Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Konsep Umum Pendekatan ASWJ

Assalamualaikum...

1. Golongan yg benar-benar beriltizam dengan al-quran dan al-sunnah. Tidak menerima mana-mana pandangan sebelum selaraskan dengan alquran dan sunnah.

2. Mereka beriman dengan mudah kepada perkara ghaib,ketuhanan,kenabian dan hari  akhirat disebabkan keimanan yang tulen dan jiwa yang bersih.

3. Keimanan dan keyakinan sepenuhnya terhadap kesempurnaan Islam,dalil dan ayat al quran. Islam dapat mengatur urusan kerohanisn dan kedunian.

4. Keyakinan penuh kepada Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan ajaran Islam dan mendidik penganutnya. Nabi telah terangkan keseluruhan ajaran Islam dan mendidik penganutnya. Nabi telah terangkan keseluruhan ajaran Islam terutama berkaitan dengan akidah. Setiap perkara akidah yang wajid diimani sudah di wahyukan kepada nabi dan nabi diterangkan melalui wahyu.

5. Akal tidak  digunakan untuk sesuatu yang berada di luar kemampuan yang ditetapkan,contoh tentukan akidah dan perkara ghaib-gunakan sesuatu bkn kepada tempatnya. Mereka mendahulukan petunjuk al-quran dan sunnah.

6. ASWJ menerima sifat-sifat Allah yang dinyatakan dalam al-quran dan al-sunnah. Ini bertentangan Muztazilah yang menolak sifat-sifat tersebut yang bagi mereka tidak diterima.

7. Perbuatan manusia itu adalah ciptaan Allah tetapi manusialah yang memilihnya dan melakukannya melalui konsep al-kasb.

8. AWSJ mengakui imamah kesemua khalifah yang awal tanpa prejudis dan sepakat bahawa kepimpinan setelah Nabi Muhammad harus melalui pemilihan dan bukan melalui nas.

9. Imam Mazhad yang 4 adalah imam-imam yang Muktabar, perbezaan antara mereka adalah berkaitan khalifah yang dibenarkan.

10. Pelaku dosa besar masih dianggap seorang Muslim selagi tidak menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Tidak mengkafirkan seseorang Islam melainkannya melakukan perkara yang membatalkan keislamannya. Pelaku dosa besar tidak dihukum kafir tetapi dihukum fasik dan imannya tidak sempurna. Mati sebelum bertaubat,bergantung kepada kehendak Allah,azab,ampun namun tak kekal dalam neraka.

#iman blh adalah keyakinan,percakapan dan perbuatan yang membolehkan bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengsn maksiat.

No comments:

Post a Comment