Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

FALSAFAH

ASSALAMUALAIKUM..

APA ITU FALSAFAH?

Falsafah adalah satu sistem yang sistematik tentang pandangan seseorang individu tentang alam ini. Apabila seseorang individu itu telah membentuk pandangan yang tersendiri tentang alam, beliau sebenarnya telah  menbentuk pandangan peribadinya tentang kehidupan; yang mempengaruhi cara berfikir dan tindakannya pula.

Dalam membentuk sistem pemikiran tersebut, falsafah tidak menggunakan kaedah saintifik ataupun kaedah teologi. Sebaliknya, ia mempunyai kaedah tersendiri iaitu kaedah inkuiri falsafah.

CIRI- CIRI YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH ADALAH:

1. Pandangan tentang alam
2. Menanggapi dan memandu kehidupan
3. Prinsip-prinsip yang tersusun.
4. Boleh dihujah, diperdebat dan dibahaskan.

CABANG-CABANG FALSAFAH

A. ONTOLOGI (TEORI WUJUD/ REALITI)
- Wujud Tuhan
- Wujud Manusia
- Wujud Alam

B. EPISTEMOLOGI ( TEORI ILMU)
- Makna Ilmu
- Sumber Ilmu
- Klasifikasi Ilmu
- Tujuan Ilmu

C. AKSIOLOGI (TEORI NILAI)
-  Makna Nilai
- Sumber Nilai
- Klasifikasi Nilai
- Tujuan Nilai

SKOP FALSAFAH
- Rusell (1946)- Falsafah ialah suatu disiplin di antara teologi (ilmu ketuhanan dan agama) dan sains (sains fizikal dan sains kemanusiaan).
- Sebagai teologi-  falsafah mengandungi spekulasi tentang perkara-perkara yang tepat dan nyata.
- Sebagai sains- falsafah menggunakan falsafah untuk membuktikan sesuatu.
- Tegasnya, ilmu  pengetahuan pasti adalahh kenpunyaan sains, manakala semua dogma atau rukun  agama adalah teologi. Falsafah sahajalah yang melibatkan spekulasi dan taakulan.


WASSALAM
ADIOS
 MAAL SALAMAH


No comments:

Post a Comment