Assamualaikum...
Jeng....jeng..esok adalah hari terakhirku berada di sana, berpraktikal di sana..walaupun esok dah nak abis akan tetapi masih terasa tidak sabar untuk menghabiskan sisa-sisa bakinya...
huhu..
sememangnya banyak yang aku perolehi sepanjang berada di sana, yang baik pun ada, yang tak baik pun ada jugak..macam-macam ada, macam astro la plak..
pe2 pun kata kakak satu office aku "yang baik itu jadikan tauladan, yang buruk itu jadikan sempadan"..insyaAllah aku akan ingat kata-kata beliau.
semoga diri ini lebih matang selepas ini dan mampu menghadapi cabaran yang mendatang
wassalam
~ADIOS
~MAAL SALAMAH
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al – Baqarah 2:216).
Showing posts with label CERITAKU. Show all posts
Showing posts with label CERITAKU. Show all posts
di Tarbiah Anak Buah
ASSALAMUALAIKUM...
uitt...malunya bila anak buah yang menegur mak sedaranya..huhu
tp untuk menerima dan memberi teguran bukan berdasarkan status. ..yang muda tidak semestinya tidak boleh menegur yang tua..
Anak Buah : "Mak Su ni pakai tudung nampak bentuk telinga, apalah guna Mak Su pakai 'guard' segala".
Maka terkedu dan berfikirlah Mak Sedaranya itu, walaupun merasakan dirinya sudah menutup aurat tetapi tidak sempurna sepenuhnya. Betullah dalam kita berfesyen kita terlupa untuk menjaga aurat kita.
Saya telah terbaca artikel yang menarik yang membincangkan tentang aurat wanita, boleh baca DI SINI...
semoga bermanfaat
selamat membaca
~WASSALAM
~ADIOS
~MAAL SALAM
uitt...malunya bila anak buah yang menegur mak sedaranya..huhutp untuk menerima dan memberi teguran bukan berdasarkan status. ..yang muda tidak semestinya tidak boleh menegur yang tua..
Anak Buah : "Mak Su ni pakai tudung nampak bentuk telinga, apalah guna Mak Su pakai 'guard' segala".
Maka terkedu dan berfikirlah Mak Sedaranya itu, walaupun merasakan dirinya sudah menutup aurat tetapi tidak sempurna sepenuhnya. Betullah dalam kita berfesyen kita terlupa untuk menjaga aurat kita.
Saya telah terbaca artikel yang menarik yang membincangkan tentang aurat wanita, boleh baca DI SINI...
semoga bermanfaat
selamat membaca
~WASSALAM
~ADIOS
~MAAL SALAM
xtau apa..huhu
ASSALAMUALAIKUM...
Sekarang pukul 10.41, bertarikh 27/08/12 bersamaan hari Isnin...tiba-tiba terasa ingin mengupdate blog ini yang rasanya sudah bersawang...
Sekarang ni sedang berpraktikal kat Husm KK...cuma tinggal berapa hari je lagi untuk menghabiskan praktikal..hoho xsabarnya rasanya..tp........... laporan xsiap lagi...
never ever give up,,cepat2 siapkan laporan tue..
Sekarang pukul 10.41, bertarikh 27/08/12 bersamaan hari Isnin...tiba-tiba terasa ingin mengupdate blog ini yang rasanya sudah bersawang...
Sekarang ni sedang berpraktikal kat Husm KK...cuma tinggal berapa hari je lagi untuk menghabiskan praktikal..hoho xsabarnya rasanya..tp........... laporan xsiap lagi...
never ever give up,,cepat2 siapkan laporan tue..
Sepandai-pandai tupai melompat..
Tupai?
Bila sebut nama tupai teringat pada lagu Halim Yazid seorang pendikir yang
tersohor di Kelantan juga di Malaysia. Lagunya berbunyi, “kejadie tuhe namonyo tupa asal di dale hute sejenih mamalia”…..lebih
kurang begitulah lagunya…
Biasanya
pepatah ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga” adalah perumpamaan yang sering diberikan
kepada mereka yang melakukan kejahatan tetapi akhirnya tertangkap juga.
Tetapi
lain pula dengan satu kejadian yang berlaku ke atas hamba Allah ini, boleh juga
mengambil pepatah tersebut walaupun situasinya berbeza dan bukanlah dia
melakukan kejahatan.
Ceritanya
begini, seorang hamba Allah ini sering melakukan solat sunat dhuha semasa
menjadi pelajar. Baru-baru ini, dia ditempatkan menjalani latihan praktikal di
sebuah institusi. Walaubagaimanapun, dia juga ingin mengekalkan rutin hariannya
setiap pukul 10 ataupun masa-masa tertentu untuk melakukan solat sunat dhuha.
Kiranya kena curi-curi masa jugalah kerana waktu untuk bersolat dhuha tidak
disediakan. Dia hanya mencari masa-masa terluang untuk melaksanakan amalan
sunat tersebut.
Pada
masa dia ingin membuat ‘aktiviti’ tersebut adalah juga terjumpa dengan kak
cleaner yang turut sama melakukan aktiviti itu. Apabila sudah beberapa hari
berada di situ, aktiviti dia akhirnya dikesan olah seseorang yang berjawatan di
situ, dan dia berpesan sekiranyan ingin melakukan solat bawa selipar sekali ke
dalam bilik solat dan mengunci bilik itu
supaya tidak dikesan oleh orang lain. Jadi dia pun menurut arahan pegawai itu
iaitu memasukkan kasut ke adalm bilik solat akan tetapi tidak mengunci pintu
bilik itu.
Pada
suatu hari, dalam masa dia bersiap sedia untuk mengambil wudhuk, ada seseorang
telah membuka pintu, dan dia adalah
…………………………………………………... bos di situ, jadi berlakulah soal jawab antara
dia dan bosnya.. Ya Allah, semoga Allah memudahkan segalanya..Akhirnya
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga….
Sajer NaK tUnjuK
Inilah skip jawapan yang ku periksa...haha
Tak delah gurau saja..Ini sebenarnya kuiz yang dibuat untuk 'International Day' tapi masa hari tu plak ada perkara yang tidak diingin berlaku, jadi xsempat nak buat kuiz ni. Perkara yang tidak diingini itu adalah ada dua orang kawan ni kena tahan dengan Pak Polis Universiti sebab tak pakai "helmet" masa bawa motor. Sebenarnya diorang ni nak pergi dekat jer nak ambil barang untuk keperluan gerai kita orang masa Hari Internasional itu. Nampaknya nasib diorang tak baik pada masa itu, kenalah tahan ngan Polis Universiti. Bila dapat "call" daripada diorang saya terus bergegas pergi dapatkan diorang dan bawa topi keledar sekali. Pada masa itu juga diorang berdua ni tak bawa beg jadi 'IC' pun tak bawalah sebab semuanya tinggal kat gerai tu. Ni buat keadaan makin gawat. Jadi sayalah heronya dalan citer ni sebab pergi selamatkan diorang berdua..hikhik...(perasan sikit-sikit). Dan Alhamdulillah mereka dapat dilepaskan tapi kena bayar dendalah..itu pasti!!!
Selepas sesi menyelamat selesai saya ada kelas pulak yang kena hadiri. Jadi dah tak pergi dah kat gerai tu (Petang pegi balik untuk kemas barang). Saya juga lupa untuk tinggalkan kuiz yang saya buat dengan susah payah kat gerai tersebut. Kata sahabat saya gerai kita orang je yang xder aktiviti..kesian2..Buat kuiz tue untuk tambahan aktiviti gerai disamping aktiviti jual-jual.
Kalut punya pasal 'Kuiz hanya tinggal Kuiz'Untuk tidak membazir terpaksalah cari kawan-kawan untuk jawab kuiz ni. Diorang ni "excellent"lah leh jawab dan dapat cari perkataan tersembunyi. Bila dah jawab dapatlah hadiah tapi ada dua orang lagi yang tak sempat nak bagi, semoga ada kesempatan untuk bagi hadiah kepada diorang berdua.(INGAT!).. Bahagia kawan-kawan dapat hadiah dan saya pun bahagia bila diorang bahagia.
