Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tarbiyah INGRAW2014

Assalamualaikum,
Alhamdulillah conference yang berlangsung selama dua hari iaitu 27-28 Oktober 2014 telah berlangsung dengan jayanya. Banyak perkara suka dan duka sepanjang berlansungnya persidangan tersebut. Sebagai pengenalannya, INGRAW ini merupakan nama sebuah persidangan. Pada tahun ini dipilih untuk menyertai persidangan ini untuk membentangkan kerja kerja yang bertajuk jeng..jeng...hehe.

Cerita dukaku sebelum berlangsungnya pembentangan, Pembentangan bermula pada pukul 11.00 pagi tapi giliran ku pula pada pukul 11.30 yakni sebagai pembentang yang ketiga. Untuk dijadikan cerita sebelum perbentangan bermula para pembentang perlu memasukkan power point ke dalam laptop supaya mudah nanti. Akan tetapi sayangnya semasa ingin memasukkan power point ke dalam laptop yang disediakan folder di dalam pendriveku semuanya hilang. apa lagi berdebar-debarla hatiku ini. nak tak nak kena balik ambik semula... kisahnya bermula,

-dari dewan ke asrama (berjalan/berlari
-tiba di asrama terlupa nak bawa kunci bilik
-pergi balik ke dewan
-cari kawan yang bawa laptop untuk cari balik folder "(kot-kot ada)
-tak jadi jugak
-berlari balik ke asrama
-lif pulak xjadi dahla bilik tingkat lapan
-mendaki tingkat lapan
-ambil bahan. send email takut tak jadi lagi
-turun drp tingkat lapan
-berlari ke dewan
-sampai dewan pembentang kedua sedang membentang
-ditukar menjadi pembentang keempat
-nasib baik sempat bentang
-dapat satu soalan jer
-komen pun agak banyak

itu cerita suka dan duka sepanjang hari pembentanganku. apa yang aku pelajari daripada kisahku ini. 
1. Buat banyak copy power point ke dalam pendrive
2. save power point ke dalam dropbox
3. send email ke email alternatif
4. jangan simpan virus banyak sangat

wassalam
adios

Aku Pembantu Rumah

Assalamualaikum...

Beberapa minggu lepas, aku menjadi seorang penjual nasi lemak, minggu ini pula berlakon sebagai pembantu rumah. Aktiviti menjual nasi lemak adalah untuk menjana modal untuk Kem, berlakon ni  pula untuk persediaan persembahan di Kem tersebut. Kami hanya membuat rakaman dan video yang dirakankan akan ditayangkan semasa malam kebudayaan Kem tersebut. Menjadi penjual nasi lemak dan pembantu rumah sekurang-kurangnya memberi aku beberapa perkara. Pertama, dapat pengalaman baru. Kedua, dapat memberi sumbangan pada perjalanan kem. Ketiga, dapat mecungkil bakat yang terpendam. Keempat, dapat menilai diri atau memberi latihan pada diri untuk sentiasa memandang orang lebih bawah dari kita. Kehidupan kita ini tidak semestinya sentiasa berada di atas, kadang-kadang ada juga di bawah. Jadi dengan keadaan itu kita jangan menghina mereka yang berada bawah daripada kita dan menjadi bersyukur apabila melihat orang berada di atas daripada kita.

Wassalam
Adios

Pengalaman jual nasi lemak

Assalamualaikum..

Perihal jual nasi lemak berlaku pada minggu lepas. wah first time jual nasi lemak. Jadi rugi lah sekiranya tidak diabadikan dalam penulisan blog ni. Disamping itu adalah juga modal untuk menulis bagi menggelakkan blog ni bersawang seolah-olah tidak bertuan.

Kembali kepada cerita nasi lemak. Sebenarnya idea untuk menjual nasi lemak ini kerana ini mengutip dana untuk kami ke Kem Bina Insan pada bulan 10 nanti. Oleh kerana tidak hanya mahu bergantung kepada sumbangan kami mencari alternatif sendiri untuk menghasilkan pendapatan sendiri. Alhamdulillah pada minggu lepas bermulanya cerita kami menjual nasi lemak. Pada minggu pertama ini adalah giliran aku untuk menghasilkan nasi lemak bersama denganku ada lagi tujuh orang rakan. masing-masing diberi tugas iaitu membeli barang, memasak, membungkus dan menjual. Pada mulanya tugasku hanya membeli barang keperluan memasak dan membungkus, akan tetapi disebabkan tidak cukup tenaga kerja maka dengan relanya menjadi penjual. Maka berlakulah ketukan bilik ke bilik dan alhamdulillah jualan kami habis pada mingggu itu. Jualan berlangsung selama dua hari (ahad dan sabtu jer). 

Bagi petugas membeli barang-barang ada tiga orang semuanya aku, mira, aqid dan tambah sorang lagi echah. Untuk membeli barang yang banyak maka terpaksalah kami menyewa kereta. Alhamdulillah kami dapat menyewa kereta kancil auto yang berharga RM40 separuh hari. Kira murahlah tue. Rancangan awal untuk membeli barang-barang adalah pada pukul 9.00pagi (Jumaat) dan janji nak ambik kereta pada masa itu, tetapi owner kereta pula lambat sampai last-last urusan selesai pada pukul 9.30pagi. Bila dah dapat ambil kereta nak la plak jemput kawan-kawan, tiba-tiba ditahan oleh petugas Jabatan Keselamatan pula..aduiiya..apa dia kata " mana sticker? student hanya boleh masuk pada pukul 10pg, jadi terpaksa hantar balik kereta pada tempat asal tunggu sehingga pukul 10. Pendekkan cerita sampailah kami ke pasaraya Mydin. Bila dah habis beli barang balik hantar barang ke rumah kawan dimana tempat membuat nasi lemak keesokannya. Kemudian patah balik pergi ke QB Mall. Di sana punya cerita, kami tersalah masuk parking VIP dengan bayaran RM5 sejam..fuyoo mahallah bagi kami yang masih belajar ni. Punyalah nak parking dekat dengan pintu masuk..haha sebab hari tu hujan.


 Kemudian kesinambungan jualan ini akan diteruskan pada minggu ini dan minggu seterusnya sehinggalah berlansungnya kem tersebut. Pada minggu ini barang jualan di uprage sikit iaitu nasi lemak, bihun, dadih, sandwich (telur/sardin), kerepek dan buah potong. Nampaknya minggu ini lebih mencabar kepada petugas-petugas minggu ini walaupun hasil memberangsangkan. Kesian kawan-kawan yang bertugas pada minggu ini. Semoga hasil usaha yang mulia ini Allah balas dengan sebanyak-banyak kebaikan. Hari ini baru hari sabtu esok ada lagi.. Good Luck awak-awak semua. Semoga Allah Redha perjuangan dalam berniaga dan dalam menyiapkan disertasi.



#punyalah berbelit cerita entah faham entak idak ya...kemahiran menulis kian luntur kena gilap balik
nasi lemak superd



perbezaan pada cara bungkusan bawah: hari pertama, atas: hari kedua
pembungkusan kerepek untuk jualan minggu ini


Wassalam

kemasukan baru

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sudah memasuki bulan 9 bagi tahun 2014. Hampir dua bulan setengah sudah berlalu waktu cuti semester. Pada 8 haribulan ni dah masuk sem baru. Bersediakah??? walau apapun kena sentiasa bersedia. Pada semester kali ini dijangkakan semester yang paling sibuk. Antara aktiviti yang akan dilakukan pada;
1. Menulis abstrak (done)
2. Menyiapkan kertas kerja (not finish and not begin yet)
3. Membentangkan kertas kerja
4. Kelas
5. Menyiapkan keseluruhan disertasi
6. Membentangkan keseluruhan disertasi
7. Submit disertasi

Semoga Allah permudahkan segalanya. Ya Allah mudahkan aku, jangan susahkan aku.
Semoga semester kali ini lebih baik daripada semester sebelumnya.
Semoga semester kali ini lebih bersemangat, lebih rajin, lebih cekal dan semua lebih-lebih lain yang positif.

Hari juga merupakan kemasukan pelajar baru. Kiranya adik-adik juniorla. sekarang dah jadi senior gitue. semoga dapat menjadi senior yang bermanfaat kepada junior..insyaAllah.

wassalam
adios

PROGRAM ASSESMENT CENTRE (PAC) JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41

Assalamualaikum..
Tiba-tiba terasa ingin berkongsi tentang PAC yang dihadiri baru-baru ini. Maklumat seperti berikut:
Tarikh: 16//8/2014-17/08/2014.
Masa Pendaftaran: 7.30 pagi.
Tempat: Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin.

Jadual Pelaksanaan PAC

Ini merupakan sesi pertama ada lagi dua sesi. Ramai calon yang hebat-hebat tambahan pulak calon yang dah bekerja dengan JKM. Sekarang tunggu result, InsyaAllah kalau ada rezeki dapatlah panggilan temuduga dan kalau ada rezeki lagi bolehlah berkhidmat kepada negara.

Wassalam
Adios

Nak balik dah

Alhamdulillah hari ini sudah hari ke-16 Ramadhan kareem. Hal ini bermakna sudah 16 hari daku berpuasa di sini (perantauan). Hari tiba masanya untuk diri ini berangkat pulang ke pangkuan keluarga yang tercinta dan tersayang fillah abadan abada. Semoga Allah permudahkan. Aamiin.
Hari juga bertekad untuk membuat panggilan kepada responden yang hendak ditemubual. Dengan perasaan takut dan penuh tekad terdail juga nombor telefon respnden itu. Alhamdulillah Allah permudahkan untuk berjumpa  dan dia telah menetapkan tarikh pada 21/07/2014. Semoga Allah permudahan ke perjalanan seterusnya. Walaupun menelefon dua orang tetapi seorang lagi tidak berada di pejabat, InsyaAllah akan berusaha lagi. Dan seorang lagi responden tidak ku hubungi.. Ya Allah berikanlah aku kekuatan. tidak tahu kenapa aku sepenakut ini? teringat pada kata-kata pensyarahku "orang yang tidak yakin dengan diri sendiri sebenarnya tidak yakin pada Allah"..sentapp. Kuatkan semangat, semoga Allah permudahkan dan tidak Allah susahkan.

