Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label ISLAMIK. Show all posts
Showing posts with label ISLAMIK. Show all posts

Owh, orang kaya!



Sudah seminggu kita umat islam telah berjaya menjalani ibadah puasa Ramadhan kali ini. Alhamdulillah… syukur pada Illahi kerana masih memberi kesempatan untuk kita melalui proses tarbiah ini.
Semoga ramadhan kali ini lebih baik berbanding ramadhan sebelumnya.
Semoga diri ini dapat memamfaatkan bulan ingin dengan melakukan amalan wajib dan memperbanyak amalan sunah dengan penuh tawadhuk dan penuh pengharapan keampunan daripada Allah azzawajalla.
Janganlah kita menjadi orang yang rugi tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga seperti mana sabda Rasulullah Saw yang bermaksud

“Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”

Pada bulan puasa inilah, amalan sunat menjadi amalan fardhu, dan amalan fardhu digandakan 70 pahala. Bertapa pemurahnya Allah SWT kepada hambanya. Terpulanglah kepada diri kita untuk membuat pilihan.

Pada bulan ini juga amalan bersedekah amat-amat digalakkan.

Rasulullah S.A.W adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan. Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam bersabda:
“Ertiya : Seutama-utama sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan” (Hadits Riwayat Tirmidzi).
Antara bentuk-bentuk sedekah di bulan Ramadhan adalah:
1. Memberi makanan
Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda:

“Ertinya : Seorang mukmin yang memberikan mukmin yang lapar maka kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga” (Hadit Hasan Riwayat Tirmidzi)
2. Memberi Makan Orang Berbuka Puasa
Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam bersabda:

“Ertinya : Barang siapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti  orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang berpuasa tadi.”  (Hadits Riwayat Imam Ahmad, An Nasa’i dan dishahihkan oleh Syaikh Al Albani rahimahullah)
Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma.’ (Hadis Bukhari).

Di sini jelas kepada kita bahawa Islam sangat menekankan kepada amalan bersedekah dan nilai sedekah itu tidaklah hanya tertakluk kepada banyaknya yang dihulurkan seseorang, akan tetapi terletak pada nilai keikhlasan niat di hati.

Sesungguhnya Allah memerintahkan kita untuk bersedekah di jalan Allah:

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” [Al Baqarah 195]

Allah menjanjikan jalan yang mudah/surga bagi orang yang memberikan hartanya di jalan Allah:

“Allah Ta’ala berfirman, ”Adapun orang yang memberikan hartanya di jalan Allah dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik syurga maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah “. [Al Lail 5-8]

Sesungguhnya orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah mendapat balasan berlipat ganda:

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” [Al Baqarah 261]

“Dan mereka tiada menafkahkan suatu nafkah yang kecil dan tidak (pula) yang besar dan tidak melintasi suatu lembah, melainkan dituliskan bagi mereka (amal saleh pula) karena Allah akan memberi balasan kepada mereka yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”
[At Taubah 121]


SEKIRANYA KITA SEORANG YANG KAYA JANGANLAH KITA MENJADI ORANG KAYA YANG BAKHIL KERANA DI DALAM HARTA KITA ITU ADA HARTA ORANG MISKIN.

Perhatian kepada iNsan yang bergelar WaNiTa

 ASSALAMUALAIKUM...

13 Perkara Yang Perlu Wanita Islam Jaga

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah …

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

 Sumber: http://www.cahayaislam.net/

SeBeLuM mAsUk ExaM!!!



ASSALAMUALAIKUM WBT...

Sesungguhnya kita ini bertuah dilahirkan sebagai Islam daripada keluarga Islam. ALHAMDULILLAH....(segala puji bagi Allah semesta alam). Walau bagaimanapun sejauh mana kita mengetahui makna Islam itu, kita dilahirkan sebagai seorang Islam menyebabkan kita jarang untuk mengkaji tentang perihal Islam ini, berbeza dengan mereka yang bukan dilahirkan sebagai Islam tetapi memeluk Islam setelah  mengkaji tentang keindahan Islam, penghayatan mereka terhadap agama ini adalah lebih mendalam berbanding diri kita.

Selama kita bergelar sebagai seorang Islam adakah kita mengetahui pengertian Islam itu sendiri?

Pengertian Islam dari sudut bahasa ialah tunduk dan patuh. Dari sudut istilah Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada semua perintah Allah SWT. Seperti mana manusia dan jin dikehendaki tunduk dan patuh kepda perintah Allah SWT, maka begitu juga sekalian makhluk lain seperti segala haiwan di darat, laut dan udara, tumbuhan, segala planet dan cekerawala semuanya tunduk dan patuh kepada kekuatan dan ketetapan Allah SWT. Firman Allah SWT  yang bermaksud:

 'kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan yang maha esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadanya dan sampaikanlah berita gembira wahai Muhammad kepada orang-orang yang tunduk' (Surah al- Haj ayat 23 )

Islam merupakan agama yang diredhai. Firman Allah melalui  yang bermaksud

 " sesungguhnya agama yang benar dan diredhai Allah SWT ialah Islam" (surah al-Imran ayat 19)

" pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan aku telah redhai Islam itu agama untuk kamu" (Surah al- Maidah ayat 3)

 " Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanyan an ia pada hari akhirat kelak dari kalangan orang-orang yang rugi" (Surah al-Imran ayat 85)

Seterusnya hakikat agama Islam ialah ianya merupakan agama FITRAH. Firman Allah SWT yang bermaksud

" (setelah jelas kesatuan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu ( engkau dan pengikut-pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia ( dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus,  tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah al- Rum ayat 30)

Mafhumnya, Islam adalah satu cara hidup yang lurus, islam adalah satu cara hidup yang sesuai dan perlu bagi fitrah manusia. manusia diciptakan di atas fitrah Islam. Oleh itu, manusia ciptakan di atas fitrah Islam, maka semua ajaran Islam adalah sesuai malah merupakan satu keperluan bagi manusia dalam semua aspek hidupnya. Mengapakah dikatakan bahawasanya Islam itu agama fitrah? bukti yang mendokong Islam itu agama fitrah ialah:

i. tiada ajaran Islam yang  tidak boleh dilakukan oleh manusia
ii. tiada ajaran islam yang mendatangkan keburukan kepada manusia
iii. semua ajran islam diturunkan unutk menjaga keperluan asas fitrah manusia iaitu, agama, nyawa, akal, keturunan/ maruah dan harta.

Keperluan asas fitrah manusia yang pertama iaitu agama bertujuan untuk memenuhi keperluan fitrah manusia kepada agama, islam menghendaki manusia supaya beriktikad dengan akidah yang betul dan beramal dengan amalan yang disyariatkan. untuk memelihara suapaya keperluan fitrah manusia kepada nyawa/diri. Islam memerintah supaya makan dan minum dari makanan yang baik juga menjaga kesihatan. Bagi memelihara suapaya keperluan manusia kepada diri/ nyawa tidak dimusnahkan. islam melarang manusia dari membuat sesuatu yang boleh membinasakan dirinya dan melarang keras tindakan membunuh diri dan mengenakan hukuman keras ke atas kesalahan membunuh orang. Akal yang dikurniakan Allah adalah untuk memenuhi keperluan fitriah manusia kepada akal, Islam menhendaki supaya manusia menggunakan akal mereka untuk berfikir perkara yang mendatangkan kebaikan kepada mereka dan bagi memelihara akal manusia dari dimusnahkan, Islam melarang manusia daripada melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan akal mereka untuk berfikir perkara yang mendatangkan kebaikan kepada mereka dan bagi memelihara akal manusia dari dimusnahkan, Islam melarang manusia melakukan perkara yang merosakkan akal seperti minum minuman keras dan lain-lain yang memabukkan. Kemudian, bagi memenuhi keperluan manusia dari segi keturunan/maruah, Islam menghendaki supaya manusia mengadakan hubungan perkahwinan dan Islam mengaturkan sistem perkahwinan dan kekeluargaan yang baik dan lengkap. Untuk memelihara supaya keperluan manusia kepada keturunan/maruah ini tidak dibinasakan, Islam melarang dan menghukum kesalahan-kesalahan yang boleh merosakkan pertalian keturunan dan maruah seperti zina, rogol dan lain-lain. Untuk memenuhi keperluan fitrah manusia kepada harta, Islam membenarkan pemilikan harta individu dan memerintah manusia supaya berusaha mencari rezeki yang halal secara halal.

Selain daripada itu, Islam juga merupakan agama universal. Nama agama ini berdasarkan sifat utama iaitu, ketundukan dan kepatuhan semua makhluk secara mutlak kepada Allah. Ciri ini merupakan antara perbezaan utama antara Islam dengan agama-agama lain  yang dinamakan berdasarkan sama ada nama pembawanya seperti agama kristian Jesus, Buddha pengasasnya Gautama Buddha, Yahudi yahuda, Hindu Pengasasnya Predominantly Indian dan Taoisme pengasasnya Predaminantly Chinese. Agama Islam bukan agama Muhammad SAW juga bukan untuk orang Arab sahaja dan bukan untuk orang TIMUR TENGAH sahaja.

SEKARANG SEDIKIT SEBANYAK TELAH MEMAHAMI APA ITU ISLAM..INI ADALAH SECARA DEFINISI SAHAJA TETAPI APA YANG PENTING ADALAH PRAKTIKALNYA. SAMA ADA UNTUK TUNDUK PATUH KEPADA ALLAH SWT ATAUPUN TUNDUK PATUH KEPADA HAWA NAFSU DAN SYAITAN..

WASSALAM
~ADIOS~



3 IN 1

Sejak dua menjak ni, asyik terfikirkan....jeng2...hihi apa ye?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akhir-akhir ini, saya sering terfikirkan apakah itu islam, iman dan ihsan??? sering bermain-main dalam fikiran. oleh sebab itu tergerak hati unutk menulis tentang ketiga-tiga komponen ini. sekiranya tidak lengkaplah tiga komponen ini maka tidak sempurnalah kita sebagai seorang mukmin/ mukminah. saya sering juga ini mencari anologi tiga komponen ini.

Jika dulu masa tingkatan 3 dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, analogi Islam, Iman dan Ihsan ini diibaratkan seperti pokok yang mana sebatang pokok itu mempunyai dahan, buah dan sebagai bagi melengkapi antara satu sama lain. Begitu jugalah dengan ketiga-tiga komponen ini, saling memerlukan antara satu sama lain.

Sedikit penerangan tentang IsLAM, iMaN dan IhSaN.....

"Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau.

Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman.

Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan.

Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat.

Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. (hari kiamat)

Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu."

~Hadis riwayat Muslim



HUBUNGAN ANTARA IMAN, ISLAM DAN IHSAN.

Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan boleh diibaratkan seperti sebatang pokok. Bahagian akarnya ibarat iman, di mana ia tidak kelihatan. Akar di dalam tanah dan iman di dalam hati. Sekiranya akarnya baik tanpa sebarang cacat dan tidak ada penyakit, suburlah batang dan daun-daunnya. Begitu juga iman yang sihat akan melahirkan amalan yang baik.

Batang dan daun-daun yang subur itu ibarat Islam. Batang ialah bahagian yang nampak dilihat dari bahagian pokok tersebut. Begitu juga Islam dapat dilihat melalui amalan-amalan zahir. Amalan yang bersungguh adalah hasil dari iman yang kuat dan kukuh.

Ihsan ibarat buah dari pokok. Pokok yang akar dan batang yang sihat akan menghasilkan buah yang juga baik. Ihsan adalah hasil dari iman dan amalan Islam yang bersungguh di mana akan terpancarlah akhlak baik yang dikagumi oleh kawan dan lawan.

Kesimpulannya, antara Iman, Islam dan Ihsan mempunyai hubungan yang rapat yang tidak dapat dipisahkan. Pengakuan beriman tanpa ada amalan Islam adalah dusta. Amalan Islam tanpa iman adalah munafik. Begitu juga Ihsan tidak akan wujud tanpa Iman dan Islam.


 


♥~ MUSLIMAH DAN SEMALU ~♥

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.

Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanyapohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


~♥:: Muslimah, jadilah seperti pohon semalu. Dirimu yang tajam bisa mematahkan niat sesiapa yang ingin mendekatimu. Bila didekati, dirimu menunjukkan sifat malu dan tak berkehendak. Namun dirimu masih mempunyai keistimewaan dimana bunga semalu sangat cantik. Dan itulah ibarat muslimah sejati. Walaupun cantik, tapi bukan mudah untuk didekati :: ~♥

~♥ Z.I. ♥~
credit: sendah hiasan wanita solehah

Jadikan ilmu TAUHID sebagai PEGANGAN

Hari ini, dalam kelas HIA101 saya telah belajar tentang ilmu tauhid. Ingin sekali berkongsi sedikit ilmu semoga bermanfaat untuk kita semua.

Sebelum menghurai lebih lanjut "moleklah" kita memahami  apa itu tauhid?
Apakah maksud tauhid itu?
  • Kalimah tauhid membawa pengertian mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (SWT)  semata-mata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan.

Ilmu tauhid ini boleh dibagikan kepada tiga bahagian IAITU:
1. Tauhid Rububiyyah
2. Tauhid Uluhiyyah
3. Tauhid Asma' wa sifat 




Tauhid ar-Rububiyyah 
~ bermakna beri’tiqad bahawa Allah SWT  bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam. 

Tauhid al-Uluhiyyah 
~ bermakna menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi.


 Tauhid Asma' wa sifat 
~iatu beriman kepada nama-nama Allah dan sifat-sifatNya, sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah RasulNya Shallallaahu alaihi wa Salam menurut apa yang pantas bagi Allah Subhannahu wa Ta'ala, tanpa ta'wil dan ta'thil, tanpa takyif, dan tamtsil, (Dr.Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al fauzan)

firman Allah Subhannahu wa Ta'ala :
"Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Asy-Syura: 11)

 Allah menafikan jika ada sesuatu yang menyerupaiNya, dan Dia menetapkan bahwa Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Maka Dia diberi nama dan disifati dengan nama dan sifat yang Dia berikan untuk diriNya dan dengan nama dan sifat yang disampaikan oleh RasulNya. Al-Qur'an dan As-Sunnah dalam hal ini tidak boleh dilanggar, karena tidak seorang pun yang lebih mengetahui Allah daripada Allah sendiri, dan tidak ada sesudah Allah orang yang lebih mengetahui Allah daripada RasulNya.

Maka barangsiapa yang meng-ingkari nama-nama Allah dan sifat-sifatNya atau menamakan Allah dan menyifatiNya dengan nama-nama dan sifat-sifat makhlukNya, atau men-ta'wil-kan dari maknanya yang benar, maka dia telah berbicara tentang Allah tanpa ilmu dan berdusta terhadap Allah dan RasulNya.

Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman:
 "Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?" (Al-Kahfi: 15)

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
IBADAH
Firman Allah yang bermaksud :
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku."(Adz-Dzaariyaat: 56)

 Berdasarkan firman Allah di atas menunjukkan bahawa Allah mencipta manusia dan jin adalah untuk beribadat kepadaNya.

 Ibadah adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah, baik ibadah-ibadah khusus yang mempunyai aturan-aturan tertentu yang telah digariskan mahupun ibadah-ibadah umum yang lebih luas dan subjektif. Selagi mana sesuatu kebaikan itu dilakukan kerana Allah dan tidak bertentang dengan aturan Allah, maka ia termasuk dalam ibadah.

Terdapat beberapa jenis ibadat
1. Ibadat hati
       *cinta
       * takut
       * ikhlas
       * tawakal
       * sabar
2. Ibadat anggota
       * solat
       * puasa
       * haji
       * jihad
3. Ibadat lisan
       * doa
       * zikir
       *isti'azah
4. Ibadat harta
       * zakat
       * sembelihan
       * sedekah harta
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 to be continue-----------------> next

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT





1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.



"SEMOGA KITA JUGA ANTARA ORANG-ORANG YANG MENDAPAT DOA DARIPADA MALAIKAT":)) InSyaAllAh...

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2-
Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi  kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10-
Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

“8 Pintu Untuk Dimurahkan Rezeki”

ASSALAMUALAIKUM...
Antara "8 Pintu Murah Rezeki" ialah:-

1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.
2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.
3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”
4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
5. Jangan tidur selepas solat subuh.
6. Selalu baca doa Al-Watiqa.
7. Rezeki ada dalam perkahwinan.
8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.”

❤ TUJUH KALIMAT RASULULLAH SAW ❤

Assalamualaikum w.b.t / لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
"Barangsiapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut."

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu..

3. Mengucap Astaghfirullah jika lidah tersilap perkataan yg tidak patut..

4. Mengucap InsyaAllah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok..

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini..

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah..

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
[tafsir Hanafi]

~ seMoGa  kAlIMAh-kAliMaH iNi  sEnTiAsA MeNjAdi AmALAN dAlAm kEhIDuPAn KiTa~~

LayAk ke AkU BerDakWaH???



ASSALAMUALAIKUM..

Situasi: eii xpayahlah aku bagi nasihat, biarlah dia tahu sendiri apa yang dia buat tu salah. Lagipun aku ni bukan ustaz ataupun ustazah. Lantak dialah. Nantikan kalau aku tegur ada kena maki aku, nanti gaduh pula.Baik tak payah, tak  payah, tak payah. Full stop~~~


Inilah hakikat yang harus kita hadapi, dek kerana kurang kenyakinan diri. Sedangkan telah kita tahu tugas dakwah sebenarnya dipikul oleh setiap seorang di antara kita. Dakwah bukanlah tergalas atas bahu ustaz dan ustazah saja, malah ia adalah tanggungjawab seluruh umat Islam beriman seperti mana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “Kamu (Islam) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada melakukan kebaikan (makruf) dan mencegah kepada kemungkaran dan beriman kepada Allah.” Dalam kita sedar atau tidak, dakwah sebenarnya boleh dilakukan di mana dan bila-bila masa saja kerana pada zaman yang serba canggih kini, terlalu banyak medium yang boleh digunakan untuk kita menjalankan tugas sebagai seorang pendakwah.-Im muda hassan.(harian metro)

hAH beRcerai!!!

Assalamualaikum wbt..


           Alhamdulillah, pada hari ini masih diberi nyawa oleh Allah Swt untuk menghirup udara di muka bumi ini. Dan diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu yang telah saya pelajari. Pada petang yang redup ini terlintas di fikiran saya untuk menulis berkenaan Talaq.
          Talaq??? rasanya semua orang dah tahu apa itu Talaq. Baiklah saya akan memberi sedikit huraian tentang Talaq. Talaq berlaku apabila suami malafazkan talaq kepada isterinya sama ada satu, dua dan tiga. Dengan lafaz Sorih ataupun Kinayah. Maka sekiranya cukup syarat-syaratnya maka jatuhlah talaq. Pada masa ini, terputuslah hubungan suami dan isteri. (walau  bagaimanapun untuk Talak Rajie selepas habis tempoh Iddah isteri iaitu tiga kali suci). Talaq adalah perkara yang paling ingin dielakkan oleh pasangan. "TALAQ ADALAH PERKARA HALAL YANG DIBENCI ALLAH"
         Apa yang ingin saya bincangkan hari ini ialah apakah tindakan si isteri selepas diceraikan? walaupun saya bukanlah seorang ustazah apatah lagi alim ulamak akan tetapi saya ingin kongsikan apa yang telah saya belajar. Bagi yang melangsungkan perkahwinan sudah pasti mengharapkan perkahwinan mereka bahagia sampai ke syurga dan berazam membina rumah tangga sakinah, wamarddah dan warahmah. Akan tetapi ada insan yang tidak kekal perkahwinannya. Seperti kata pepatah " ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari". Sekiranya hal ini berlaku janganlah kita bersedih hati anggaplah ini ujian yang mendidik daripada Allah Swt. Ingatlah kita pada Firman Allah yang bermaksud "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216.
      Bagi wanita-wanita diluar sana mungkin ramai yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas berlakunya perceraian. Perkara yang perlu dituntut oleh wanita selepas berlaku perceraian pertama ialah Mahar yang belum dibayar oleh suami semasa masih menjadi suami, (penuh ataupun separuh) mengikut cara perceraian. Kedua ialah Nafkah semasa iddah seperti tempat tinggal dan makan minum. Ketiga ialah menuntut Mutaah iaitu saguhati daripada pihak suami mengikut kemampuan pihak suami. Keempat ialah upah Hadanah (upah menyusu sekiranya ada anak). Upah hadanah juga termasuk yuran taman asuhan kanak-kanak atau upah kepada individu yang tertentu walaupun ibu bekerja masih berhak mendapat upah hadanah ini daripada bekas suami. Kelima ialah nafkah anak. Hal ini menjadi kewajipan kepada bapa untuk memberi nafkah kepada anaknya walaupun telah berpisah dengan ibunya (sekiranya anak tersebut dibawah jagaan ibunya). Nafkah anak merangkumi makanan, pakaian (perayaan dan persekolahan), tempat tinggal, belanja persekolahan dan rawatan perubatan. Dan bekas isteri juga berhak menuntut nafkah anak yang tetunggak sama ada dalam tempoh perkahwinan mahupun selepas berlaku perceraian. Dan terakhir sekali ialah harta sepercarian. Harta sepercarian ialah harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan melalui usaha bersama. Berikut adalah tuntutan yang perlu dilakukan oleh isteri selepas berlakunya perceraian. Banyak benda yang boleh dituntut dan si suami jangan pulak cuba melarikan diri...
                ------->> amboi...amboi dah masuk bab Talaq yang kita ni kahwin pun belum...heheh
cuma sedikit perkongsian apa yang saya pelajari dan saya fahami. Kepada ustaz, ustazah dan alim ulamak di luar sana (hihi...macam copy n paste ayat utz. Don la plak) betulkan saya sekiranya ada kesilapan dalam penulisan saya ini. Semoga dengan teguran itu dapat menambah input pengetahuan kepada saya...

terima kasih..wassalam

SENYUM XPERLU KATA APA-APA


ASSALAMUALAIKUM..
 Hari ini pagi-pagi dah bukak FB. Then terbaca status IM Nazrul yang sangat menarik. Jadi terfikir nak masukkan dalam blog sayalah. Apa yang menariknya ialah dengan senyum sahaja kita mendapat pahala sedekah..MasyaAllah!!! perkara senang tapi sukar dilakukan. Kadang-kadang kalau kita senyum pada seseorang itu, dia boleh jer buat "dekk"... mulalah timbul perasaan menyesal dalam diri kita. Tapi apa yang penting kita ikhlas untuk senyum. Senyum jer pun xrugi apa-apa...so senyumlah selalu
tips: SENYUM JUGA AWET MUDA TAU!! JOM AMALKAN...:))
SENYUM ITU SEDEKAH...

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman)”. (Hadis Riwayat Muslim)

Memberi senyuman tidak kira kepada siapa pun ketika bertemu mungkin dianggap perkara kecil atau remeh tetapi senyuman ikhlas yang diberikan itu mempunyai nilai sedekah kerana menimbulkan kegembiraan orang lain dan mengeratkan ukhuwah sesama Muslim. Mengukir senyuman adalah kebaikan yang tidak memerlukan modal, namun ganjarannya besar dan begitu memberi kesan positifnya dalam kehidupan bermasyarakat. (IM MUDA NAZRUL)
                                                             IM MUDA NAZRUL
 

FiTnAH!!! JaGa PeRgAuLaN...


ASSALAMUALAIKUM..

ISLAM membenarkan pergaulan antara lelaki dan wanita dengan batas tertentu.  Firman Allah  yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang lelaki yang sudah tua dan tidak keinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur ayat 31)

Oleh itu, dengan mematuhi tata cara pergaulan sebagaimana yang dianjurkan dalam ayat al-Quran di atas, seseorang wanita dapat menyelamatkan dirinya daripada melakukan maksiat dan tersebar fitnah jahat.

YAkiN keMuDiaN bErJaYA...

Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud).
Menurut hadis ini, apabila seseorang Muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna pekerjaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah s.w.t.

Bersungguh-Sungguh
Allah Swt sukakan Muslim yang bersungguh-sungguh membuat kerja yang baik, apatah lagi, kalau pekerjaan itu terkait dengan urusan dakwah Islam, menyebarkan kefahaman Islam. Ketekunan berceramah, menulis dan mengarang bahan-bahan ilmiah akan menyebabkan umat itu terlepas bebas daripada belitan tipu daya orang yang sombong dan zalim.
4 kunci untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah iaitu:
Ikhlas – laksanakan tugasan atau kerja dengan keikhlasan.
Menjaga hubungan dengan ALLAH – segala kerja yang lakukan mestilah berhubung dengan Allah. Buat sesuatu kerja kerana Allah dengan keikhlasan hati.  " Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungan-Nya dengan orang tersebut."(HR. Hakim)
Muadjaddah – Buat sesuatu kerja mestilah bersungguh-sungguh. Ikhlas melaksanakan kerja dengan kesungguhan dan amanah demi Allah.
Muhasabah – menilai/meneliti kembali kerja yang dilakukan untuk mendapat kerberkatan dari Allah. Mungkin pada masa ini kita ada melakukan kesalahan sesama manusia, mohon maaf kepada mereka yang kita lukai ataupun kerja yang kita buat mestilah mengikut tempoh yang dah ditetapkan dan jika kita menggunakan masa tersebut pastikan kita menggantikan semula supaya kita mendapat keberkatan dari Allah.

Semoga kita memperbaiki diri kita untuk mendapat keberkatan Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah, hubungan kita sesama manusia dan membuat amal dan kerja dengan keihklasan di hati demi Allah.

Berdoa juga perlu bersungguh-sungguh
Dari Anas r.a katanya: Rasulullah saw bersabda: 
          "Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala Maha            Mendengar dan mengabulkan)".

Dari Anas r.a katanya:Rasulullah saw bersabda:
Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku! Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.









 http://www.iluvislam.com/design/e-kad/2088-keyakinan-dan-kejayaan.html

IsTeRI PiLiHaN !!!

Assalamualaikum...

Untungnya menjadi isteri plihan pada seorang imam...

"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." - Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a
Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?
Gadis itu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah.
Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita.
Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar 'sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'.
Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita.
Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno.
Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda.
Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita.
Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis.
Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian.
Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.
"Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim." (Hadis riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.)
Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis.
Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda.
Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa.
Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.

Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:
'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

2. Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis.
Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri.
Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.
Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.
3. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi.
Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti.
Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

4. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua.
Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda.
Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

5. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.
Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak.
Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki.
lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

6. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah.
Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas.
Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

7. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam.
Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu.
Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.
Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.



8. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama.
Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu.
Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'.

http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/982-panduan-memilih-isteri.html

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
 bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
 Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.