Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

semoga diri ini terus istiqomah!!!

Assalamualaikum....

sekejap sahaja masa berlalu, hari ini dah masuk 8/10/12 sudah hampir ke penghujung tahun 2012. Tanya pada diri adakah azam pada tahun ini sudah tercapai? ataupun akan di 'postpone' ke tahun hadapan? renung-renung....

Semua kehidupan di dunia ini adalah mempunyai matlamat yang sama dan kitaran yang sama. Permulaan hidup kita apabila dilahirkan kemudian dewasa, tua dan meninggal dunia. Hidup kita ini adalah untuk kematian. Jadi matlamat kita adalah mendapat keredhaan Allah.

secara anologinya, hidup di dunia ini adalah ladang untuk menuai hasil dan di akhirat nanti adalah tempat untuk mendapat hasilnya. eh...betul ke begitu???

Alhamdulillah...ya Allah Engkau telah memberi kekuatan kepada untuk berada dalam kalangan orang yang Solehah dengan memilih diri ini untuk menyertai ''bulatan ukhwah'. Yang mana sebelum in, aku tidak mempunyai kekuatan unutk menyertainya, kerana ini adalah kelemahan diriku yang cuba menggelakkan  diri untuk berada dalam bulatan tersebut.

Walaupun sudah lama berkeinginan untuk berada dalam 'bulatan itu' akan tetapi aku tidak berusaha untuk ke arah itu. Dan kali ini, pada semester ini, sangat  bersyukur kerana dipilih Allah untuk berada dalam bulatan tersebut. Pertama kali berada dalam bulatan itu, hatiku merasa tenang dan bahagia. Terasa terisinya hidup ini disamping dapat meningkatkan lagi ukhwah antara rakan-rakan. Ikatan yang tidak pernah aku rasai sebelum ini.

Dengan menyertainya bukanlah aku orang yang terbaik dan bukanlah oanrg yang boleh dibanggakan. Tetapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik dengan mencari Ilmu memandangkan banyak lagi kelemahan yang ada pada diri ini. Sesungguhnya ingin sekali mengumpul sebanyak mungkin kebaikan sebelum diri ini tak terdaya untuk membuat satu kebaikan.

Dengan menghadiri atau melibatkan diri dalam bulatan ini bukan bermakna kitalah orang yang berilmu dan orang yang baik..bukan,bukan sama sekali bukan...mungkin sedikit sebanyak dapat mengubah cara hidup kita untuk sentiasa berada dalam syariah Islam sebenar. Di sini kami dididik melihat sesuatu itu dari kaca mata Islam. Setiap yang berlaku apabila dilihat dari kaca mata Islam segala-galanya kan menjadi indah. Kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia..

~~~semoga diri ini terus istiqomah untuk terus melangkah ke jalan yang diredhai Allah SWT~~

***Refleksi Diri

Sekian,Wassalam,Adios,Hasta Luego...





No comments:

Post a Comment