebaik-baik jalan untuk melatih lidah dan mengawalnya. Berdiam diri sementara waktu juga perlu sebagai usaha melatih atau mengawal lidah. Diam yang menjadi salah satu syarat mujahadah al-nafs ini juga bersifat sementara dengan maksud melatih dan mengawal lidah terutama dalam keadaan yang memerlukan perkataan yang diucapkan. Jika dalam keadaan berkata-kata seperti menyuruh makhruf atau mencegah daripada mungkar, maka diam dalam keadaan ini adalah tidak wajar, malah kata-kata yang baik juga harus mengungkapkan dengan "hikmah". Firman Allah yang bermaksud:

"Allah menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang dalam tentang al-quran ) kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barang siapa yang dianugerahi hikmat, ia benar-benar telah dianugerahkan kurnia yang banyak dan hanya orang-orang yang barakallah".( al-Baqarah: 269) 

3. AL-JU' (Berlapar)
-Prinsip umum Islam dalam isu pemakanan ialah makan sekadar menguatkan tubuh supaya dapat menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap Allah dan sesama manusia. Makan labih kadar ini sehingga kenyang adalah diharuskan (mubah). Makan lebih daripada kenyang adalah tidak digalakkan kerana termasuk di dalam perbuatan berlebihan yang dilarang. Firman Allah:

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas". (al-a'raf :31).

Makan/ minum lebih daripada kadar yang perlu adalah perbuatan menurut nafsu. Perbuatan yang demikian walaupun daripada bahan-bahan yang halal adalah tidak secucuk dengan citarasa Islam, terutama apabila dinilai dari sudut kerohanian atau akhlak islam.
Makan minum yang ideal dalam ajaran islam ialah sepertimana yang tersebut dalam hadis Rasulullah Saw: 
"memadailah anak Adam itu memakan beberapa suap makanan yang menegapkan tubuhnya. Salurannya tidak berupaya berbuat demikian".

4. AL-SAHRU ( Berjaga Malam)
-Kewajipan dalam hidup terlalu banyak. Jikan seseorang tidak dapat mendisiplinkan dirinya dari segi tidurnya, maka ini sering merugikannya. Tidur yang dikawal lebih melepaskan peluang yang banyak terutama waktu-waktu ibadat yang penting dan perlu direbut seperti solat al-fajar, solat berjamaah, beristighfar waktu dinihari dan solat Tahajjud.
Di dalam islam, waktu malam ada kelebihannya yang tersendiri, antaranya, Firman Allah yang bermaksud: 

"Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya". (surah al-muzammil:6)

Hadis: "dikatakan telah ditanya wahai Rasulullah! doa manakah yang lebih didengar (diterima) oleh Allah? Baginda menjawab: doa yang dipohonkan ditengah malam (dinihari) dan yang dipohonkan selepas solat waktu." ( HR. Tirmizi)

Berjaga malam yang menjadi salah satu syarat utama Mujahadah al-nafs ialah diisi dengan ibadat, ilmu, zikrullah seperti membaca al-quran dan lain-lain serta amalan-amalan kebajikan lain seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah bersama para sahabat baginda. Seseorang Muslim dituntut memelihara hak diri dan kesihatan dengan memenuhi keperluan-keperluan tubuhnya seperti tidur yang cukup. Oleh itu seseorang perlu membuat penyelesaian tertentu (adjustments) untuk menggantikan waktu lain untuk memenuhi keperluan dirinya kepada tidur sebentar sebelum zohor dan lain-lain.

RUMUSAN
Dengan kawalan ke atas pergaulan, percakapan, pemakanan dan tidur, seseorang boleh mengawal banyak keinginan-keinginan diri (nafs). Ruhaniah akan bertambah subur dan akan membawanya kepada kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat dengan izin dan bantuan daripada Allah jua.

Tidak kusangka!!!

 Assalamualaikum y Hola!!!

Alhamdulillah..

May19 2013...ye hari ini adalah hari yang sangat bermakna kerana hari ini adalah hari kelahiran saya yang ke dot dot...hehe
kalau dulu-dulu nak nyanyi sebuah lagi tue apabila sampai kepada umurku spt  hari ini...lagunya macam ni " Ya Rabbana, hamba banyak dosa Ya Rabbana..lala dah xingat dah sekarang n lagu tue pun dah xjumpa lagi...huhu sedih..

          "Allahummaj a'lni min i'badika syakuro"
~ Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku daripada kalangan hamba²-Mu yang bersyukur, amin~
 
Sangat bersyukur apabila masih diberi nyawa untuk bernafas..semoga amanah ini dapat dijaga dengan baik.

Dengan keizinan Allah jugalah saya dapat menyambut hari kelahiran yang ke dot dot ini. Pada tarikh ini juga Allah memberi peluang untuk melancong ke Cameron Highland. Sangat kebetulan. Hebat perancangan Allah itu.

Pada hari kelahiran kali ini banyak sekali yang Allah bagi kepadaku, bermulanya dengan melancong ke Cameron Highlands. Pada malamnya pula tepat pada pukul 12 malam 19 mei 2013, ada plak kawan2 yang datang buat 'kejutan'..xtaula bila masa diorang ni planning...patutla bising dan ceria semacam jer.,tuela xambik kisah sangat..padan muka.
Yelah dah lewat malam mesti la nak tidur, dah esok nak bagun awal lg. Aku pun tidurla...aku pun hairan la jugak kenapa la diorang xnak tidur2 lagi dan masih aktif lagi. Dan apabila jer aku mula-mula nak  lena-lena ayam ini, mereka mula beraktiviti,,tapi sayang 'timing xkena. apa yang mereka cuba lakukan padaku?owho..mereka cuba untuk menconteng mukaku ..dasyat2 palanning mereka dalam mengsurprisekan aku..tapi disebabkan aku ni sensitif  maka aku terjagala tanpa mereka sempat membuat apa-apa..haha. akan tetapi bagi menghargai usaha mereka yang berusaha meraikan hari kelahiranku, aku relakan saja mereka menconteng wajahku ini dalam keadaan sedar..kemudian bergemalah ucapan hari lahir  drp dyorang..seronok juga sebenarnya,maklumlah 1st time. Terima Kasih sahabat kerana sanggup mengorbankan masa tidurmu semata-mata untuk meraikannya walaupun dalam bentuk yang agak 'ekstrem'..
Kemudiaanya, bertali aruslah ucapan hari lahir di Fb, PM dan juga melalui message. Huhu itu tandanya ada lagi orang yang masih mengingati diri ini.

Keesokan harinya, ingatkan dah habis kejutan yang xmenjadi malam tadi, rupa-rupanya ada lagi. Kejutan ni lebih gempak kot dari semalam..Bermula apabila kami bertolak balik ke Penang, namaku dipanggil oleh pemandu pelancong dan menyuruhku berdiri..mulalah fikir kenapa la pulak tiba-tiba panggil nama aku ni? Dia kata aku telah kehilangan kad bank dan mendapat panggilan dari seseorang yang menjumpai kad itu..what!!! maka terkezutlah diri ini. Aku pun dipanggil kehadapan untuk memastikan kad itu..apabila aku cek dalam ada jer semua kad-kad dalam beg..baru perasan trick diorang..haha
Buat-buat biasa jela...haha kesian kat diorang, dah puas kenakan aku kemudian mereka menyanyi lagu 'selamat hari lahir' padaku..malu kot satu bas plak tue...then yang paling heppy dapat adiah..haha..bila dah bg ucapan semua, baru dapat tahu rupa-rupanya rancangan kawan-kawanku pada kesinambungan malam tadi. Time Kasih pada teman-teman dan sahabat-sahabatku yang  sanggup berusaha membuat kejutan pada diriku ini. Aku amat menghargai usaha kalian. Semoga pada hari kelahiran kalian pun akan turut diraikan dengan lebih hebat lagi.. Mungkin kenangan ini akan kekal tersemat dalam sanubari hatiku kerana pada kali ini pertama kali aku dirai sebegitu..sangat terharu..sob3x..

ni dapat drp ira & aisyah
Kejutan ke 3 apabila ada orang ketuk pintu bilik...bila bukak pintu, xde plak orangnya. rupa-rupanya ada hadiah kat bawah.aduii sapala pengirimnya xdapat dikesan dahla xde nama...walau siapa anda terima kasih saya ucapkan. kejutan ke-4 pula....ada lagi ke?

