Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

KAEDAH TIPU DAYA AJARAN SESAT




Menurut al-Baghdadi dalam kitabnya al-Farq baina al-Firaq, antara kaedah yang diguna pakai oleh kumpulan ajaran sesat seperti Batiniyah misalnya, ialah dengan memperdayakan mangsa yang menjadi sasaran dengan sembilan langkah. 

1. AT-TAFARRUS 
iaitu menilik mangsa sama ada mampu dipengaruhi atau tidak. Dalam hal ini, pemangsa kepada mangsa harus pandai menimbulkan kekeliruan dan keraguan kepada mangsa terhadap apa yang diyakininya dan mengetahui tafsiran batin terhadap nas-nas yang zahir. 

2. AL-TA'NIS
iaitu pemangsa akan cuba memperlihatkan kebaikan ajarannya dengan bersikap ramah mesra, menunjukkan watak seperti zuhud dan warak bagi menarik minat mangsa. Pada tahap ini, sikap pemangsa akan disesuaikan menurut cita rasa dan kesukaan mangsa. Kalau bangsa seorang peminum arak, pemangsa juga akan turut serta dengan perlakuan tersebut. 

3. AT-TASYKIK
 iaitu cuba menimbulkan keraguan dengan cuba bertanya perkara yang bukan-bukan dalam hal syariat seperti kenapa sembahyang Zuhur empat rakaat, Subuh dua rakaat? Apabila mangsa tidak dapat menjawab, pemangsa tidak terus memberi jawapannya, sebaliknya menangguhkan jawapan dengan alasan pada masa ini jawapannya adalah rahsia. 

4. AT-TA'LIQ
 iaitu menggantung sementara jawapan rahsia tersebut sebagaimana yang diterangkan di atas tadi. 

5. AR-RABT
 sekiranya mangsa ingin tahu juga tentang ilmu rahsia itu, mereka diminta melakukan ikatan perjanjian. Sekiranya diberitahu tentang rahsia tersebut mereka tidak akan membuka rahsia ajaran itu kepada orang lain. Kemudian diajarkan kepada mereka rahsia batin daripada taklifan syariat. Apabila telah mendapat ilmu batin, maka yang zahir tidak perlu dilaksanakan lagi. Sebab itulah ada di antara mereka yang tidak sembahyang, tidak puasa dan sebagainya tetapi sebaliknya menghalalkan pula yang haram seperti minum arak dan berzina.

6. AT-TADLIS
iaitu pemangsa akan terus berhujah dengan dalil-dalil al-Quran dan hadis dengan tafsiran yang berbeza dengan ulama muktabar Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah. Mereka mengatakan bahawa yang zahir itu azab dan yang batin itu rahmat.

7. AT-TA'SIS
 iaitu meletakkan asas ajaran yang menyeleweng ke dalam fikiran mangsa. 

8. MAWATHIQ BI AL-IMAN WA `UHUD
 pemangsa akan terus mengukuhkan kepercayaan dan keyakinan mangsa terhadap ajaran dan perjanjian yang termeterai antara mangsa dan kumpulan ajaran atau ketua mereka.

9. AL-KHALA' WA AL-SALAKH
 tahap terakhir dengan sendirinya mangsa akan terlucut dan terkeluar daripada ajaran Islam



sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0604&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive
3.7.1    Ajaran Sesat Di Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment