Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sajer NaK tUnjuK





Inilah skip jawapan yang ku periksa...haha


               Tak delah gurau saja..Ini sebenarnya kuiz yang dibuat untuk 'International Day' tapi masa hari tu plak ada perkara yang tidak diingin berlaku, jadi xsempat nak buat kuiz ni. Perkara yang tidak diingini itu adalah ada dua orang kawan ni kena tahan dengan Pak Polis Universiti sebab tak pakai "helmet" masa bawa motor. Sebenarnya diorang ni nak pergi dekat jer nak ambil barang untuk keperluan gerai kita orang masa Hari Internasional itu. Nampaknya nasib diorang tak baik pada masa itu, kenalah tahan ngan Polis Universiti. Bila dapat "call" daripada diorang  saya terus bergegas pergi dapatkan diorang dan bawa topi keledar sekali.  Pada masa itu juga diorang berdua ni tak bawa beg jadi 'IC' pun tak bawalah sebab semuanya tinggal kat gerai tu. Ni buat keadaan makin gawat. Jadi sayalah heronya dalan citer ni sebab pergi selamatkan diorang berdua..hikhik...(perasan sikit-sikit). Dan Alhamdulillah mereka dapat dilepaskan tapi kena bayar dendalah..itu pasti!!!

                Selepas sesi menyelamat selesai saya ada kelas pulak yang kena hadiri. Jadi dah tak pergi dah kat gerai tu (Petang pegi balik untuk kemas barang). Saya juga lupa untuk tinggalkan kuiz yang saya buat dengan susah payah kat gerai tersebut. Kata sahabat saya gerai kita orang je yang xder aktiviti..kesian2..Buat kuiz tue untuk tambahan aktiviti gerai disamping aktiviti jual-jual.

                 Kalut punya pasal 'Kuiz hanya tinggal Kuiz'Untuk tidak membazir terpaksalah cari kawan-kawan untuk jawab kuiz ni. Diorang ni "excellent"lah leh jawab dan dapat cari perkataan tersembunyi. Bila dah jawab dapatlah hadiah tapi ada dua orang lagi yang tak sempat nak bagi, semoga ada kesempatan untuk bagi hadiah kepada diorang berdua.(INGAT!).. Bahagia kawan-kawan dapat hadiah dan saya pun bahagia bila diorang bahagia.

                             BAHAGIA DAPAT MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketahuilah bahawa bila kita memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan memudahkan urusan-urusan kita, insyaAllah

 Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, nescaya Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim nescaya Allah SWT akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat kelak. Allah SWT sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya. (riwayat Muslim)

SEKIAN WASSALAM..
~ADIOS~

InsyaAllah akan bercuti selama 2 bulan dan bepraktikal.

1 comment: