y
HOLA!
Domingo bueno....
Selamat berstudy di hujung minggu pada mereka yang belum lagi tamat peperiksaan akhir bagi semester ini..bagi mereka yang xde exam apa aktiviti anda? (curious gak).. saya belum abis exam lagi, tapiiiiii.... sempat lagi play-ii, dengan menulis blog lagi..sebenarnya sejak blog ini berwajah baru sempena tahun baru dan saya jadi suka plak nak bukak n jenguk blog ni..macam syokk sendiri la plak..huhu nak wat cam ner, ramai yang suka benda baru ni..
Kenapa ubah? wujud persoalan (curious lagi)
sebab nak bagi blog ni nampak mature, klu sebelum macam ada something wrong jer...mungkin diri ini kot dah jadi seorang yang mature..erm klu camtue baguih sangat ler...sebenarnya xabanyak sangat perubahan pada blog ini bukan 100% la perubahan, masih mengekalkan identiti lama..xla hilang indentiti.
Blog ajer ke yang berwajah baru,admin ? apa punya soklan daa..
Saya kalau dari segi wajah mungkin xkan berubah (dengan izinNya), tapi dari sikap insha Allah ingin berubah menjadi lebih baik..sebenarnya semua orang ingin menjadi baik, akan tetapi usaha ke arah untuk menjadi baik aje yang kurang.
Insha Allah sempena tahun baru ini yang dah 13/1/2011 bersamaan 1 Rabiuawal 1433 pun, sebenarnya banyak perancangan untuk diri ini. Pertama, masa cuti ni, selama sebulan kat umah...ingat dihati nak mengemas balik buku-buku yang ada dalam almari yang banyak-banyak tu dan berniat untuk membaca kembali buku-buku tersebut...kemudian bila dah baca buku tue nak berkongsi plak kat sini...haa,,, barulah cutiku x di abiskan dengan sia-sia. xdelah banyak sangat " lemak terternak". Kedua, bila masuk sem baru yang merupakan sem terakkhirku disini (dengan izin Allah), aku nak menghabiskan dengan baik lagi cemerlang yang mana pengakhiranku di sini bukan sahaja pengrakhiran dengan sia-sia tanpa ada apa-apa, biarlah aku dapat sesuatu bukan sahaja segulung ijazah akan tetapi "sesuatu" yang lebih bermakna. Selain ilmu dunia, nak ceduk ilmu akhirat banyak2...harapan,harapan jangan kau jadikan ia harapan yang hanya sia-sia, tapi mesti tunaikan ia..
***untuk peringatan diriku ini dikala lupa, dikala tidak sedar, dikala terlena dibuai indahnya nikmat dunia.....sekurang-kurangnya aku dapat membaca kembali tulisan ku sendiri.
:
: sebab
:
V
Dunia terlalu sedikit dibandingkan akhirat. Seribu tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang pendek fikiran sibuk memikirkan wawasan dunia hingga terlupa wawasan akhirat.
Kata Imam al-Qurtubi, “Tuntutlah kurniaan Allah di dunia dan akhirat. Tuntutlah kurniaan Allah daripada dunia untuk akhirat, iaitu syurga.”
WASSALAM
MAAL SALAMAH
ADIOS
1 RABI'ULAWWAL 1433
Gambar : sumber |
WASSALAM
MAAL SALAMAH
ADIOS
1 RABI'ULAWWAL 1433
No comments:
Post a Comment