Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

AcArA MaKaN-mAkAn


ASSALAMUALAIKUM..

              ALHAMDULILLAH....masih diberi peluang untuk menulis blog ini. Syukur juga kepada Allah SWT kerana diri ini telah berjaya melalui hari-hari peperiksaan dengan jaya. Sebenarnya periksaan akhir untuk semester ini baru sahaja berakhir semalan. Jadi hari ini dah bersemangat berkemas-kemas dan dah tak sabar nak balik ke "Rumahku Syurga" berjumpa dengan Ayah Tercinta, sanak saudara dan orang-orang kampung. Mereka semua pasti merindui diri ini..hikhik (ayat perasan n xleh  bla..)

           Isk2..nyembang-nyembang ni apa pula kaitan ngan tajuk..Sebenarnya nak kabar, semalam lepas jer habis exam terus buat rancangan nak pegi makan-makan ngan kawan. Acara makan-makan xleh jauh mana pun hanya sekitar sini saja. Tapi nak pegi kemain susah sebab kena lintas jalan yang sibuk...kalau xhati-hati leh  kena langgar.Nauzubillah....bkn apa sebab dah banyak kes langgar-langgar kat situ..
 
             Diorangnya xhabis exam lagi, diriku seorang jer yang dah habis,, hooray2 merdeka... hihi
         Bila pegi makan-makan ni seolah-olah meraikan diri ini sahaja..Maklumlah ni pertama kali pergi makan secara berjemaah dan terakhir untuk semester ini.InsyaAllah semoga semester depan boleh jumpa lagi dan adakan banyak lagi aktiviti secara berjemaah. Kalau bincang pasal semester hadapan, sebenarnya kami dah merancang banyak aktiviti untuk dilaksanakan terutamanya ingin melancong untuk melihat keindahan ciptaan Allah.~berjalan bermusafir melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir (sambil nyanyi lagu mirwana)..

            Walau bagaimanapun kita hanya merancang tetapi Allah menentukanya. Firman Allah Dalam surah  Ali-Imran ayat 54 yg bermaksud:
 
"Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"

Dari kiri: Mira, Munie, Yana & Syarifah (tiada dalam gambar: Aishah & Asma)
Feveret, walaupun simple tapi sedap
Nasi goreng apa ntah
 ---------------------------------------------------------------------------------------------

Nikmat terindah apabila Allah MENGHADIAHKAN teman yang bernama SAHABAT. Terima kasih ye teman-teman kerana menerima diri ini seadanya. Semoga diri kita bersama dapat melangkah berjuang mencari redha Allah. Senantiasalah memberi teguran pada diri ini. Semoga kita bukan sahaja menjadi sahabat di dunia tetapi sehingga ke syurga InsyaAllah.. Sentiasalah kita berpesan saling mengingatkan antara satu sama lain sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[Surah Al-'Asr Ayat 1-3]


SAHABAT YANG BAIK ADALAH SAHABAT YANG BOLEH MEMBERI TEGURAN DAN DITEGUR


WASSALAM..
~ADIOS~


2 comments:

  1. InsyaAllah sahabat. semoga kita menjadi sahabat yang saling berpesan-pesan, InsyaAllah. dann semoga hajat kita nak p melancong sem depan terlaksana.. aamiin.

    nak habaq ny, y nasi goreng tu namanya nasi goreng cili padi sebab nasi tu menu pilihan sy.keh keh

    ReplyDelete