Alhamdulillah pada tarikh 7/12/13 pada pukul 1.45 pagi masih lagi diberi peluang untuk bernafas dibumi ini.
Mencari sesuatu yang hilang? bolehkah? mampukah? timbul pelbagai persoalan yang menambah kecelaruan fikiran. Kadang-kadang benda yang hilang itu boleh dijumpai semula, kadang-kadang tue dah xjumpa dah..teringat pada cerita seorang kawan, satu fail yang terdapat sekali sijil-sijil hilang dan hampir dua tahun kemudian dapat dijumpai semula..syukur masih rezeki.
Sememangnya setiap sesuatu itu tidak kekal. Hal ini kerana setiap sesuatu bukan milik kita. semuanya milik Allah azzawajalla. Itu cerita hilang barang, bagaimanakah pula sekiranya hilang iman? nauzubillah..
Sangat-sangat terasa sekarang ini yang mana kebiasaan pada masa dahulu tidak lagi mampu dilakukan pada masa kini. Apabila sekali meninggalkan amalan tersebut, menjadi susah untuk mula balik dan istiqamah. Susah sekali untuk bermujahadah. Terasa ingin kembali seperti dulu. Akan tetapi mana mungkin masa boleh diundur. Cuma yang penting gunakan masa sekarang ini dengan terbaik bukan memandang masa silam lagi. Sepatutnya umat islam itu, menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam, bukannya hari ini lebih teruk daripada semalam. sekiranya perkara itu berlaku maka malanglah kamu.
MUJAHADAH + ISTIQAMAH= BERJAYA.INSYAALLAH..
WASSALAM
ADIOS..
No comments:
Post a Comment