Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

hAH beRcerai!!!

Assalamualaikum wbt..


           Alhamdulillah, pada hari ini masih diberi nyawa oleh Allah Swt untuk menghirup udara di muka bumi ini. Dan diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu yang telah saya pelajari. Pada petang yang redup ini terlintas di fikiran saya untuk menulis berkenaan Talaq.
          Talaq??? rasanya semua orang dah tahu apa itu Talaq. Baiklah saya akan memberi sedikit huraian tentang Talaq. Talaq berlaku apabila suami malafazkan talaq kepada isterinya sama ada satu, dua dan tiga. Dengan lafaz Sorih ataupun Kinayah. Maka sekiranya cukup syarat-syaratnya maka jatuhlah talaq. Pada masa ini, terputuslah hubungan suami dan isteri. (walau  bagaimanapun untuk Talak Rajie selepas habis tempoh Iddah isteri iaitu tiga kali suci). Talaq adalah perkara yang paling ingin dielakkan oleh pasangan. "TALAQ ADALAH PERKARA HALAL YANG DIBENCI ALLAH"
         Apa yang ingin saya bincangkan hari ini ialah apakah tindakan si isteri selepas diceraikan? walaupun saya bukanlah seorang ustazah apatah lagi alim ulamak akan tetapi saya ingin kongsikan apa yang telah saya belajar. Bagi yang melangsungkan perkahwinan sudah pasti mengharapkan perkahwinan mereka bahagia sampai ke syurga dan berazam membina rumah tangga sakinah, wamarddah dan warahmah. Akan tetapi ada insan yang tidak kekal perkahwinannya. Seperti kata pepatah " ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari". Sekiranya hal ini berlaku janganlah kita bersedih hati anggaplah ini ujian yang mendidik daripada Allah Swt. Ingatlah kita pada Firman Allah yang bermaksud "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216.
      Bagi wanita-wanita diluar sana mungkin ramai yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas berlakunya perceraian. Perkara yang perlu dituntut oleh wanita selepas berlaku perceraian pertama ialah Mahar yang belum dibayar oleh suami semasa masih menjadi suami, (penuh ataupun separuh) mengikut cara perceraian. Kedua ialah Nafkah semasa iddah seperti tempat tinggal dan makan minum. Ketiga ialah menuntut Mutaah iaitu saguhati daripada pihak suami mengikut kemampuan pihak suami. Keempat ialah upah Hadanah (upah menyusu sekiranya ada anak). Upah hadanah juga termasuk yuran taman asuhan kanak-kanak atau upah kepada individu yang tertentu walaupun ibu bekerja masih berhak mendapat upah hadanah ini daripada bekas suami. Kelima ialah nafkah anak. Hal ini menjadi kewajipan kepada bapa untuk memberi nafkah kepada anaknya walaupun telah berpisah dengan ibunya (sekiranya anak tersebut dibawah jagaan ibunya). Nafkah anak merangkumi makanan, pakaian (perayaan dan persekolahan), tempat tinggal, belanja persekolahan dan rawatan perubatan. Dan bekas isteri juga berhak menuntut nafkah anak yang tetunggak sama ada dalam tempoh perkahwinan mahupun selepas berlaku perceraian. Dan terakhir sekali ialah harta sepercarian. Harta sepercarian ialah harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan melalui usaha bersama. Berikut adalah tuntutan yang perlu dilakukan oleh isteri selepas berlakunya perceraian. Banyak benda yang boleh dituntut dan si suami jangan pulak cuba melarikan diri...
                ------->> amboi...amboi dah masuk bab Talaq yang kita ni kahwin pun belum...heheh
cuma sedikit perkongsian apa yang saya pelajari dan saya fahami. Kepada ustaz, ustazah dan alim ulamak di luar sana (hihi...macam copy n paste ayat utz. Don la plak) betulkan saya sekiranya ada kesilapan dalam penulisan saya ini. Semoga dengan teguran itu dapat menambah input pengetahuan kepada saya...

terima kasih..wassalam

No comments:

Post a Comment