Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

TANAH OH TANAH



ASSALAMUALAIKUM..


DEFINISI KONSEP TANAH MENGIKUT SEKSYEN 5

1. Permukaan bumi itu dan semua bahan yang membentuk permukaan itu.
2. Tanah di bawah permukaan dan semua bahan di dalamnya.
3. Semua tumbuh-tumbuhan dan produk asli yang lain, tidak kira samada memerlukan penerapan kerja bekala untuk pengeluaran dan samada di atas atau di bawah permukaan.
4. Semua benda yang terikat pada bumi atau kekal terpasang kepada apa-apa benda yang terikat pada bumi samada di atas atau dibawah permukaan.
5. Tanah yang dilitupi  air.

KLASIFIKASI TANAH
- Merujuk kepada lokasi
- Peruntukan mengenai tanah terkandung dalam Seksyen 51 Kanun Tanah Negara (KTN).
- Tanah melepasi pinggir laut 
   a) Tanah Bandar
   b) Tanah Pekan
   c) Tanah Desa
- Pantai pasang surut dan dasar laut.

KATEGORI TANAH
- Merujuk kepada sifat penggunaan tanah
- Terkandung dalam Seksyen 52  KTN 
- Terdiri daripada
   a) Pertanian
   b) Komersial
   c) Kediaman
  d) Industri
- Tuan punya tanah boleh memohon untuk mengunakan kategori tanah
- Tuan punya tanah juga boleh memohon untuk menukarkan kategori kegunaan tanah.

TUJUAN KLASIFIKASIKAN & KATEGORI TANAH
- Arahan dalam pembangunan contohnya pengezonan dan perancangan
- Pengunaan tanah secara optimum
- Pengenalan untuk pengambilalihan akan datang.

MANUSIA BERGANTUNG KEPADA TANAH UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP DAN PEMBANGUNAN
- Tanah sebagai sumber ekonomi
- Sumber asli yang terhad - tidak boleh di perbaharui
- Tanggungan manusia pada tanah untuk
a) Perumahan
b) Tempat Kerja
c) Pertanian
d) Insfrastuktur
e) Kemudahan

FAEDAH SISTEM PENTADBIRAN TANAH YANG EFEKTIF DAN EFISYEN
- Kepentingan tanah kepada proses pembangunan. Tanah ialah sumber utama untuk mewujudkan penerusan hidup manusia dan kehidupan lain.
- Pentadbiran tanah adalah satu proses penentuan, merekodkan dan penyebaran informasi mengenai pemengangan, nilai dan kegunaan tanah apabila melaksankan polisi pengurusan tanah. (Rober W. Foster)
- Pentadbiran tanah memastikan tanah digunakan bersesuaian ( secara efektif dan efisyen) untuk menyokong pembangunan dan perkembangan.
- Perlu pentadbiran tanah:
  a) Tanah adalah sumber yang terhad
  b) Bumi membawa kapasiti
  c) Pemeliharaan Tanah
  d) Pemuliharaan Tanah
  e) Pengurusan Tanah


RINGKASAN ISTILAH

1. PRINSIP BERKEMBAR SISTEM TORRENS
a) Prinsip Cermin- prinsip ini telah mengurniakan segala sifat cermin yang boleh memperlihatkan maklumat perlu, yang  berkaitan dengan tanah untuk akan menarik minat pembeli.
 b) Prinsip Tabir- dalam sebarang transaksi di antara pemilik rekod dan pembeli yang berpotensi, pembeli hanya mengambil berat akan rekod sahaja (rekod menjadi tabir).
- pembeli boleh bergantung pada informasi yang didedahkan dalam rekod dan perlu melihat di belakang tabir.

2. DAFTAR ADALAH SEGALA-GALANYA
- Di bawah Sistem Torrens " Rekod adalah segala-galanya". Rekod mencerminkan segala fakta maklumat kepada tuan punya tanah sebagai hakmilik yang didaftarkan pada tanah tersebut:
fakta yang perlu direkodkan:
  a) Nama pemilik yang terkini
  b) Tanah di mana telah diasingkan
  c) Kawasan tanah dan lokasi
  d) Pelan kajian/ tinjauan dan had sempadan.

3. HAKMILIK TIDAK BOLEH DISANGKALKAN
- Apabila seseorang mematuhi 2 prosedur pendaftaran hak milik, nama seseorang itu akan didaftarkan pada hak  milik tersebut sebagai pemilik baru atau pemajak.
- Hakmilik tidak dapat disangkalkan (jika seseorang itu pemilk baru).

4. HAKMILIK SRATA
- Hakmilik yang dikeluarkan mengikut unit dalam satu bangunan yang mempunyai dua atau lebih tingkat, apabila tuan punya tanah ingin memohon  subdivisi bangunan pada tanah  bangunan yang didirikan.
- contoh: kondominium, apartmen, flat, pusat beli-belah dll.
- memerlukan hakmilik strata kerana:
  a) Bukti pemilikan yang muktamad dan kukuh- boleh menjual atau memindahkan harta.
  b) Sebab keselamatan - untuk menggelakkan pemindahan harta palsu
 c) Penyelenggaraan- sebelum hakmilik strata dikeluarkan, pemaju menyelenggarakan bangunan, selepas mendapat hakmilik strata, pemilik menyelenggarakan bangunan melalui Perbandanan Pengurusan.


WASSALAM
ADIOS
MAAL SALAMAH

No comments:

Post a Comment