Assalamualaikum
Alhamdulillah sudah 17 Ramadan kita lalui, masih diberi kesempatan oleh Allah SWT. Terasa jakun untuk menulis kerana sudah lama blog ini tidak dikunjungi apatah lagi untuk menulis.Kebetulan hari ini berada di rumah kakak yang sulung yang ada line internet, jadi apa salahnya cuba mencungkil kembali bakat penulisan yang perlu sentiasa digilap. Sebenarnya menulis ini adalah sebahagian cita-cita yang ingin direalisasikan, namun akibat daripada pelbagai kekangan cita-cita ini berhenti seketika. Tujuan blog ini dibuat pun adalah untuk menyemai sikap membaca dan menulis bagi menjana pemikiran yang sentiasa up to date kata orang kampung hambe.
Sekian dahulu. Semoga coleteh ini sebagai pendorong untuk diri ini menekan key pad untuk menulis tentang isu-isu yang lebih dewasa lebih kritikal, matang dan segar seiring peningkatan umur.
Adios
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
*Chorus
Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana...atau syurga
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
*Chorus
Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana...atau syurga








































