Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

aPaKaH GanJaRaNnya???


Petang-petang begini adalah baik membaca artikel. Nak study pun memang tak elok study petang-petang cengini..hehe alasan..Ayah saya selalu marah bila saya study petang-petang cengini jadi saya pun terbiasalah....Nak pergi beriadah pun tak tau nak main apa.. Dipendek cerita saya ada terbaca satu artikel ni yang berkaitan dengan isteri impian.Siapalah yang tidak ingin menjadi isteri impiankan. Saya pun nak!!! Mengaku saja.. Melalui pembacaan saya terlalu banyak ganjaran yang Allah SWT yang berikan kepada para Isteri. Untunglah! cumanya sang isteri itu mahu ataupun tidak jer..


 Antara ganjaran-ganjarannya ialah....

Ganjaran Untuk Para Isteri Oleh Allah

  • “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”

  • “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

  • “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

  • “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

  • “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

  • “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

  • “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

  • “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

 Kepada sang suami bersamalah dengan isteri dalam membina keluarga sakinah, wamardah dan warahmah!!! < ~~~~BERCINTA HINGGA KE SYURGA~~~

Education For All


Maksud
Satu inisiatif antarabangsa yang pertama kali dilancarkan di Jomtien, Thailand (1990)
Membawa manfaat pendidikan kepada setiap rakyat dalam setiap masyarakat.

Kepentingan
1.       Eradicate extreme poverty and hunger ( membasmi kemiskinan dan kelaparan)
·         Meluaskan pendidikan terutamanya untuk anak-anak perempuan bagi mengurangkan kebuluran. Peningkatan perempuan di dalam pendidikan mencipta perbezaan yang ketara dalam mengurangkan malnutrisi, dan juga prestasi dalam peningkatan ketersediaan makanan. Institusi Penyelidikan Polisi Makanan Antarabangsa (IFPRI) telah melakukan kajian terhadap 63 buah negara dan mendapati pertanian lebih produktif disebabkan keberhasilan pelaksanaan pendidikan ke atas kaum wanita.
·         Salah sebuah negara yang mempunyai kadar produktiviti pertanian yang rendah adalah Kenya.
·         Wanita memainkan peranan yang penting dalam bidang pertanian dunia. Kira-kira 70% daripada pekerja-pekerja pertanian, 80% daripada pengeluar makanan, dan 10% daripada orang-orang yang proses asas bahan makanan adalah wanita dan mereka juga menjalankan 60% hingga 90% daripada pemasaran luar bandar, dengan itu menjadikan lebih daripada dua pertiga daripada tenaga kerja dalam pengeluaran pertanian.

2.       Improve maternal health and reduce child mortality ( meningkatkan kadar kesihatan ibu dan mengurangkan kadar kematian)
·         EFA menyumbang kepada kesinambungan hidup kanak-kanak dan kesihatan ibu. Ibu yang berpendidikan yang melahirkan anak akan menghadapi kurang risiko kematian anaknya berbanding ibu yang tidak berpendidikan. Ibu yang berpendidikan 50% berkemungkinan akan mendapat rawatan pelali ketika melahirkan anak berbanding ibu yang mengambil jalan mudah melahirkan anak dengan rawatan tradisional.
·         Ibu yang berpendidikan juga akan mendapat nasihat pra-lahir dan mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan diri dan anak selepas bersalin justeru dapat mengurangkan risiko kematian ibu dan anak yang dilahirkan.
·         Sebagai contoh: India, Afrika dan Bangladesh.

3.       Combat HIV/ AIDS Malaria in other diseases (Memerangi HIV/AIDS, Malaria dan pelbagai penyakit lain).

·         Pendidikan memerangi penyakit HIV/AIDS. Mereka yang berpendidikan tentang penyakit HIV dan AIDS. Jika setiap kanak-kanak lelaki dan perempuan menerima pendidikan yang lengkap terhadap penyakit ini berkemungkinan sebanyak 7 juta kes baru HIV dapat ditegah dalam satu dekad.

