Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

" Urban Bias "



a) Apakah yang dimaksudkan sebagai ‘urban bias’? Apakah kesan utama ‘urban bias’?
    
  Urban bias ialah tanggapan bahawa kebanyakan kerajaan di NSM memihak kepada sektor bandar dalam dasar pembangunan mereka, dengan itu mewujudkan jurang yang semakin luas di antara ekonomi bandar dan luar bandar.

  Michal Lipton dan Robert H. Bates menerangkan teori URBAN BIAS sebagai pembangunan adalah untuk orang-orang di kawasan bandar. Kebanyakan orang-orang tinggal di kawasan bandar mendapat bahagian sumber negara yang jauh lebih besar  berbanding dengan luar bandar. Keadaan ini bukan sahaja tidak adil tetapi juga tidak cekap.

KESAN-KESAN

  •       Kesan utama urban bias ialah wujud ketidakseimbangan antara kawasan bandar dan luar bandar. Kawasan bandar akan lebih maju dan kawasan luar bandar akan kekal mundur.

  •       Jurang antara kaya dengan miskin semakin besar

  •       Berlaku kemiskinan luar bandar dan bandar

  •       Migrasi dari luar bandar ke bandar akibat kekurangan peluang pekerjaan dan faktor-faktor lain termasuk faktor tarikan dan faktor tolakan

  •       Pertambahan dalam penglibatan sektor informal di bandar.


 Jadual 1: Peratus penduduk bandar dan bilangan bandar di Malaysia 1970 hingga 2000 
Tahun
Jumlah Penduduk
% Penduduk Bandar
Bilangan Bandar
1970
8810 000
28.7
49 buah
1980
13 136 109
34.2
67 buah
1991
17 563 420
50.7
129 buah
2000
22 202 614
61.8
138 buah


 Kajian Kes-India
Migrasi dalaman buruh miskin telah meningkat di India.  Pendatang miskin biasanya berakhir sebagai buruh sementara dalam sektor informal. Penduduk begini berisiko tinggi menghadapi pelbagai penyakit dan akses kepada perkhidmatan kesihatan juga akan dikurangkan.
Di India, 14,4 juta orang berhijrah dalam negara untuk bekerja di bandar atau kawasan yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi semasa tempoh banci 2001. (NCRL 2001).
Sejumlah besar pendatang juga bekerja di bandar dalam sektor  pembuatan pembinaan, perkhidmatan atau sektor-sektor pengangkutan yang tidak formal dan bekerja sebagai buruh sementara, penarik rickshaw dan penjaja.
Source: Vulnerable Groups in India by Chandrima Chatterjee an Gunjan Sheoran, CEHAT, mumbai (Social Welfare India)


1 comment: