Beberapa minggu lepas, aku menjadi seorang penjual nasi lemak, minggu ini pula berlakon sebagai pembantu rumah. Aktiviti menjual nasi lemak adalah untuk menjana modal untuk Kem, berlakon ni pula untuk persediaan persembahan di Kem tersebut. Kami hanya membuat rakaman dan video yang dirakankan akan ditayangkan semasa malam kebudayaan Kem tersebut. Menjadi penjual nasi lemak dan pembantu rumah sekurang-kurangnya memberi aku beberapa perkara. Pertama, dapat pengalaman baru. Kedua, dapat memberi sumbangan pada perjalanan kem. Ketiga, dapat mecungkil bakat yang terpendam. Keempat, dapat menilai diri atau memberi latihan pada diri untuk sentiasa memandang orang lebih bawah dari kita. Kehidupan kita ini tidak semestinya sentiasa berada di atas, kadang-kadang ada juga di bawah. Jadi dengan keadaan itu kita jangan menghina mereka yang berada bawah daripada kita dan menjadi bersyukur apabila melihat orang berada di atas daripada kita.
Wassalam
Adios
No comments:
Post a Comment