BAHAGIA DAPAT MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketahuilah bahawa bila kita memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan memudahkan urusan-urusan kita, insyaAllah
Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang
mukmin, nescaya Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada
hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah
SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang
menutup keaiban seorang muslim nescaya Allah SWT akan menutup keaibannya
di dunia dan di akhirat kelak. Allah SWT sentiasa menolong hamba-Nya
selama hamba-Nya itu menolong saudaranya. (riwayat Muslim)
SEKIAN WASSALAM..
~ADIOS~
InsyaAllah akan bercuti selama 2 bulan dan bepraktikal.
AcArA MaKaN-mAkAn
ASSALAMUALAIKUM..
ALHAMDULILLAH....masih diberi peluang untuk menulis blog ini. Syukur juga
kepada Allah SWT kerana diri ini telah berjaya melalui hari-hari peperiksaan
dengan jaya. Sebenarnya periksaan akhir untuk semester ini baru sahaja berakhir
semalan. Jadi hari ini dah bersemangat berkemas-kemas dan dah tak sabar nak
balik ke "Rumahku Syurga" berjumpa dengan Ayah Tercinta, sanak
saudara dan orang-orang kampung. Mereka semua pasti merindui diri ini..hikhik
(ayat perasan n xleh bla..)
Isk2..nyembang-nyembang ni apa pula kaitan ngan tajuk..Sebenarnya nak kabar,
semalam lepas jer habis exam terus buat rancangan nak pegi makan-makan ngan
kawan. Acara makan-makan xleh jauh mana pun hanya sekitar sini saja. Tapi nak
pegi kemain susah sebab kena lintas jalan yang sibuk...kalau xhati-hati
leh kena langgar.Nauzubillah....bkn apa sebab dah banyak kes
langgar-langgar kat situ..
Diorangnya xhabis exam lagi, diriku seorang jer yang dah habis,, hooray2
merdeka... hihi
Bila pegi makan-makan ni seolah-olah meraikan diri
ini sahaja..Maklumlah ni pertama kali pergi makan secara berjemaah dan terakhir
untuk semester ini.InsyaAllah semoga semester depan boleh jumpa lagi dan adakan
banyak lagi aktiviti secara berjemaah. Kalau bincang pasal semester hadapan,
sebenarnya kami dah merancang banyak aktiviti untuk dilaksanakan terutamanya
ingin melancong untuk melihat keindahan ciptaan Allah.~berjalan bermusafir
melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir (sambil
nyanyi lagu mirwana)..
Walau
bagaimanapun kita hanya merancang tetapi Allah menentukanya. Firman Allah Dalam surah Ali-Imran ayat 54 yg
bermaksud:
"Mereka merancang , Allah juga
merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"
| Dari kiri: Mira, Munie, Yana & Syarifah (tiada dalam gambar: Aishah & Asma) |
| Feveret, walaupun simple tapi sedap |
| Nasi goreng apa ntah |
---------------------------------------------------------------------------------------------
Nikmat terindah apabila Allah MENGHADIAHKAN teman
yang bernama SAHABAT. Terima kasih ye teman-teman kerana menerima diri ini
seadanya. Semoga diri kita bersama dapat melangkah berjuang mencari redha
Allah. Senantiasalah memberi teguran pada diri ini. Semoga kita bukan sahaja
menjadi sahabat di dunia tetapi sehingga ke syurga InsyaAllah.. Sentiasalah kita berpesan saling mengingatkan antara satu sama lain sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
SAHABAT YANG BAIK ADALAH SAHABAT YANG BOLEH MEMBERI TEGURAN DAN DITEGUR
WASSALAM..
