Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

SeBeLuM mAsUk ExaM!!!



ASSALAMUALAIKUM WBT...

Sesungguhnya kita ini bertuah dilahirkan sebagai Islam daripada keluarga Islam. ALHAMDULILLAH....(segala puji bagi Allah semesta alam). Walau bagaimanapun sejauh mana kita mengetahui makna Islam itu, kita dilahirkan sebagai seorang Islam menyebabkan kita jarang untuk mengkaji tentang perihal Islam ini, berbeza dengan mereka yang bukan dilahirkan sebagai Islam tetapi memeluk Islam setelah  mengkaji tentang keindahan Islam, penghayatan mereka terhadap agama ini adalah lebih mendalam berbanding diri kita.

Selama kita bergelar sebagai seorang Islam adakah kita mengetahui pengertian Islam itu sendiri?

Pengertian Islam dari sudut bahasa ialah tunduk dan patuh. Dari sudut istilah Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada semua perintah Allah SWT. Seperti mana manusia dan jin dikehendaki tunduk dan patuh kepda perintah Allah SWT, maka begitu juga sekalian makhluk lain seperti segala haiwan di darat, laut dan udara, tumbuhan, segala planet dan cekerawala semuanya tunduk dan patuh kepada kekuatan dan ketetapan Allah SWT. Firman Allah SWT  yang bermaksud:

 'kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan yang maha esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadanya dan sampaikanlah berita gembira wahai Muhammad kepada orang-orang yang tunduk' (Surah al- Haj ayat 23 )

Islam merupakan agama yang diredhai. Firman Allah melalui  yang bermaksud

 " sesungguhnya agama yang benar dan diredhai Allah SWT ialah Islam" (surah al-Imran ayat 19)

" pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan aku telah redhai Islam itu agama untuk kamu" (Surah al- Maidah ayat 3)

 " Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanyan an ia pada hari akhirat kelak dari kalangan orang-orang yang rugi" (Surah al-Imran ayat 85)

Seterusnya hakikat agama Islam ialah ianya merupakan agama FITRAH. Firman Allah SWT yang bermaksud

" (setelah jelas kesatuan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu ( engkau dan pengikut-pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia ( dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus,  tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah al- Rum ayat 30)

Mafhumnya, Islam adalah satu cara hidup yang lurus, islam adalah satu cara hidup yang sesuai dan perlu bagi fitrah manusia. manusia diciptakan di atas fitrah Islam. Oleh itu, manusia ciptakan di atas fitrah Islam, maka semua ajaran Islam adalah sesuai malah merupakan satu keperluan bagi manusia dalam semua aspek hidupnya. Mengapakah dikatakan bahawasanya Islam itu agama fitrah? bukti yang mendokong Islam itu agama fitrah ialah:

i. tiada ajaran Islam yang  tidak boleh dilakukan oleh manusia
ii. tiada ajaran islam yang mendatangkan keburukan kepada manusia
iii. semua ajran islam diturunkan unutk menjaga keperluan asas fitrah manusia iaitu, agama, nyawa, akal, keturunan/ maruah dan harta.

Keperluan asas fitrah manusia yang pertama iaitu agama bertujuan untuk memenuhi keperluan fitrah manusia kepada agama, islam menghendaki manusia supaya beriktikad dengan akidah yang betul dan beramal dengan amalan yang disyariatkan. untuk memelihara suapaya keperluan fitrah manusia kepada nyawa/diri. Islam memerintah supaya makan dan minum dari makanan yang baik juga menjaga kesihatan. Bagi memelihara suapaya keperluan manusia kepada diri/ nyawa tidak dimusnahkan. islam melarang manusia dari membuat sesuatu yang boleh membinasakan dirinya dan melarang keras tindakan membunuh diri dan mengenakan hukuman keras ke atas kesalahan membunuh orang. Akal yang dikurniakan Allah adalah untuk memenuhi keperluan fitriah manusia kepada akal, Islam menhendaki supaya manusia menggunakan akal mereka untuk berfikir perkara yang mendatangkan kebaikan kepada mereka dan bagi memelihara akal manusia dari dimusnahkan, Islam melarang manusia daripada melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan akal mereka untuk berfikir perkara yang mendatangkan kebaikan kepada mereka dan bagi memelihara akal manusia dari dimusnahkan, Islam melarang manusia melakukan perkara yang merosakkan akal seperti minum minuman keras dan lain-lain yang memabukkan. Kemudian, bagi memenuhi keperluan manusia dari segi keturunan/maruah, Islam menghendaki supaya manusia mengadakan hubungan perkahwinan dan Islam mengaturkan sistem perkahwinan dan kekeluargaan yang baik dan lengkap. Untuk memelihara supaya keperluan manusia kepada keturunan/maruah ini tidak dibinasakan, Islam melarang dan menghukum kesalahan-kesalahan yang boleh merosakkan pertalian keturunan dan maruah seperti zina, rogol dan lain-lain. Untuk memenuhi keperluan fitrah manusia kepada harta, Islam membenarkan pemilikan harta individu dan memerintah manusia supaya berusaha mencari rezeki yang halal secara halal.

Selain daripada itu, Islam juga merupakan agama universal. Nama agama ini berdasarkan sifat utama iaitu, ketundukan dan kepatuhan semua makhluk secara mutlak kepada Allah. Ciri ini merupakan antara perbezaan utama antara Islam dengan agama-agama lain  yang dinamakan berdasarkan sama ada nama pembawanya seperti agama kristian Jesus, Buddha pengasasnya Gautama Buddha, Yahudi yahuda, Hindu Pengasasnya Predominantly Indian dan Taoisme pengasasnya Predaminantly Chinese. Agama Islam bukan agama Muhammad SAW juga bukan untuk orang Arab sahaja dan bukan untuk orang TIMUR TENGAH sahaja.

SEKARANG SEDIKIT SEBANYAK TELAH MEMAHAMI APA ITU ISLAM..INI ADALAH SECARA DEFINISI SAHAJA TETAPI APA YANG PENTING ADALAH PRAKTIKALNYA. SAMA ADA UNTUK TUNDUK PATUH KEPADA ALLAH SWT ATAUPUN TUNDUK PATUH KEPADA HAWA NAFSU DAN SYAITAN..

WASSALAM
~ADIOS~



No comments:

Post a Comment