4.       Promote gender equality and empower women (kesaksamaan jantina dan memperkasa golongan wanita)
·         Kaum wanita didiskriminasi melalui- kurang pengalaman/ pendidikan, perkahwinan, kadar upah, kekuatan fizikal dan gangguan seksual
·         Asia Selatan dan Afrika Sub-Sahara mempunyai kuasa nisbah jantina di bawah 0.90. walau bagaimanapun kadar penyertaan kaum perempuan di dalam pendidikan masih rendah di seluruh rantau.
·         Sekiranya jurang gender dirapatkan maka peluang untuk meluaskan pasaran pelbagai sektor amat cerah.

5.       Achieve universal primary education ( mencapai pendidikan sekolah rendah sedunia)
·         Seramai 70 billion kanak-kanak lelaki dan perempuan tidak mendapat pendidikan sekolah menengah di seluruh dunia. Rata-ratanya di negara Sub-Sahara Afrika dan South Asia dan South Asia.
·         Pendidikan merupakan asas pembinaan ekonomi yang berdaya saing di peringkat global dan masyarakat demokrasi pendidikan. Pendidikan merupakan kunci bagi mewujudkan permohonan dan sebagai alat penyebaran idea-idea baru serta teknologi serta menambah kognitif lain seperti kemahiran yang dapat meningkatkan produktiviti pekerja. Amartya Sen (1990), pendidikan dapat membasmi kemiskinan dan ketidaksamaan dan memberi peningkatan pertumbuhan ekonomi.
·         Kejayaan EFA dapat dibuktikan di negara China, Chile, Cuba, Singapura dan Sri Lanka. Ini menjadi contoh supaya negara-negara lain dapat disenaraikan dalam ranking kejayaan mencapai objektif universal pendidikan menengah.

" Urban Bias "



a) Apakah yang dimaksudkan sebagai ‘urban bias’? Apakah kesan utama ‘urban bias’?
    
  Urban bias ialah tanggapan bahawa kebanyakan kerajaan di NSM memihak kepada sektor bandar dalam dasar pembangunan mereka, dengan itu mewujudkan jurang yang semakin luas di antara ekonomi bandar dan luar bandar.

  Michal Lipton dan Robert H. Bates menerangkan teori URBAN BIAS sebagai pembangunan adalah untuk orang-orang di kawasan bandar. Kebanyakan orang-orang tinggal di kawasan bandar mendapat bahagian sumber negara yang jauh lebih besar  berbanding dengan luar bandar. Keadaan ini bukan sahaja tidak adil tetapi juga tidak cekap.

KESAN-KESAN

  •       Kesan utama urban bias ialah wujud ketidakseimbangan antara kawasan bandar dan luar bandar. Kawasan bandar akan lebih maju dan kawasan luar bandar akan kekal mundur.

  •       Jurang antara kaya dengan miskin semakin besar

  •       Berlaku kemiskinan luar bandar dan bandar

  •       Migrasi dari luar bandar ke bandar akibat kekurangan peluang pekerjaan dan faktor-faktor lain termasuk faktor tarikan dan faktor tolakan

  •       Pertambahan dalam penglibatan sektor informal di bandar.


 Jadual 1: Peratus penduduk bandar dan bilangan bandar di Malaysia 1970 hingga 2000 
Tahun
Jumlah Penduduk
% Penduduk Bandar
Bilangan Bandar
1970
8810 000
28.7
49 buah
1980
13 136 109
34.2
67 buah
1991
17 563 420
50.7
129 buah
2000
22 202 614
61.8
138 buah


 Kajian Kes-India
Migrasi dalaman buruh miskin telah meningkat di India.  Pendatang miskin biasanya berakhir sebagai buruh sementara dalam sektor informal. Penduduk begini berisiko tinggi menghadapi pelbagai penyakit dan akses kepada perkhidmatan kesihatan juga akan dikurangkan.
Di India, 14,4 juta orang berhijrah dalam negara untuk bekerja di bandar atau kawasan yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi semasa tempoh banci 2001. (NCRL 2001).
Sejumlah besar pendatang juga bekerja di bandar dalam sektor  pembuatan pembinaan, perkhidmatan atau sektor-sektor pengangkutan yang tidak formal dan bekerja sebagai buruh sementara, penarik rickshaw dan penjaja.
Source: Vulnerable Groups in India by Chandrima Chatterjee an Gunjan Sheoran, CEHAT, mumbai (Social Welfare India)


❤ TUJUH KALIMAT RASULULLAH SAW ❤

Assalamualaikum w.b.t / لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
"Barangsiapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut."

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu..

3. Mengucap Astaghfirullah jika lidah tersilap perkataan yg tidak patut..

4. Mengucap InsyaAllah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok..

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini..

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah..

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
[tafsir Hanafi]

~ seMoGa  kAlIMAh-kAliMaH iNi  sEnTiAsA MeNjAdi AmALAN dAlAm kEhIDuPAn KiTa~~

LayAk ke AkU BerDakWaH???



ASSALAMUALAIKUM..

Situasi: eii xpayahlah aku bagi nasihat, biarlah dia tahu sendiri apa yang dia buat tu salah. Lagipun aku ni bukan ustaz ataupun ustazah. Lantak dialah. Nantikan kalau aku tegur ada kena maki aku, nanti gaduh pula.Baik tak payah, tak  payah, tak payah. Full stop~~~


Inilah hakikat yang harus kita hadapi, dek kerana kurang kenyakinan diri. Sedangkan telah kita tahu tugas dakwah sebenarnya dipikul oleh setiap seorang di antara kita. Dakwah bukanlah tergalas atas bahu ustaz dan ustazah saja, malah ia adalah tanggungjawab seluruh umat Islam beriman seperti mana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “Kamu (Islam) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada melakukan kebaikan (makruf) dan mencegah kepada kemungkaran dan beriman kepada Allah.” Dalam kita sedar atau tidak, dakwah sebenarnya boleh dilakukan di mana dan bila-bila masa saja kerana pada zaman yang serba canggih kini, terlalu banyak medium yang boleh digunakan untuk kita menjalankan tugas sebagai seorang pendakwah.-Im muda hassan.(harian metro)

NSM View About International Trade



Ø  Apakah pandangan negara sedang membangun terhadap teori perdagangan bebas antarabangsa?

·     Keberkesanan : keadaan atau hal yang berkesan bukan yang berkaitan tindakan, peraturan, dan sebagainya.
Dalam ekonomi, keberkesanan merupakan kesan daripada penggunaan sumber bagi menghasilkan sejumlah output dalam sesuatu pengeluaran

-     Contoh, memandang ke luar (look outward), hanya berdagang dan bekerjasama dengan negara membangun/negara mundur yang lain sebagai satu kumpulan negara yang mengkoordinasi dan mengintegrasikan ekonomi mereka melalui strategi bersama.

·     Simon kuznet : pertumbuhan ekonomi suatu negara sebagai "kemampuan negara itu untuk menyediakan barang-barang ekonomi yang terus meningkat bagi penduduknya,pertumbuhan kemampuan ini berdasarkan pada kemajuan teknologi serta penyesuaian ideologi yang diperlukannya

-     Cth: Ekuiti: saham biasa dan syer yang tidak mempunyai dividen yang tetap. Juga dikaitkan dengan pihak yang untung dengan pihak yang rugi.


-     Cth: Contoh, NM mengeksploitasi NSM dari pelbagai segi      ( teknologi, modal, buruh, sumber asli.)

·     Kestabilan : perihal atau keadaan yang stabil, kemantapan dan stabiliti. Dalam erti kata lain, kerajaan perlu mengawal dasar kewangan bagi menjaga kewangan negara.

-     Cth: Contoh, Amerika Syarikat mempunyai amaun modal per buruh yang lebih tinggi dan dianggap sebagai negara yang kaya dengan modal.

KEBAIKAN

1) Penting untuk pertumbuhan ekonomi- (Ahli ekonomi klasik),perdagangan bebas beri 3 sumbangan:
  * meningkatkan kecekapan faktor pengeluaran-
ada teknologi,buruh,smber modal yg mengcukupi.
  * memperluaskan pasaran untuk keluaran dalam Negara-
melalui aktiviti eksport & import
  * meningkatkan produktiviti kegiatan ekonomi –
perkongsian teknologi,buruh mahir,pnjaman modal dari NM.


2)  Mewujudkan proses pertukaran lebihan hasil negara masing-masing.
- dpt mnkmati plbagai jns brangan & prkhmatan
- eksport brg yg dkeluarkan dlm neg & import brangan yg x dhasilkan dlm neg
 -  dapat memberikan pilihan yang pelbagai kepada pengguna mengikut cita rasa dan kemampuannya.
- Sebagai contoh, rakyat Malaysia dapat memilih pelbagai jenis kereta,sama ada model tempatan atau model import.
- Pilihan yang luas ini akan meningkatkantaraf hidup para pengguna.

3) Firma tempatan berusaha meningkatkan kecekapan pengeluaran.
- pengeluar tempatan boleh mengimport mesin dan alat-alat yang lebih moden untuk digunakan dalam proses pengeluaran.
- Kemasukan teknologi moden dapat meningkatkan daya pengeluaran dan memesatkan perkembangan industri tempatan.
- wujudlah plbagai jns barang yang dikeluarkan oleh negara berkenaan.
- Persaingan ini akan menggalakkan pihak pengeluar menghasilkan barang yang lebih bermutu dengan kaedah
pengeluaran yang lebih cekap.
- kesannya, persaingan dapat menghalang firma monopoli mengenakan harga yang lebih tinggi.
- persaingan boleh juga menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan mempercepat penggunaan teknologi baru.


4) Dapat meluaskan pasaran
- lebihan penawaran dalam negara dieksport keluar negara.
- kerana pasaran antarabangsa adalah lebih luas berbanding dengan pasaran tempatan. Neg memperoleh keuntungan yang lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara.
- Contohnya, Malaysia yang Mengkhusus dalam pengeluaran minyak sawitnya akan mengkhusus dalam pengeluaran minyak sawit akan mengeksport minyak sawit ke India dan China. Hal ini akan meluaskan pasaran bagi keluaran barangan tempatan ke Negara asing.


KEBURUKAN

1)Wujud kuasa monopoli
- kuasa monopoli dlm kalangan NM
- NM brterusan mengeksploitasi NSM dlm plbagai sector spt smber asli, buruh yg rmai & mrah
- NM yang mengawal harga pasaran kerana merupakan pengeluar terbesar.


2) Melambatkan proses pertumbuhan negara dalam jangka masa yang panjang
- proses kbergantungn yg brterusan ant NM ngan NSM- NSM xkn dpt mncpai status NM
- eko yg brgntung pd xport brg pertanian,ksluruhn struktr eko,social spt jln raya,lndasan kteapi,kmdahn kredt DLL mrupakan plaburan dr plabr asing.
- struktr eko mnjd x fleksibel, x berupaya untk brtndk blas trhdap keadaan pasaran yg kerap berubah.
- proses pengagihan smber asli untuk memanfaatkan stuktur eko sesbuah  neg adlah lebih sukar bg NSM brbandng NM-kurang teknologi,buruh mahir,kurang modal.


3) merugikan negara sedang membangun
- merugikan negara membangun yang mengeksport bahan mentah sebaliknya menguntungkan negara maju yang mengeksport barang perkilangan yang mempunyai harga tinggi
- maka negara maju memperoleh barang import yang lebih banyak jumlahnya dengan hanya menukarkan barang eksport yang sedikit tetapi sama nilainya
-wujud perbezaan kekayaan antara negara maju dengan negara membangun
- cth, NSM mengeksport komoditi utama seperti getah asli,bijih timah dan arang batu serta mengimport barang siap.
- Di pasaran antarabangsa,harga komoditi utama adalah rendah berbanding dengan harga barang siap yang lebih tinggi.
- merugikan negara membangun kerana jumlah eksport yang banyak hanya dapat ditukarkan dengan barangan import yang sedikit.

4) Merugikan pendapatan negara
- khadirann & pertumbuhan MNC di NSM menyebabkan statistic agregat bg pendapatan GDP mnjadi x tepat.
- sbhgian besar faedah yg diperolehi dr perdagangan mungkin dibayar kpd MNC yg merupakan x rakyat asal sesebuah neg.
- ia mrupakan perdagangan antara NM dgn NSM tp beroperasi di NSM
- NSM hanya mendapat sedikit pendapatan dari perdagangan, manakala NM memperolehi keuntungan yg berlipat kali ganda.
- merugikan pendapatan NSM- sbb NM menggunakan sumber asli,buruh yg murah di NSM.

Trade Optimist Vs Trade Pessimists


Apakah isu yg menjadi asas  bagi debat di antara golongan penyokong perdagangan ( trade optimists) dan golongan pembangkang perdagangan ( trade pesismists)? Pada pendapat anda mana satu pihak yang memberi  pandangan yang lebih bernas? 

Ø  Definisi
-          Trade Optimists -Perdagangan bebas, polisi penggalakkan eksport dan pembangunan menghala ke luar .
                                                                    VERSUS
-          Trade Pessimists-Lebih perlindungan, strategi menghala ke dalam dan strategi gantian import

-          Tiga tema utama yang didukung oleh golongan penyokong perdagangan

·     Pertumbuhan yang terhad oleh permintaan dunia bagi barangan eksport 
·     Kemerosotan syarat-syarat perdagangan bagi negara yang mengeluarkan barangan primer
·     Kebangkitan “perlindungan baru” (new protectionism) terhadap eksport dari LDC bagi barangan pembuatan dan barangan pertanian yang diproses. 

Ø  MANAKALA Golongan Penyokong Perdagangan mengenalpasti 8 hujah utama:
-    Menurut mereka, liberalisasi perdagangan  yang merangkumi penggalakkan eksport, penyusutan nilai matawang, pembuangan terhadap halangan perdagangan) akan menjana eksport dan pertumbuhan ekonomi disebabkan faedah-faedah tersebut:
i.    Mempromosikan persaingan, menggalak dan memajukan peruntukan sumber, dan skala ekonomi di mana NSM mempunyai faedah bandingan.  Oleh demikian, kos pengeluaran akan dikurangkan.
ii.   Memberi tekanan untuk meningkatkan keberkesanan, kemajuan produk, dan perubahan teknikal.  Dan seterusnya meningkatkan produktiviti factor dan kemudiannya menurunkan kos pengeluaran.
iii.  Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya, di mana keuntungan ditingkatkan dan juga mempromosi lebih banyak simpanan, pelaburan dan juga pertumbuhan.
 iv. Memansuhkan kos ekonomi penyelewengn disebabkan oleh campurtangan NSM dalam kedua-duanya pasaran pertukaran asing dan eksport, dan juga menggantikan peruntukan pasaran bagi rasuah yang disebabkan oleh sector NSM yang terlampau aktif.
v.   Mempromosikan peluang yang lebih saksama untuk mendapatkan sumber yang terhad, yang akan memajukan peruntukan sumber secara keseluruhannya.
vi. Membolehkan NSM untuk mengambil kesempatan ke atas reformasi di bawah world trade organisation (WTO)



      Tiga tema utama yang didukung oleh golongan pembangkang perdagangan: 


1. Merugikan negara membangun

-    perdagangan antarabangsa merugikan negara membangun yang mengeksport bahan mentah sebaliknya menguntungkan negara maju yang mengeksport barang perkilangan yang
memounyai harga tinggi.