~ADIOS~
DI PPIK
ASSALAMUALAIKUM WBT
Pagi isnin....ini bermakna sudah masuk minggu baru bagi minggu ini..kalau dekat universiti, minggu ini adalah minggu ke-15, bermakna minggu terakhir bagi sesi pembelajaran bagi semester ini. Pada minggu ini juga kelas dan tutorial pun banyak dah tak ada. Cepatnya masa berlalu, pejam celik,pejam celik dah nak habis satu semester. Teringat pada kata-kata Saidina Ali " Masa itu ibarat pedang, kalau kau tak memotongnya dia akan memotong kita. Teruskan "berstudy" sementara diberi waktu ini. Jarang orang mendapat peluang sebaik kita.
~~~GUD LUCK IN YOUR EXAM~~~
~~~SALAM iMTIHAN BIL TAUFIQ WAL NAJAH~~~
WASSALAM
TAMMAT!!!HEHE
ALAHAMDULILLAH AKHIRNYA DAPAT JUGA KELAS BAHASA ARAB DIHABISKAN DENGAN ADANYA LAKONAN OLEH KAMI.
KURSUS: LAA 100
TEMPAT: BILIK 215. SOLLAT
KUMPULAN: 1,2,3 DAN 4.
DIBAWAH ADALAH ANTARA GAMBAR-GAMBAR LAKONAN YANG SEMPAT DIAMBIL
-------------------------------------------------------------------------------------------------
DENGAN SELESAINYA SESI LAKONAN, MAKA SELESAILAH KELAS BAHASA ARAB BAGI SIDANG AKADEMIK INI....NEXT SEMESTER NAK SAMBUNG LAGI KE???
WASSALAM...
Anugerah Terindah...
Assalamualaikum...
Semalam adalah hari lahirku, bermakna sudah berlalu sehari. Alhamdulillah pada tahun 20120519 Allah telah menghadiahkan kepadaku hadiah yang ku kira sangatlah bermakna. Walaupun sememangnya nikmat yang Allah berikan setiap hari tidak terkira bilangannya. Tapi pada tarikh tersebut adalah tarikh "Hari Lahirku" yang kukira setiap sesuatu yang berlaku pada hari itu adalah hadiah untukku.
KENAPA aku katakan mendapat anugerah terindah? Hal ini kerana, pada tarikh itu Allah telah memilihku untuk mengahadiri majlis ilmu yang mana ustaznya adalah ustaz of the year iaitu Ustaz Azhhar Idrus (UAI). Majlis ini diadakan di Padang Kota, Pulau Pinang. Erm,,,solat maghrib dan isyak pun diimani oleh IM Asyraf...
Ni dia sahabat-sahabat yang bersamaku menghadiri majlis ilmu UAI
SEKIAN WASSALAM
sanah helwah wa aidil milad sa'idah ila ana
Alhamdulillah..pada pagi ini,hari ini cukuplah umurku 23 tahun. syukur ya allah masih diberi peluang untuk bernafas di bumiMu ini. Daku berharap dengan peluang yang Kau beri ini dapatku guna sepenuhnya untuk meningkatkan ibadat kepadaMu.
erm...sepatutnya dah tidur sebelum pukul 12, tapi sekarang dah pagi. kenapa ya tak tidur lagi? tunggu 'seseorang wish beday ke?huhu...
rasa bahagia je bila ada orang wish beday kat kita walaupun post kat Fb. tak dapat hadiah pun tak pe asalkan ada orang wish, itu tandanya orang tak lupa lagi kat kita...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PESANAN UNTUK DIRI..
Pada umur yang akan mencapai setengah 20-an ini lebih baik merenung apa yang telah kau lakukan untuk dirimu, keluargamu dan agamamu?
*sentiasalah bemuhasabah diri
*jadilah hari esok lebih baik daripada hari semalam
*perbaharui azam dan betulkan niat
*perbetulkan amalan wajib
*perbanyakkan amalan sunat----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AZAM SEMPENA PENINGKATAN UMUR
*Ingin mentaati perintah Allah
*ikut sunnah rasul
menjadi mukmin yang baik (Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:
"Sebaik-baik manusia itu ialah mereka yang memberi menafaat
kepada manusia yang lain".
"Sebaik-baik manusia itu ialah mereka yang memberi menafaat
kepada manusia yang lain".
