Apakah isu yg menjadi asas bagi debat di antara golongan penyokong perdagangan ( trade optimists) dan golongan pembangkang perdagangan ( trade pesismists)? Pada pendapat anda mana satu pihak yang memberi pandangan yang lebih bernas?
Ø Definisi
- Trade Optimists -Perdagangan bebas, polisi penggalakkan eksport dan pembangunan menghala ke luar .
VERSUS
- Trade Pessimists-Lebih perlindungan, strategi menghala ke dalam dan strategi gantian import
- Tiga tema utama yang didukung oleh golongan penyokong perdagangan
· Pertumbuhan yang terhad oleh permintaan dunia bagi barangan eksport
· Kemerosotan syarat-syarat perdagangan bagi negara yang mengeluarkan barangan primer
· Kebangkitan “perlindungan baru” (new protectionism) terhadap eksport dari LDC bagi barangan pembuatan dan barangan pertanian yang diproses.
Ø MANAKALA Golongan Penyokong Perdagangan mengenalpasti 8 hujah utama:
- Menurut mereka, liberalisasi perdagangan yang merangkumi penggalakkan eksport, penyusutan nilai matawang, pembuangan terhadap halangan perdagangan) akan menjana eksport dan pertumbuhan ekonomi disebabkan faedah-faedah tersebut:
i. Mempromosikan persaingan, menggalak dan memajukan peruntukan sumber, dan skala ekonomi di mana NSM mempunyai faedah bandingan. Oleh demikian, kos pengeluaran akan dikurangkan.
ii. Memberi tekanan untuk meningkatkan keberkesanan, kemajuan produk, dan perubahan teknikal. Dan seterusnya meningkatkan produktiviti factor dan kemudiannya menurunkan kos pengeluaran.
iii. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya, di mana keuntungan ditingkatkan dan juga mempromosi lebih banyak simpanan, pelaburan dan juga pertumbuhan.
iv. Memansuhkan kos ekonomi penyelewengn disebabkan oleh campurtangan NSM dalam kedua-duanya pasaran pertukaran asing dan eksport, dan juga menggantikan peruntukan pasaran bagi rasuah yang disebabkan oleh sector NSM yang terlampau aktif.
v. Mempromosikan peluang yang lebih saksama untuk mendapatkan sumber yang terhad, yang akan memajukan peruntukan sumber secara keseluruhannya.
vi. Membolehkan NSM untuk mengambil kesempatan ke atas reformasi di bawah world trade organisation (WTO)
- perdagangan antarabangsa merugikan negara membangun yang mengeksport bahan mentah sebaliknya menguntungkan negara maju yang mengeksport barang perkilangan yang
memounyai harga tinggi.
- maka negara maju memperoleh barang import yang lebih banyak jumlahnya dengan
hanya menukarkan barang eksport yang sedikit tetapi sama nilainya
- wujud perbezaan kakayaan antara negara maju dengan negara membangun
2. Menimbulkan masalah lambakan
- melalui perdagangan antarabangsa, sesetengah negara pengeksport boleh melakukan
lambakan. Lambakan ialah menjual barang keluaran dengan harga yang lebih rendah
daripada keluaran industri tempatan.
- Tujuan lambakan adalah menghabiskan lebihan
penawaran dalam negeri atau mengusir pesaing supaya wujud monopoli di pasaran
dunia
- Industri tempatan juga terjejas
3. Terlalu bergantung kepada sektor eksport atau import
- Pertumbuhan ekonomi negara yang terlalu bergantung kapada eksport terjejas jika
harga barang dieksport jatuh. Kadar pengangguran sektor terbabit meningkat.
Pendapatan negara juga jatuh
- Negara yang terlalu bergntung kepada sektor import juga hadapi risiko tinggi
seperti peperangan di negara pengeksport dan tindakan sabotaj negara pengeksport
yang hentikan urusniaga pada bila-bila masa
Ø MANAKALA Golongan Penyokong pembangkang perdagangan mengenalpasti 5 hujah utama:
- Menurut mereka , apabila tiadanya perdagangan bebas, lebihnya perlindungan,strategi menghala kedalam dan strategi gantian import akan lebih menjana pertumbuhan ekonomi NSM itu sendiri tanpa dieksploitasi oleh negara maju disebabkan oleh faedah2 tersebut:
a) Melindungi Industri Penting
- seperti industri berat perlu dilindungi kerana kedua-dua industri ini amat penting semasa waktu ekonomi di NSM jatuh
- NSM akan mengenakan sekatan import.
b) Mempelbagaikan Ekonomi Negara
- untuk menaikkan daya pengeluaran dan pendapatan negara, NSM akan mempelbagaikan ekonomi negara khasnya memajukan industri perkilangan.
- usaha ini dapat mengurangkan pergantungan negara pada barang import.
- NSM akan menyekat barang import terhadap keluaran negara asing yang bersaing dengan keluaran tempatan.
- NSM juga akan menggalakkan eksport untuk meninggikan daya persaingan barang eksport negara di pasaran antarabangsa.
c) Meningkatkan Guna Tenaga
- industri perkilangan dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan pendapatan negara dan mengurangkan kadar pengangguran
- NSM akan menyekat import untuk melindungi industri tempatan demi meningkatkan guna tenaga dalam negara.
d) Memperbaiki Imbangan Pembayaran Yang Negatif
- hal ini wujud apabila jumlah import lebih besar daripada jumlah eksport.
- untuk memperbaiki imbangan pembayaran yang negatif ini, NSM akan mengurangkan import melalui sekatan import serta menambahkan eksport.
e) Menambah Pendapatan NSM
- sekatan dalam bentuk tarif merupakan sumber pendapatan kepada NSM.
- tarif dapat juga melindungi industri tempatan dan memperbaiki imbangan pembayaran negara.
Ø Kesimpulan
:: Hujah Perdagangan pesimis
- pertumbuhan permintaan dunia untuk eksport utama Terhad
- kemerosotan Sekuler dalam hal perdagangan
-peningkatan dalam dasar perlindungan baru
:: Hujah Perdagangan optimis
- Liberalisasi Perdagangan menunjukan persaingan dan berkesan
- Menghasilkan tekanan untuk peningkatan produk
- memecut keseluruhan pertumbuhan
No comments:
Post a Comment