ar-Rahmannya Allah SWT

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan... sedar tak sedar sudah hari kesepuluh kita umat Islam berpuasa. Sudah bermacam-macam pengalaman yang diperolehi sepanjang 10 hari berpuasa. Alhamdulillah masih diizinkan Allah SWT untuk merasai nikmat ini. 10 hari berpuasa di perantauan jauh daripada keluarga cukup memberikan satu pengalaman yang menarik untuk dikenang. Berpuasa dengan teman-teman seperjuangan yang silih berganti.

Kisah ramadhan

Bersahur
1& 2 Ramadhan bersahur hanya berdua dengan Aishah
3  Ramadhan bersahur bertiga dengan Aishah dan Syafiqah
4 Ramadhan bersahur berdua dengan Syafiqah sebab Aishah balik kampung
5,6,7 Ramadhan bersahur bertiga dengan Syafiqah dan Suhada
8 Ramadhan berdua kembali  dengan Suhada sebab Syafiqah balik kampung
9 Ramadhan  Bersahur seorang diri sebab
10 Ramadhan bersahur bedua dengan Syafiqah (Baru balik ke sini).

Berbuka
1 & 2 Ramadhan bertiga Aishah dan Aqidah
3 Ramadhan berbuka di Masjid bersama Aqidah, Aishah, Fyfa, Lyn dan Kak Ain.
4 & 5 Ramadhan berbuka dengan Fyfa, Aqidah dan Suhada (beli kat bazar)
6 Ramadhan berbuka Fyfa, Aqidah dan Suhada (masak sendiri-tomyam campur).
7 Ramadhan berbuka dengan Suhada, Najwa dan Kak E (berbuka kat rumah najwa)
8 Ramadhan berbuka dengan Suhada dan Aisyah (Aisyah bawa makanan dari rumah)
9 Ramadhan berbuka dengan Suhada dan Aisyah (Masak sendiri-ayam masak paprik dan sayur goreng telur
10 Ramadhan bercadang hendak berbuka di masjid.

Inilah kisah suka dan duka sepanjang sepuluh hari berpuasa di Perantauan. InsyaAllah 14/07/14 ni dah nak balik dah. Ingin pula merasakan suasana berpuasa dan berterawih di rumah aka kampung halaman. Semoga masih ada kesempatan untuk merasanya.

Begitulah Allah menghadirkan kasih-sayangNya melalui persahabatan. "Maka nikmat manakah yang engkau dustakan".

Wassalam
Adios
10 Ramadhan 1445












Ramadhan tiba lagi

Assalamualaikum wbt,

Ramadhan kembali lagi, walaupun hari ini hari ke-2 Ramadhan (30/06/14) rasa belum terlambat untuk ucapkan selamat berpuasa pada semua umat Islam di seluruh dunia. Dua hari dah berpuasa di perantauan, semoga diberi kekuatan. Untung juga berpuasa di perantauan ni boleh merasai perkara yang berbeza terutama sekali part solat terawih.



Wassalam
Adios

Bagaimana pamerkan cinta kepada Rasulullah SAW

Assalamualaikum

Berikut adalah cara untuk menunjukkan rasa cinta terhadap Rasulullah SAW:
1. Beriman dengan baginda
2. Melaksanakan segala sunnah baginda
3. Memperbanyak selawat kepada baginda
4. Mengasihi ahli keluarga baginda
5. Menghayati sirah baginda dan sahabat
6. Menziarahi maqam baginda
7. Mengasihi pewaris
8. Mengikut akhlak baginda

Orang ber juang itu...

Assalamualaikum..

Pada hari ini terdetik untuk berkongsi ciri-ciri orang berjuang. Bersesuaian dengan diri ini yang akan menghadapi peperiksaan pada 24/06/14 nanti. InsyaAllah semoga Allah permudahkan segalanya. Berjuang boleh di mana-mana sahaja dan tidak mengira masa. Berjuang tidak mestinya perlu mengangkat senjata. Berjuang melawan nafsu juga dikira sebagai berjuang. Berikut adalah beberapa ciri orang berjuang:
1. Orang bermusafir yakni keluar mengembara untuk mendapatkan pengalaman.
2. Miskin dan papa bukan menjadi penghalang. Bukan hanya wang ringgit matlamat perjuang hanya sebagai alat.
3. Sanggup berenggang dengan anak dan isteri.
4. Rumah merata-rata.
5. Rezeki tidak menentu
6. Tidur baring tidak tetap waktu. Guna masa sebaiknya.
7. Orang lain membuat harta,orang berjuang buang harta.
8. Kawan tidak terbatas.
9. Musuh tidak terbilang.
10. Mati dikenang.