*sentiasa bersabar
*rajin
*dan banyak lagi
~YA ALLAH AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU YANG TELAH LALU MAHU PUN YANG AKAN DATANG~
HARI YANG BERMAKNA 19 MEI ^**^
SEMOGA ALLLAH MEMANJANGKAN UMURKU DALAM BARAKAH
SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN SEGALANYA
SEMOGA ALLAH REDHA
PAYUNG...SPEK....PENDRIVE...???
ASSALAM....
Kenapa dengan tiga benda tu?
Di atas dunia ini semuanya hanyalah pinjaman dan tiada yang kekal. sekiranya ditanya MANA MILIK KITA? kita tiada jawapan untuk mejawabnya. hal ini demikian kerana seluruh isi bumi ini hanyalah milik penciptanya iaitu Allah SWT. Bertapa pemurahnya Allah apabila menghidupkan kita diatas muka bumi ini dan memberi pinjam kepada kita banyak benda dan percuma. oleh itu, kita sebagai hambanya perlu sentiasa bersyukur atas kurniaanNya yang melimpah ruah. Allah hanya meminta kita mentaati suruhanNya sepertimana firman Allah:
Kenapa dengan tiga benda tu?
Jawapannya adalah tiga benda tu la yg selalu saya hilang...huhu
PAYUNG dari warna pink, merah, ungu dan terbaru warna coklat
SPEK dari bingkai atas 2, warna merah bingkai penuh dan sekarang warna biru.
PENDRIVE dari 2GB, 4GB, 8GB dan terbaru 8GB juga.
juga supaya jangan cuai..
Alhamdulillah saya sangat bersyukur walaupun tiga benda tue selalu je 'menghilangkan diri' dari saya, saya tidaklah terlalu huru-hara. Saya relakan pemergian 'benda-benda' tersebut kerana saya yakin rezeki saya hanya seketika untuk memilikinya. Allah hanya memberi saya pinjam hanya untuk sementara sahaja,
Di atas dunia ini semuanya hanyalah pinjaman dan tiada yang kekal. sekiranya ditanya MANA MILIK KITA? kita tiada jawapan untuk mejawabnya. hal ini demikian kerana seluruh isi bumi ini hanyalah milik penciptanya iaitu Allah SWT. Bertapa pemurahnya Allah apabila menghidupkan kita diatas muka bumi ini dan memberi pinjam kepada kita banyak benda dan percuma. oleh itu, kita sebagai hambanya perlu sentiasa bersyukur atas kurniaanNya yang melimpah ruah. Allah hanya meminta kita mentaati suruhanNya sepertimana firman Allah:
Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zariyat: 56)
Apa yang ada pada kita hari ini hanya pinjaman kepada kita. jadi sekiranya "sesuatu' hilang anggaplah kita bukan pemiliknya lagi,
Begitu juga dengan diri kita, bukan selamanya kita kekal di alam dunia ini. hidup di dunia ini diibaratkan persinggahan kita bagi mencari bekalan menuju Akhirat. Jadi sementara kita masih hidup carilah kebaikan yang sebanyak mungkin yang akan membolehkan kita senang di akhirat kelak.
SEKIAN DULU...
Sempoi di petang hari..wokehh
Ustz Mohd Iskandar: salam
Sauqah: wassalam
Sauqah: jd ustaz sy meta buleh?
Sauqah: hehe
Sauqah: nak tanya soaln ni
Ustz. Mohd Iskandar: hehe
Ustz. Mohd Iskandar: ustaz gapo plak ni
Sauqah: yela
Sauqah: nak tanya soalan
Sauqah: buleh dop?
Ustz. Mohd Iskandar: em
Ustz. Mohd Iskandar: tanyo la
Ustz. Mohd Iskandar: kalu buleh jawab
Ustz. Mohd Iskandar: ambe jawab
Sauqah: supo Ustz Azhar Idrus plak
Ustz. Mohd Iskandar: eh
Ustz. Mohd Iskandar: jngn samekan
Sauqah: buke
Ustz. Mohd Iskandar: sy ngn die jauh langit dn bumi
Sauqah: sbb sebut 'ambe' etek
Ustz. Mohd Iskandar: hehe
Ustz. Mohd Iskandar: nk tanye ape cik Saukah
Sauqah: erm..gini kt kan xleh lalu depe ore duk maye kan..tp dalm bilik ni katil sy duk arah kiblat..jd klu saen saya maye mesti mengarah kot katil sy..klu dye maye masa sy tido tue kiro gane? dosa x saya?
Ustz. Mohd Iskandar: em dok dose sikit pon
Sauqah: sbb?
Ustz. Mohd Iskandar: kalau aw mengigau pastu aw bangun dn jalan atas sejadah die pon x berdosa. sebab nabi bersabde...3 perkare yg terangkat dr umatku..maksudnye x berdosa...salah satu ketika tidur sehingga terjaga. die gini
Ustz. Mohd Iskandar: kawan aw bukan sembahyang hadap aw
Ustz. Mohd Iskandar: tapi hadap qiblat
Ustz. Mohd Iskandar: kalau aw x tdo lg sebaiknye aw x yah naik katil tu kalau ade org tengah sembahyang kat katil aw tu sebab die akan ngandap aw kalau aw naik atas katil...nanti menganggu
Ustz. Mohd Iskandar: tapi kalau die x ngadap katil tu x pe
Ustz. Mohd Iskandar: xde salahnya
Ustz. Mohd Iskandar: jngn risau la
Ustz. Mohd Iskandar: sepatutnye org yg sembahyang tu die kene letak penghadang kt depan die sembahyang sebab nk buat sutrah...
Ustz. Mohd Iskandar: kalau kawan aw dh buat penghadang kt depan sejadah die..aw nk berlari boleh depan penghadang tu
Ustz. Mohd Iskandar: tp kalau aw dh tdo
Ustz. Mohd Iskandar: aw xde salah ape pon
Ustz. Mohd Iskandar: kalau suami lafaz cerai ketike tdo pon x dikire lafaz cerai tu sah
Sauqah: tp sejadah tue xleh jd penghadang ke?
Ustz. Mohd Iskandar: sejadah tu kire sempadan die la
Ustz. Mohd Iskandar: aw x buleh lalu atas sejadah tu
Ustz. Mohd Iskandar: tp seeloknya ade sejadah dn penghadang
Ustz. Mohd Iskandar: tu lebih elok
Ustz. Mohd Iskandar: penghadang ni x payah tinggi2
Ustz. Mohd Iskandar: bantal pon boleh, gumpal2 kain pon boleh
Sauqah: mekasih ustaz
Sauqah: sy pehe dh
Sauqah: ustaz bz x?
Sauqah: ad soalan agi ni
Ustz. Mohd Iskandar: haha
Ustz. Mohd Iskandar: jngn panggil ustz
Ustz. Mohd Iskandar: x layak
Ustz. Mohd Iskandar: em kalau boleh jawab sy jawab
Ustz. Mohd Iskandar: kalau dok buleh
Ustz. Mohd Iskandar: sy x kan jawab
Ustz. Mohd Iskandar: sebab nanti berdosa
Sauqah: ok2
Sauqah: bz dop ni?
Mohd Iskandar: dop
Sauqah: k.soalan dye
Sauqah: aurat perempuan dengan bkn muhrim kan muka ngan tapak tgn (depe blake)..jadi dagu tue dikira bahagian muka x? sbb klu semaye cover dagu kan xleh...tp cane plak ngan pemakaian tudung yg xcover dagu tue?
Sauqah: ulas kit ustak
Ustz. Mohd Iskandar: em salah lafaz ni
Ustz. Mohd Iskandar: mahram cik saukah
Ustz. Mohd Iskandar: bukan muhrim
Sauqah: ok2
Sauqah: opss
Ustz. Mohd Iskandar: kalau muhrim ni org yg tengah berihram
Ustz. Mohd Iskandar: em xpe2
Ustz. Mohd Iskandar: em sempadan muke yg aurat ni tempat tumbuh rambut
Ustz. Mohd Iskandar: kalau bahasa arab dagu tu lihyah tempat tumbuh janggut. dlm sembahyang pempuan tutup kat tulaang dagu tu je.
