Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

SUBMIT CADANGAN DISERTASI

Alhamdulillah, hari ini adalah tarikh submit cadangan disertasi. Akhir berjaya juga menyiapkan cadangan disertasi dan berjaya menhantarnya pada hari ini. Moga-moga mendapat yang terbaik dan cadangan disertasi dapat diteruskan menjadi disertasi penuh. Apa-apa pun keputusannya nanti berserah sahaja pada Allah SWT.

~MOGA-MOGA DISERTASI YANG SEBENARNYA DAPAT DISIAPKAN TEPAT PADA WAKTUNYA DAN BAIK LAGI TERBAIK.
~MOGA-MOGA SEGALA HALANGAN DALAM MENYIAPKAN DISERTASI NANTI AKAN DAPAT DITEMPUHI DENGAN JAYA DAN KENTAL HATI.
~APA YANG PENTING TIDAK "TERTEKAN DAN MENEKAN"..HEHE



Wassalam
Adios

Masih Mencari


Assalamualaikum sebagai pembuka bicara, Alhamdulillah sebagai ucapan syukur ke atas penciptaku Allah SWT. Semoga Penciptaku sentiasa meredhaiku dan seluruh kehidupan umat Islam kesemuanya.

Dalam kesibukan menulis cadangan disertasi, teringin mencari ruang untuk mencoret sesuatu di laman blog ini. Di samping kesempatan untuk release tension dan gilap bakat menulis kasi berkilau-kilau.

Perkara yang ingin dikongsi ini ialah daripada ceramah yang bertajuk "Ilmu, Cinta dan Kehidupan" yang disampaikan oleh Ustaz Dusuki. Melihat kepada tajuknya sudah menarik. Semestinya isi jugak juga menarik dan bermanfaat. InsyaAllah..

Dalam hidup ini kita mesti mengetahui apa tujuan hidup kita?kenapa Allah menciptakan kita? Jawapanya ada di dalam al-Quran. Sebagai ringkasannya empat perkara yang perlu kita buat ialah seperti berikut:

1. Mencari hidayah Allah
2. Mencari keberkatan dalam hidup
3. Mencari keampunan Allah
4. Mencari keredhaan Allah





 -Ya ALLAH kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Supaya kamilah antara Insan yang terpilih mendapat Mardhatillah. Aamiin..

Wassalam
Buenas noches!!!

Mencari Sesuatu yang hilang!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah pada tarikh 7/12/13 pada pukul 1.45 pagi masih lagi diberi peluang untuk bernafas dibumi ini.

Mencari sesuatu yang hilang? bolehkah? mampukah? timbul pelbagai persoalan yang menambah kecelaruan fikiran. Kadang-kadang benda yang hilang itu boleh dijumpai semula, kadang-kadang tue dah xjumpa dah..teringat pada cerita seorang kawan, satu fail yang terdapat sekali sijil-sijil hilang dan hampir dua tahun kemudian dapat dijumpai semula..syukur masih rezeki.

Sememangnya setiap  sesuatu itu tidak kekal. Hal ini kerana setiap sesuatu bukan milik kita. semuanya milik Allah azzawajalla. Itu cerita hilang barang, bagaimanakah pula sekiranya hilang iman? nauzubillah..
Sangat-sangat terasa sekarang ini yang mana kebiasaan pada masa dahulu tidak lagi mampu dilakukan pada masa kini. Apabila sekali meninggalkan amalan tersebut, menjadi susah untuk mula balik dan istiqamah. Susah sekali untuk bermujahadah. Terasa ingin kembali seperti dulu. Akan tetapi mana mungkin masa boleh diundur. Cuma yang penting gunakan masa sekarang ini dengan terbaik bukan memandang masa silam lagi. Sepatutnya umat islam itu, menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam, bukannya hari ini lebih teruk daripada semalam. sekiranya perkara itu berlaku maka malanglah kamu.

MUJAHADAH + ISTIQAMAH= BERJAYA.INSYAALLAH..

WASSALAM
ADIOS..