Berikut adalah 10 ciri orang yang berjuang. Ciri- ciri ini adalah perkongsian daripada pengsyarah pada sesi tazkirah kelas hari khamis 20/2/14 yang lalu.

~semoga ada sedikit manfaat
~ berjuang memang pahit kerana syurga itu manis
~moga ada kesempatannya.

Wassalam
Adios

Kenapa hati tidak tenang?

Assalamualaikum wbt,

Ketenangan juga merupakan satu rahmat daripada Allah, juga satu bentuk rezeki yang Allah kurniakan untuk seseorang itu. Ketenangan mahal harganya berbanding dengan wang berjuta. Ramai orang yang mempunyai wang berjuta-juta, harta berbondong-bondong tetapi jauh dari nikmat ketenangan. Nikmat ketenangan bukan boleh dibeli dengan wang ringgit. Allah SWT yang memberi ketenangan, maka perlu untuk kita kembali kepada Pemberinya. Allah juga ada memberi kunci ketenangan berdasarkan firmanNya: ."..hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."(ar-Rad:28). Jadi kita mestilah memegang kemas kunci untuk membuka mangganya yakni ketenangan. Mana mungkin kita boleh membuka mangganya tanpa ada kuncinya. Kunci yang ada pula mestilah kunci yang sesuai.  Begitulah juga di dalam kehidupan ini, untuk mencari ketenangan yang hakiki mestilah sentiasa mengingati Allah kerana Allah lah yang memberi ketenangan itu. 

kembalilah..kembalilah kepada Allah.

Wahai hati yang sentiasa gundah gelana selalulah mengingati Allah.
Adulah kepada Allah apa-apa jua masalahmu sebelum kau adukan kepada manusia.
Wahai hati yang sentiasa kerisauan selalulah adukan pada Allah
sesungguhnya Allah lah pemberi ketenangan.
Wahai hati yang gelisah dan tidak tenang
kembalilah menilai hatimu..mentazkiyahkan hatimu.

#carilahjalan yang benar jangan cari jalan yang salah. Allah penunjuk kebenaran. Mintalah petunjuk dari Tuhamu (Allah).


Wassalam..
Tafakur sejenak...Subhanallah

Sweet 25

Assamualaikum

Alhamdulillah masih diberi kehidupan di alam dunia ini. Hari ini 19 Mei 2014 bersamaan tarikh hari kelahiranku. Ya Allah engkau masih panjangkan usiaku. Semoga akau dapat manfaatkan sisa-sisa umurku yang engkau anugerhkan ini untuk perjuangkan Islam. Apa yang istimewa hari kelahiran pada kali ini ialah selain dapat ucapan dan doa daripada sahabat-sahabat, profesor aka penyeliaku, doktor akan pensyarahku turut mengucapkan selamat hari kelahiran padaku. Selama ini tidak pernah diriku menerima ucapan kelahiran daripada insan yang bergelar guru. Alhamdulillah pada peringkat umur ini Allah rezekikan padaku untuk mendengar ucapan hari kelahiran daripada murabbiku..Sangat Sweet. Rasa bibir ini sentiasa mengukir senyuman. MasyaAllah satu nikmat yang paling best.

Kawan-kawan juga turut bersusah payah menyediakan makanan dan kek hari jadi. Terima Kasih sahabat. Semoga Allah bagi kepada kalian sebanyak-banyak kebaikan. Ada juga sahabat yang bagi kad ucapan dan hadiah (coklat). 

Pada hari yang bahagia ini juga diri ini diminta oleh pensyarah untuk membuat perkongsian yang bermanfaat ala-ala tazkirah gitue. Memang kebetulan.

Terima Kasih Ya Allah kurniakan hari yang indah ini pada diri ini.


kad dan coklat #sejoli





Jeng..jeng ucapannya.


kek yang dah tinggal se....

Wassalam
Adios
Syukran 

Habibun Najar Miskin dunia Jutawan Akhirat

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan. Tiada lagi nikmat yang perlu didustakan. Alhamdulillah juga dalam usiaku Allah telah menemukan diriku dengan kisah Habibun Najar. Allahu rabbi, tidak pernah sekali aku tahu kisah pemuda yang hebat ini, sebelum ini hanya tahu kisah tentang ashabul khafi dan ashabul ukhdod, tetapi tidak kisah Haibun Najar ini. Nama Habibun Najar ini hanya temui apabila aku membuat disertasi berkenaan perbandaran Islam. Kemudiannya wujudlah persoalan tentang siapakah Habibun Najar ini. Terus encik google yang mampu menjawab persoalan ini. Rupa-rupanya kisah Habibun Najar ini ada surah Yasin ayat 13-26. MasyaAllah selama membacanya tidak pernah sekali memahami kisahnya. mungkin membawa terjemahan hanya sekadar membaca terjemahan tanpa memgambil tahu inti pati ayat yang Allah hadirkan dalam surah tersebut. Jahilnya diri ini.Antara perkongsian yang saya dapat adalah seperti berikut:

[13]Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),
[14]Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.
[15]Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".
[16]Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,
[17]"Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".
[18]Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
[19]Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".
[20]Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu
[21]"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
[22]Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
[23]"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
[24]"Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
[25]"Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",.
[26](Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -
[27]"Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan".

