Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Iman ataupun Nafsu???

Assalamualaikum..

Ketahui 7 Peringkat nafsu, yang mana satu yang kena pada kt...

1. Nafsu Ammarah
- Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan  kejahatannya, kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup.

2. Nafsu Lawwamah
- Nafsu yang mencerca dirinya sendiri. Sentiasa kesal dengan diri sendiri. Tidak hendak berbuat jahat tetapi tidak mampu melawan nafsu. Bila melakukan kejahatan dia sedih tetapi masih mengulangi kejahatan tersebut. Ada kalanya buat jahat sehingga dikenakan hukuman.

3. Nafsu Mulhamah
- Nafsu yang telah diberikan ilham, sudah mula dipimpin, diberi hidayah. Tuhan ambil perhatian sebab dia sudah mula mendidik nafsunya, atas balasan kasihan Allah. Oleh kerana, baru dididik, ibarat orang berjalan hendak menyeberang dan melintas jalan yang ditengah-tengah ada benteng, dia sudah berada di atas benteng. Ertinya, dia sudah di atas sempadan.

4. Nafsu Mutmainnah
- Istilah mutmainnah bermaksud tenang, tidak digugat oleh kesenangan dan kesusahan, tidak digugat sihat mahupun sakit, orang hina ataupun orang puji. Semuanya sama sahaja. Pujian orang tidak menyebabkan hati terasa sedap dan tidak berbangga. Orang keji, tidak terasa sakit. Tidak ada perasaan hendak marah atau berdendam. sebab hatinya telah tenang, perkara positif atau negatif tidak menggugatnya. Orang ini sudah menjadi wali.

5.Nafsu Radhiah
- Meredai apa yang Allah beri kepadanya. Ia terhibur dengan ujian adalah hadiah daripada Allah. Apabila ada orang menghinanya, dia berterima kasih kepada tuhan dan dia rasa bahagia. Oleh sebab itu, mereka rasa puas. Bila ditampar, seolah-olah minta ditampar lagi. Nafsunya sudah jadi malaikat.

6. Nafsu Mardhiah
- Orang yang berada diperingkat nafsu ini adalah apa-apa sahaja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Allah. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi. " Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mendengar dengan pandangan Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhaan".

7. Nafsu Kamilah
- Nafsu peringkat ke-5, ke-6, ke-7 adalah darjat / peningkatan kepada nafsu mutmainnah tadi. Bagi nafsu Kamilah, manusia biasa tidak boleh sampai ke peringkat ini.

**di Qalbu terdapatnya Iman, sekiranya nafsu dapat mengambil alih pemerintahan Qalbu maka rosaklah Iman..**

Wassalam..
Hasta Luego...

No comments:

Post a Comment