ASSALAMUALAIKUM..
Situasi: eii xpayahlah aku bagi nasihat, biarlah dia tahu sendiri apa yang dia buat tu salah. Lagipun aku ni bukan ustaz ataupun ustazah. Lantak dialah. Nantikan kalau aku tegur ada kena maki aku, nanti gaduh pula.Baik tak payah, tak payah, tak payah. Full stop~~~
Inilah hakikat yang harus kita hadapi, dek kerana kurang kenyakinan diri. Sedangkan telah kita tahu tugas dakwah sebenarnya dipikul oleh setiap seorang di antara kita.
Dakwah bukanlah tergalas atas bahu ustaz dan ustazah saja, malah ia adalah
tanggungjawab seluruh umat Islam beriman seperti mana firman Allah dalam surah
Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “Kamu (Islam) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada melakukan kebaikan (makruf) dan
mencegah kepada kemungkaran dan beriman kepada Allah.” Dalam kita sedar atau
tidak, dakwah sebenarnya boleh dilakukan di mana dan bila-bila masa saja kerana
pada zaman yang serba canggih kini, terlalu banyak medium yang boleh digunakan
untuk kita menjalankan tugas sebagai seorang pendakwah.-Im muda hassan.(harian
metro)
No comments:
Post a Comment