Pemuda Habibun Najar telah dimunculkan pada ayat yang ke 20 dengan ia berlari-lari memaklumkan kepada penduduk negeri itu untuk supaya beriman kepada utusan-utusan yang diutuskan tanpa meminta apa-apa dari kalangan penduduk negeri itu. Penduduk negeri itu kufur lalu tidak mahu menerima segala nasihat dari utusan-utusan Allah itu. Penduduk negeri itu bertanya adakah Habibun Najar telah beriman dengan utusan-utusan itu, maka dijawab olehnya yang beliau telahpun beriman.

Malah Habibun Najar menjelaskan pendirian akidahnya lalu penduduk negeri itu membunuhnya dan semasa ruhnya diangkat kesyurga (ayat 26) beliau menyatakan "Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui"..masyallah..

Melalui kisah dari ayat ini, maka kita sebagai manusia mestilah mempunyai keinginan atau mempunyai hati untuk meningkatkan iman dan taqwa kita sambil membantu Allah dan RasulNya dalam saling memperingati antara satu dengan lain supaya dengan ini dapat meningkatkan tahap iman dan taqwa kita dimana ini diceritakan dalam ayat-ayat diatas bagaimana Habibun Najar membantu kerja dakwah utusan-utusan Allah yang akhirnya ia syahid dijalan Allah. Allahuakbar!!!
Sumber: disini
Wassalam
Adios

Seminggu di Medan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni adalah hari kedua berada di Malaysia setelah seminggu berada di Medan. Hari pertama balik  tak boleh nak updated blog lagi sebab masih terasa penatnya walaupun perjalanan dari Medan ke Malaysia singkat sahaja hanya mengambil masa dalam setengah jam. Maklumlah bila balik ke sini mestilah kena berkemas, basuh baju dan sebagainya.

Banyak pengalaman yang dapat diperolehi sepanjang bermusafir ke Medan. Benarlah bermusafir itu dapat memberi seribu satu perkara baru atau pengalaman bagi mereka mencerapkan. Allah SWT juga menyuruh kita untuk bermusafir atau berjaulah sebagai mana firmanNya: Katakanlah (Muhammad), "Jelajahilah bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.''Al An'am (6: 11).

Bagiku yang kali pertama sampai ke Medan banyak perkara yang dapat diperhatikan dan dipelajari. Sememangnya masyarakat di Medan mempunyai semangat dan ikhtiar hidup yang tinggi, berusaha sehabis mungkin untuk melalui kehidupan yang serba kekurang dan penuh persaingan. Contohnya mereka sangat berusaha menjual barangan mereka juga merayu-rayu supaya membeli barangan yang dijual tanpa mengenal putus asa biarpun beberapa kali ditolak. Akan tetapi dengan usahanya itu mampu mengugat hati-hati yang berbelas kasihan untuk membeli dagangan mereka. Itulah yang harus kita pelajari dalam kehidupan iaitu berusaha sehabis mungkin tanpa mengenal berputus asa.  

Berikutnya biarlah gambar berbicara:-



 
1. tukar duit RM ke Rupiah

2. Kemas barang yang perlu dibawa

3. Menunggu waktu perlepasan

4. Tiba di Airport Kuala Namu, Medan

5. Ready untuk mengambil bagasi

5. Makan tengah hari di Restoren Garuda *ayam pop


6. Ready to check in bilik *Hotel Madani

7. Aktiviti selama 4-9 Mei 2014

8. Hadiri conference * Transformation gaya hidup halal

9. Kulit gula-gula yang unik

10. papan tanda sambutan yang cantik *kreatif

11.  Bilik perbentangan

12. ready for next presentation *After her

13. Melawat pasentern ar- Raudlatul Hasanah *Pasentren terbesar di Sumatera Utara

14. Brastagi *Ladang Strawberry

15. Melawat Istana Maimun *luar

16. Istana Maimun *dalam

17. Udah boleh pulang *cek passport and boarding pass




viajar a Medan, Indonesia

Assalamualikum..

Alhamdulillah di akhir bulan April baru boleh menulis dalam blog ini nasib baik tidak terlepas bulan ini, kalau tidak terlepaslah untuk bulan April jadi tidak istiqamah la pula. Hah.. Viajar a Medan, Indonesia tue dalam bahasa sepanyol entah betul ke tidak. Ingat-ingat masa belajar bahasa Sepanyol dulu. Harap-harap betul lah.

Apabila teringat nak pergi melancong hari rasa riang gembira tetapi bila memikirkan ada tugas lain yang mengiringi hati jadi kuncup mengecut. Pada 4/5-9/5/14 nanti kami akan bertolak ke Medan untuk menghadiri pembentangan ICID dan WAPI. Semoga diri ini boleh melakukan yang terbaik. InsyaAllah.

Balik nanti  InsyaAllah akan dimuatkan cerita-cerita semasa berada di sana untuk diabadikan di dalam blog ini untuk kenang-kenanganku. Semoga ada kemampuan itu.

Wassalam
Adios

AL-KHALID MENUTUP AIB HAMBANYA

Assalamualaikum..

Salam Jumaah ya kareem!!! Sollu ala Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Al-Khalid adalah pencipta kita yang mempunyai sifat ar-Rahman dan ar-Rahim. Sebab itulah DIA  menutup aib kita walaupun kita sering melakukan dosa tambahan pula ketika hambanya dalam keadaan bertaubat lagi-lagilah DIA menutup aib kita. Kita sebagai manusia janganlah membuka aib sendiri dan aib orang lain sedangkan Allah itu menutup aib hambanya. Baginda SAW bersabda sekiranya kita menutup aib orang Allah akan tutup aib kita di akhirat kelak
.

Melihat kembali ke belakang semasa kisah N.Musa AS yang mana negerinya dilanda kemarau. dan baginda diminta untuk berdoa kepada Allah SWT supaya menurunkan hujan. Walau bagaimanapun Allah tidak menurunkan hujan disebabkan oleh ada salah seorang penduduk di negeri itu telah melakukan dosa selama 40 tahun. Kemudiannya N. Musa meminta sesiapa yang melakukan dosa keluar kehadapan dan orang yang melakukan dosa merasa dirinya berdosa lalu memohon ampun kepada Allah, lalu Allah menurunkan hujan. Apabila ditanya oleh N.Musa siapa orang berdosa itu Allah mengatakan kenapa Aku ingin membuka aib hambaku itu sedangkan semasa dia melakukan dosapun aku tidak membuka aib lebih-lebih lagi apabila dia sudah bertaubat.. Allahu Rabbi.

Moral of story
1. Jangan kita cuba membuka aib orang lain dan aib diri sendiri
2. jangan kerana kesalahan  kita orang lain turut terhijab daripada rahmat Allah
3. apabila melakukan dosa cepat-cepat memohon ampun
4. .....


"JIKA DOSA ITU BERBAU, MAKA RAMAILAH ORANG YANG MENJAUHI KITA"-KATA-KATA HIKMAT

Wassalam.
Adios

THINK RIGHT, THINK POSITIVE

Assalamualaikum...

Ya Allah, rasa ketakutan sedang melanda diriku sekarang ini. Adakah pergantunganku kepadaMu Ya Allah terlalu sedikit? Banyak perkara yang aku fikirkan tetapi masih lagi kebuntuan menyelubungi diri. Aku selalu memikirkan ketidakmampuan diri ini, sebenarnya Kaulah yang Maha Mampu, kemampuan itu adalah daripadaMu Ya Allah.

Mungkin Allah ingin mengajar nilai syukur
lalu ditimpakan kesusahan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati dengan sabar
lalu diberikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri
lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta kepadaNya
lantas diberikan cinta duniawi
tiada diberikan sesuatu itu dengan sia-sia
tidak dijadikan apapun tanpa sebab dan ibrah

<<sesungguhnya kita merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan cinta>>

Wassalam
Adios
Hasta Luego

Lagu tema

Assalamualaikum..

Perjuangnya yang belum selesai selagi nyawa masih dikandung badan. Kata syahid Ahmad Ammar " di dunia ini aku berpenat-penat dan di akhirat tempat aku berehat". sangat mendalam maksud pada kata-kata itu. Jadi untuk terus bangkitkan semula semangat yang hilang boleh juga hayati lagu Sunnah Orang Berjuang.


sunnah orang berjuang

Album : pelita hidup IV
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

*Chorus
Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana...atau syurga

SUMBER: DISINI

Kenapa dengan dua bijih benih?

 Assalamualaikum..

Bila memikirkan kesukaran-kesukaran yang bakal dilalui memang tidak akan habis. Semestinya ada perasaan takut menyelubungi diri. Sebenarnya itulah penghalang kepada kita untuk berbuat sesuatu. Kita boleh sebenarnya sekirannya kita berani mencuba. Bila terbaca kisah 2 biji benih ni timbul sedikit kesedaran. Kisah ini di ambil dari status yang di post oleh kawan fb. Walau apapun semoga cerita ini sentiasa dirakam di dalam blog ini supaya kisah ini dapat dibaca dan diulang apabila masa memerlukan. Semoga dapat menjentik hati ini sedikit sebanyak supaya lebih berani mencuba.

