Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

ECONOMY PLANNER:))


ASSALAMUALAIKUM..

Hari ini nak cuba jadi pakar ekonomi....acece,,,ccayalahhh...ok sekarang kita blaja berkaitan dengan Teori Rostow. Teori Rostow ini merupakan model pertumbuhan ekonomi yang linear yang berperingkat. Terdapat lima peringkat yang perlu dilalui oleh sesebuah negara untuk menjadi maju.

    Peringkat pertama ialah perekonomian semula ekonomi masyarakat tradisional (pertanian sara diri)      kepada ekonomi moden.
   Kedua, perwujudan pra-syarat untuk proses berlepas iaitu untuk memodernisasikan sesebuah negara.
   Ketiga ialah berlepas iaitu pendapatan per kapita dan berkemampuan untuk menyimpan menigkat.
  Keempat, ke arah kematangan ekonomi di mana sesebuah negara itu mampu untuk menghasilkan   barangan buatan sendiri tanpa mengimport daripada negara lain.
  Dan kelima, mencapai negara maju.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kritikan terhadap Teori Rostow ini. Antaranya ialah, sesebuah negara perlu meninggalkan ekonomi tradisional dan beralih kepada sektor ekonomi moden. sedangkan ekonomi tradisional ini memberikan sumbangan kepada pembangunan negara. Di negara maju, mereka tidak meniggalkan ekonomi tradisional sebaliknya memodenkan ekonomi tradisional. Teori ini hanya berjaya berlaku di Eropah sahaja. Teori pembangunan ini tidak berjaya di gunakan di negara-negara Asia, Afrika dan Amerika Latin. Kebanyakkannya negara-negara ini  merupakan negara membangun dan tidak sesuai menggunakan teori ini. selain itu, tahap pertumbuhan wilayah yang tidak sama juga menyukarkan untuk sesebuah negara mempraktikkan toeri tersebut.

1 comment: