Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

CINTA DALAM KETAATAN



Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk menyambung menulis. Sudah hampir dua bulan blog ini tidak diupdated. Jika sebelum ingin sekali menjadi istiqamah dalam menulis blog dan ingin sekali setiap bulan mesti menulis sesuatu yang baharu untuk blog ini. Akan tetapi disebabkan pelbagai faktor sebab dan musabab menyebabkan blog ini tidak diupdated hampir dua bulan. Sekiranya dulu masih pelajar undergraduated sekarang sudah bertukar status kepada pelajar postgraduate, Alhamdulillah. Sebenarnya saya baru sahaja bergraduate pada 23 September 2013. Sekarang dah sambung peringkat Master sangatlah menakutkan kerana awal-awal lagi, memerlukan kami memberi tajuk tesis. Pening memikirkan tajuk tesis, baru tajuk belum lagi menulis tesis. Perlu kepada kuatnya semangat untuk menempuh jalan yang dipilih ini. Apabila kita menetapkan tekad teruskan ke arahnya, selebihnya bertawakallah kepada Allah. Firman Allah ini sangat menenangkan hati yang sedang gundah gelana yang bermaksud:

“Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal” ( Surah Ali Imran :159). 
Selagi kita tawakkal kepada Allah menunjukkan bertapa mahalnya kebergantungan kita kepada Allah SWT.
aik.. macam tak berkaitan dengan tajuk pun. Apa sebenarnya cinta dalam ketaatan itu?cinta kepada siapa?nantikan sambungannya...hehe
 
wassalam
Adios
Hasta Luego

No comments:

Post a Comment