-    maka negara maju memperoleh barang import yang lebih banyak jumlahnya dengan
hanya menukarkan barang eksport yang sedikit tetapi sama nilainya
-     wujud perbezaan kakayaan antara negara maju dengan negara membangun

 2. Menimbulkan masalah lambakan

-     melalui perdagangan antarabangsa, sesetengah negara pengeksport boleh melakukan
lambakan. Lambakan ialah menjual barang keluaran dengan harga yang lebih rendah
daripada keluaran industri tempatan.

-    Tujuan lambakan adalah menghabiskan lebihan
penawaran dalam negeri atau mengusir pesaing supaya wujud monopoli di pasaran
dunia
-     Industri tempatan juga terjejas
 3. Terlalu bergantung kepada sektor eksport atau import

-     Pertumbuhan ekonomi negara yang terlalu bergantung kapada eksport terjejas jika
harga barang dieksport jatuh. Kadar pengangguran sektor terbabit meningkat.
Pendapatan negara juga jatuh

-     Negara yang terlalu bergntung kepada sektor import juga hadapi risiko tinggi
seperti peperangan di negara pengeksport dan tindakan sabotaj negara pengeksport
yang hentikan urusniaga pada bila-bila masa

Ø  MANAKALA Golongan Penyokong pembangkang  perdagangan mengenalpasti 5 hujah utama:
-     Menurut mereka , apabila tiadanya perdagangan bebas, lebihnya perlindungan,strategi menghala kedalam dan strategi gantian import akan lebih menjana pertumbuhan ekonomi NSM itu sendiri tanpa dieksploitasi oleh negara maju disebabkan oleh faedah2 tersebut:

a)       Melindungi Industri Penting
-          seperti industri berat perlu dilindungi kerana kedua-dua industri ini amat penting semasa waktu ekonomi di NSM jatuh
-          NSM akan mengenakan sekatan import.

b)       Mempelbagaikan Ekonomi Negara
-     untuk menaikkan daya pengeluaran dan pendapatan negara, NSM akan mempelbagaikan ekonomi negara khasnya memajukan industri perkilangan.
-     usaha ini dapat mengurangkan pergantungan negara pada barang import.
-     NSM akan menyekat barang import terhadap keluaran negara asing yang bersaing dengan keluaran tempatan.
-     NSM juga akan menggalakkan eksport untuk meninggikan daya persaingan barang eksport negara di pasaran antarabangsa.

c)       Meningkatkan Guna Tenaga
-     industri perkilangan dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan pendapatan negara dan mengurangkan kadar pengangguran
-    NSM akan menyekat import untuk melindungi industri tempatan demi meningkatkan guna tenaga dalam negara.

d)       Memperbaiki Imbangan Pembayaran Yang Negatif
-     hal ini wujud apabila jumlah import lebih besar daripada jumlah eksport.
-     untuk memperbaiki imbangan pembayaran yang negatif ini, NSM akan mengurangkan import melalui sekatan import serta menambahkan eksport.

e)       Menambah Pendapatan NSM
-     sekatan dalam bentuk tarif merupakan sumber pendapatan kepada NSM.
-     tarif dapat juga melindungi industri tempatan dan memperbaiki imbangan pembayaran negara.

Ø  Kesimpulan 


:: Hujah Perdagangan pesimis
- pertumbuhan permintaan dunia untuk eksport utama Terhad
- kemerosotan Sekuler dalam hal perdagangan 

    -peningkatan dalam dasar perlindungan baru 

:: Hujah Perdagangan optimis 
- Liberalisasi Perdagangan menunjukan persaingan dan berkesan
-  Menghasilkan tekanan untuk peningkatan produk
- memecut keseluruhan pertumbuhan