Assalamualaikum y Hola!!!
Alhamdulillah..
May19 2013...ye hari ini adalah hari yang sangat bermakna kerana hari ini adalah hari kelahiran saya yang ke dot dot...hehe
kalau dulu-dulu nak nyanyi sebuah lagi tue apabila sampai kepada umurku spt hari ini...lagunya macam ni " Ya Rabbana, hamba banyak dosa Ya Rabbana..lala dah xingat dah sekarang n lagu tue pun dah xjumpa lagi...huhu sedih..
"Allahummaj a'lni min i'badika syakuro"
~ Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku daripada kalangan hamba²-Mu yang bersyukur, amin~
Sangat bersyukur apabila masih diberi nyawa untuk bernafas..semoga amanah ini dapat dijaga dengan baik.
Dengan keizinan Allah jugalah saya dapat menyambut hari kelahiran yang ke dot dot ini. Pada tarikh ini juga Allah memberi peluang untuk melancong ke Cameron Highland. Sangat kebetulan. Hebat perancangan Allah itu.
Pada hari kelahiran kali ini banyak sekali yang Allah bagi kepadaku, bermulanya dengan melancong ke Cameron Highlands. Pada malamnya pula tepat pada pukul 12 malam 19 mei 2013, ada plak kawan2 yang datang buat 'kejutan'..xtaula bila masa diorang ni planning...patutla bising dan ceria semacam jer.,tuela xambik kisah sangat..padan muka.
Yelah dah lewat malam mesti la nak tidur, dah esok nak bagun awal lg. Aku pun tidurla...aku pun hairan la jugak kenapa la diorang xnak tidur2 lagi dan masih aktif lagi. Dan apabila jer aku mula-mula nak lena-lena ayam ini, mereka mula beraktiviti,,tapi sayang 'timing xkena. apa yang mereka cuba lakukan padaku?owho..mereka cuba untuk menconteng mukaku ..dasyat2 palanning mereka dalam mengsurprisekan aku..tapi disebabkan aku ni sensitif maka aku terjagala tanpa mereka sempat membuat apa-apa..haha. akan tetapi bagi menghargai usaha mereka yang berusaha meraikan hari kelahiranku, aku relakan saja mereka menconteng wajahku ini dalam keadaan sedar..kemudian bergemalah ucapan hari lahir drp dyorang..seronok juga sebenarnya,maklumlah 1st time. Terima Kasih sahabat kerana sanggup mengorbankan masa tidurmu semata-mata untuk meraikannya walaupun dalam bentuk yang agak 'ekstrem'..
Kemudiaanya, bertali aruslah ucapan hari lahir di Fb, PM dan juga melalui message. Huhu itu tandanya ada lagi orang yang masih mengingati diri ini.
Keesokan harinya, ingatkan dah habis kejutan yang xmenjadi malam tadi, rupa-rupanya ada lagi. Kejutan ni lebih gempak kot dari semalam..Bermula apabila kami bertolak balik ke Penang, namaku dipanggil oleh pemandu pelancong dan menyuruhku berdiri..mulalah fikir kenapa la pulak tiba-tiba panggil nama aku ni? Dia kata aku telah kehilangan kad bank dan mendapat panggilan dari seseorang yang menjumpai kad itu..what!!! maka terkezutlah diri ini. Aku pun dipanggil kehadapan untuk memastikan kad itu..apabila aku cek dalam ada jer semua kad-kad dalam beg..baru perasan trick diorang..haha
Buat-buat biasa jela...haha kesian kat diorang, dah puas kenakan aku kemudian mereka menyanyi lagu 'selamat hari lahir' padaku..malu kot satu bas plak tue...then yang paling heppy dapat adiah..haha..bila dah bg ucapan semua, baru dapat tahu rupa-rupanya rancangan kawan-kawanku pada kesinambungan malam tadi. Time Kasih pada teman-teman dan sahabat-sahabatku yang sanggup berusaha membuat kejutan pada diriku ini. Aku amat menghargai usaha kalian. Semoga pada hari kelahiran kalian pun akan turut diraikan dengan lebih hebat lagi.. Mungkin kenangan ini akan kekal tersemat dalam sanubari hatiku kerana pada kali ini pertama kali aku dirai sebegitu..sangat terharu..sob3x..
Kejutan ke 3 apabila ada orang ketuk pintu bilik...bila bukak pintu, xde plak orangnya. rupa-rupanya ada hadiah kat bawah.aduii sapala pengirimnya xdapat dikesan dahla xde nama...walau siapa anda terima kasih saya ucapkan. kejutan ke-4 pula....ada lagi ke?
ni dapat drp ira & aisyah |
~aku tidak pandai untuk menghargai diri kalian.
Terima Kasih kerana menghargai diriku. Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Semoga Allah mengurniakan sebanyak-banyak kebaikan ke atas kamu semua.
Terima Kasih kerana menghargai diriku. Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Semoga Allah mengurniakan sebanyak-banyak kebaikan ke atas kamu semua.
adios
#xpandai nak menulis dengan baik.
ni drp pak cik pemandu pelancong |
ni hadiah secret admired |
ini hadiah drp pak cik bas |
No comments:
Post a Comment