~aku tidak pandai untuk menghargai diri kalian.
Terima Kasih kerana menghargai diriku. Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Semoga Allah mengurniakan sebanyak-banyak kebaikan ke atas kamu semua.

wassalam
adios

#xpandai nak menulis dengan baik.




ni drp pak cik pemandu pelancong









ni hadiah secret admired




ini hadiah drp pak cik bas




APA YANG TELAH AKU SUMBANGKAN?

ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WASAHLAN YA REJAB..

post sahabat kat fb
Hari ini adalah 1 Rejab 1434. Alhamdulillah pembukaan pada hari ini adalah sangat mantap. Hal ini kerana selama belajar di universiti ini..inilah kali pertama beriadah di pagi hari..maen bola keranjang gitew..namun pada tahun terakhir ini (insya Allah) Allah bagi juga untuk merasa nikmat itu, wah!!!

Dikatakan hari yang mantap, kenapa?
sebab- jawapan umumnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan..sekurang-kurangnya keluar gak la peluh tu xde la asyik 'menternak lemak' jew koje.
-dapat eratkan silaturrrahim
-dapat 'happy-ii'
-n so on (depends on individual to describe it)
-dan yang penting sekali adalah bermain adalah bukan hanya sekadar bermain, pergi main then balik tanpa dapat apa-apa input.

Selepas bermain, kami sambung dengan sedikit pengisian. isunya apa yang blh kt kita kaitkan antara bermain bola dengan kehidupan kita. Maklumlah ada antara kami tak pernah pun main bola, ada yang malu-malu dan ada yang memang yang 'expect' dah...apa yang kami fokuskan di sini ialah kepada yang masih malu-malu dan teragak-agak untuk 'shoot' bola ke dalam net (entah bhs yg betulnya apa?)memang pada permulaannya ia sangat lah sukar dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku akan tetapi bila ada banyak percubaan ada  juga yang  berjaya menjaringkannya. Begitu jugalah dengan diri kita, mula-mula memang takut untuk melakukan perubahan namun apabila ada tekad yang tinggi boleh jer kita melakukan perubahan pada diri. 

Di dalam masyarakat pula apakah kita dapat sumbangkan untuk mengubah masyarakat dalam masalah sosial. Apakah sumbangan aku? selama aku hidup ini apa yang telah aku sumbangkan untuk membantu agama Allah? Mampukah menjadi khairun ummatin seperti mana yang di sebut dalam Surah Ali- Imran ayat 110.


'Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)'.
 
 
 
#Semoga saya, awak, dia dan mereka mampu menjadi 'khairun ummatin.
# Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan temukanlah kami dengan bulan Ramadhan. Amiin....
 
 
 
wassalam..
Adios..
 

FOR THE 1ST TIME IN MY LIFE

Assalamualaikum...salam pembukaan sebagai blog pertama pada bulan Mei ini, juga Salam Rejab (beberapa hari saja lagi). Umum mengetahui Pilihanraya ke-13 (PRU13) telah berlangsung pada 5 Mei 2013. Ini bermakna baru beberapa hari saja ianya berlalu. Alhamdulillah...pada PRU kali ini diri ini berpeluang untuk turut sama turun mengundi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Peace Yeo... Pertama kali turun mengundi pada umur seusia ini. Moga-moga ada lagi kesempatan untuk mengundi pada masa akan datang. Hal ini bermakna 4 tahun akan datang.

 Pengalaman pertama ini amatlah bermakna buat diriku.  Memandangkan tempat untuk mengundi itu dekat, Aq bersama kakak dan abang pergi mengundi dengan membonceng motosikal. Sudah lama rasanya tidak merasai perasaan itu. Hanya berkesempatan pada usia kanak-kanak dan remaja.oh indahnya..menghirup udara segar. walaupun cuaca panas terik itu tidak terasa bahangnya. Mungkin semangat mengundi pun satu..haha
Ini bukti saya telah mengundi


#semoga pilihan yang kita buat adalah pilihan yang terbaik untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama...untuk kini dan selamanya.
#menang kalah itu adat pertandingan...mohon yang menang itu melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik.

wassalam
adios