Alkisah 2 biji benih…

2 biji benih di bawah tanah subur…

Benih 1: “Saya nak tumbuh. Saya nak tumbuh akar saya dalam ke dalam tanah mencari air, dan pucuk saya membesar membuka tanah di atas supaya mendapat sinar matahari dan memberitahu dunia musim bunga sudah tiba… Saya nak merasai kehangatan pancaran matahari dan embun pagi…”

Dengan azam demikian, benih 1 tumbuh dan berbuah…

Benih 2: “Kalau saya tumbuh akar ke dalam tanah, saya tak pasti apa yang saya akan temui dalam kegelapan. Jika saya tumbuh ke atas membuka tanah, ia mungkin merosakkan pucuk saya jika tanah keras… apa kata bila daun saya buka dan ada siput nak makan, apa yang saya boleh buat? Jika saya mula berbunga, ada budak kecil datang memetik bunga, apa saya nak buat… jadi elok, saya tunggu line clear dulu sebelum berbuat apa-apa.”

Benih 2 menunggu dan tidak tumbuh.

Tetiba satu hari, ada seekor ayam datang mencari makan, mengorek tanah yang di mana Benih 2 ditanam, dan terus menelan Benih 2 yang masih tertunggu-tunggu bila nak tumbuh.

Wahai anakku,
Kuatkan azammu dan mindamu ketika engkau sudah mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu. Bisikan syaitan akan cuba melemahkan semangatmu dan meniup api malasmu untuk menangguhkan kerjamu sekiranya engkau habiskan masa memikirkan perkara-perkara yang kamu tidak tahu.

Mulakan kerja yang diniatkan dahulu. Dapatkan momentum dahulu. Dengan adanya momentum wahai anakku, masalah yang datang mengunjung tidak lagi dilihat sebagai masalah. Sebaliknya mindamu akan menafsirnya sebagai cabaran yang seronok untuk diatasi. Itu lumrah kehidupan di dunia sementara ini.

Wahai anakku,
Jangan sesekalimu menjadi seperti Benih 2 yang aku ceritakan di atas. Jangan, kerana ia hanya membazir masa kamu. Percayalah pada Allah dan tumbuhlah seperti Benih 1, Allah akan tunjukkan jalannya selagi kamu tidak membiarkan jiwamu jauh daripada Tuhanmu.

Semoga bermanfaat untuk saya dan anda semua. Insyallah 

wassalam
adios..

Allah tidak menzalimi hambaNYA

Assalamualaikum...




Alhamdulillah, hari ini masuklah semester baru ataupun semester kedua bagi pengajian peringkat ini.
Hari ini jugalah result exam keluar..huhu...keputusannya??? Alhamdulillah...tidak tinggi dan tidak rendah. Bimbang juga sekiranya mendapat result yang tinggi akan menjadi riak dan sekiranya rendah akan mudah berputus asa. Pertengahan itu sebaik-baiknya..hehe. Walaubagaimanapun, Allah dah berikan yang terbaik untuk kita, Allah itu Maha Mengetahui segalanya. Apabila kita meletakkan azam itu, kemudiannya serahlah kepada Allah. Nescaya kita akan mendapat kebahagiaan dan kepuasan hati walau apapun yang berlaku. Apa-apa pun kita cuma merancang, Allah pun merancang tetapi Allah lah sebaik-baik perancang.

Apabila mendapat keputusan itu, maka tergambarlah perkara yang berlaku sebelum ini, banyak benda yang Allah ajarkan melalui ujian yang Dia berikan. Itulah nikmat disebalik ujian, sebab sesuatu yang telah berlaku menjadikan kita seperti hari ini, memperoleh ini, mendapat ini...katakanlah nikmat mana yang engkau tidak syukuri. Sebenarnya ujian itu boleh menjadi nikmat dan nikmat boleh menjadi ujian, terpulanglah cara pandang kita untuk mengkategorikan perkara tersebut. Terpulang juga kepada kita untuk menilainya.

wassalam..
Adios..

Semester kedua

Assalamualaikum..

Tinggal beberapa hari lagi akan masuk ke semester kedua bagi peringkat pengajian Sarjana. Sudah hampir sebulan percutian kami. Kini kembali menggilap bakat untuk menulis bagi menyiapkan disertasi. Apabila difikirkan semula, mampukah diri ini? fikir dari sisi yang positif dengan izin Allah sekiranya aku bersungguh-sungguh mestilah aku mampu. Mudah-mudahan akan akan sentiasa menjadi seorang yang positif hingga ke akhirnya. CUBA SEDAYA MAMPU..AYUH BANGKIT!!!

JIKA KAU FIKIRKAN BOLEH, KAU MAMPU MELAKUKANNYA!!!
AJA.AJA FIGHTING!!!NEVER GIVE UP!!! KEEP IT UP!!!

LIFE-STAY AWAY FROM ANGER

sesejuk ais

ASSALAMUALAIKUM..

Malam ni bila bukak Fb terbaca status ustazah Fatimah Syarha. best sangat sajak yang ditulis ustazah macam ada kena mengena dengan tajuk bkog ni. Jadi  untuk mengelakkan status tue hilang dan nak baca lagi dah tak jumpa, baik abadi tulisan tue kat blog ni..


LIFE

Stay away from Anger.
It hurts only You and nobody else.
If you are right, then there is no need to get angry,
and if you are wrong then you don't have any right to get angry.

Patience with family is love,
Patience with others is respect,
Patience with self is confidence and
Patience with GOD is faith.

Never think hard about the past, it brings tears.
Don't think more about the future, it brings fear.
Live this moment with a Smile, it brings cheer.

Every test in our life makes us bitter or better,
Every problem comes to make us or break us,
The choice is ours whether we become victims or victorious.

Search for a beautiful heart not a beautiful face.
Beautiful things are not always good, but good things are always beautiful.

Do you know why God created gaps between fingers?
So that someone who is special to you comes
and fills those gaps by holding your hand forever.
Never forget this advice!

Happiness keeps You Sweet, Trials keep You Strong,
Success keeps You Glowing,
and But Only God keeps You Going!


When you don't give up, you cannot fail.

by: ustazah Fatimah Syarha

adik-adik yang menyenangkan...

Assalamualaikum..

Setiap pertemuan pasti ada hikmahnya. Begitulah kisahku yang bertemu dengan adik-adik yang menyenangkan ini. Bertemu sayang,berpisah rindu. Itulah kami. Moga-moga perasaan ini terus berkekalan. Bertemu dengan adik-adik iaitu shikin,ain,bibah dan kawannya yang lain tentulah berbeza caranya.

Permulaan bertemu adalah dengan Ain. Pada masa tersebut kami sama-sama menumpang di surau apabila kami tiba awal ke desasiswa cahaya dan bilik masih berkunci. Kami cuma bertegur sapa ringan-ringan sahaja. Kemudian masing-masing buat hal sendiri. Apabila tiba waktunys.,aq pergi ambil kunci untuk masuk ke bilik.

Bila masuk bilik ditakdirkan pula aq menjadi rakan sebilik dengan Shikin. Jika sebelum takut juga bila pikir sapalah yang akan jadi 'rumateku' ini. Akan tetapi alhamdulillah dapat rumate yang baik terlalu hormat ngan kakak rumatenya.

Mengenali insan bernama Bibah ini kerana dia adalah kawan kepada Shikin dan serng juga lepak-lepak kat bilik ktorang. Maklumlah bilik dia berada jauh di luar sana.

Setelah tidak lagi berjumpa dengan Ain, kemudian dia datang ke bilikku rupanya ain pun berkawan dengan shikin. Ya Allah sungguh indah percaturan Allah. Sememangnya banyak lagi cerita bersama mereka. Mengenali mereka banyak membawaku dekat dengan penciptaku.Terima kasih adik-adik. Alhamdulillah ya Allah sebab menemukanku dengan mereka. Kini aq sudah tidak lagi bertemu dengan mereka. Semoga ada kesempatan terus menerus untuk berjumpa dengan mereka untuk mengutip segala kebaikan yang ada pada mereka.. insyaAllah..

Wassalam
Adios


TAHUN BARU BAGI 2014



Assalamualaikum..

Dah masuk tahun 2014, jadi berlalulah tahun 2013. Begitu cepat masa berlalu, tanpa sedar ia meninggalkan kita. Umur semakin meningkat bermakna kematian semakin hampir. Walaupun tahun baru Islam sudah lama berlalu tetapi tidak salah untuk memasang azam baru pada tahun 2014 ini. Sepatutnya setiap hari kita memasang azam, bukan masuk tahun baru sahaja. Bukan orang mukmin itu patut menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam?

Perlulah untuk kita sentiasa memperbaiki diri dan berazam untuk menjadi lebih baik pada setiap hari. Harap-harap begitu juga diri ini. Semoga tulisan ini menjadi ingatan pada diriku pada masa akan datang supaya diri ini tidak lupa apa yang akan diri ini akan lakukan.

Bila fikirkan balik banyak benda yang baik sudah ditinggalkan. Rasa ingin kembali seperti dulu.
Bagaimana nak jadi lebih baik?
1. Bangun di pertengahan malam untuk bertahajjud.
2. Tidak tidur sebelum subuh.
3. Tidur sekejap pada waktu tengahari (ikut sunnah).

Apa yang perlu diubah pada diri?
1. Ambik berat pada orang lain, jangan pentingkan diri sendiri.
2. Bersikap lemah-lembut, penuh kasih sayang
3. Lebihkan orang lain daripada diri sendiri.
3. Sentiasa tenang, tidak mudah gopoh gapah.
4. Menjadi seorang yang pemurah, tidak berkira.

Apa  lagi???mudah-mudahan dapat perbaiki daripada semasa ke semasa. InsyaAllah.

Adios
Wassalam
Hasta Luego