Sauqah: syukran jazilan ya ustaz. Jazakallahu khairan kasiran.
Ahlan wa sahlan 1433/ 2012
Di tahun baru ini, mungkin ramai daripada kita memasang azam masing-masing. Ramai orang yang berharap agar tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Ya, saya pun berharap begitulah hendaknya. Apa yang kita harapkan janganlah semata-mata harapan sahaja akan tetapi mesti disusuli dengan tindakan. INGATLAH, masa tidak pernah menunggu kita sekiranya kita lalai hanya sedetikpun kita akan ketinggalan. Masa adalah amat penting untuk kita hargainya dan gunakannya dengan baik dan penuh berhikmah. Sekiranya masa itu tidak penting maka tiadalah istilah MASA ITU EMAS, MASA IBARAT PEDANG. Dan Allah juga ada berfirman:
"Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (al-asr)
Semoga kita sama-sama lebih memperhebatkan ibadah, lebih tawadhuk, lebih banyak mencari kesalahan diri sendiri dan lebih cekal berjuang di jalan Allah swt. Allahu Akhbar!
InsyaLLaH, semoga Allah menambahkan kekuatan dan ketabahan pada diri ini melalui liku-liku kehidupan yang mendatang...Amiin Ya Rabb..
In Friday vs hari Jumaat
Date : 30/12/2011
Location: Lib PHS
Situasi: Sedang khusyuk study Munakahat/ HIS224. Tiba-tiba aku didatangi oleh seorang “Mak Cik” yang juga merupakan pelajar sini.
Mak Cik: Dik, tahu tak nak guna ‘Paper Logic’ cam mana?
Aku : owh…saya tahu ( sambil memandang sekeliling hati kecilku berkata “ramai je orang kat sini mengapa mak cik pilih aku untuk tanyakan ini sedang aku berada sedikit jauh dan terlindung tapi rasa bahagia sebab mak cik ni pilih aku untuk membantunya”)
Sampai sahaja dekat komputer
Aku: Mak cik nak print yang mana satu ni?
Mak cik: ni semuanya mak cik nak print
Aku: okey saya cuba.
Setelah selesai aku kembali semula ke tempat asal aku untuk sambung study
Beberapa minit kemudian
Mak cik : Dik xjadila kertas tak keluar?
Aku: nanti saya cek ( sambil berjalan ke arah printer yang dimaksudkan tersebut. Tekan-tekan apa-apa yang patut..hehe. “hang plak printer ni”
Mak cik: tak boleh ke?
Aku: ‘Hang’ la mak cik. Nanti saya p tanya ‘Librarian’. Bergegas turun tangga untuk pergi jumpa encik Librarian
Sampai dekat kaunter pertanyaan
Aku: encik kenapa printer tue xleh guna?
Encik Librarian: @####
Aku: okla encik. Terima kasih!!! Sambil melemparkan senyuman
Naik semula mendapatkan mak cik tadi
Aku: mak ada duit ke dalam kad matrik mak cik ni?
Mak cik : ada lagi.
Aku: kalau macam tue mak cik kena pegi kat library satu lagi la. sebab kat sini xleh guna
Mak cik: la,,,dah la exam nak dekat dah..kla cancel balik la, mak cik nak peg kat lib satu lagi la.
Kesian Mak Cik nie kena pegi kat lib satu lagi plak. Dalam situasi tadi sempatla jugak bertanya tentang Mak Cik ni. Sebab selama ni rajin sangat terserempak dengan dia dekat lib nie. Tertanya-tanya la jugak mak cik sambung blaja apa ye, rajinnya mak cik nie. Rasanya mak cik nie dah pangkat nenek dah akan tetapi masih lagi bersemangat untuk sambung belajar terasa malu diri ini dengan mak cik ni.
Hari ini terjawablah persoalanku selama ini walaupun tidak semuanya. Dapat tahulah bahawa mak cik ni buat Master dalam bidang Komunikasi Tv dan Penyiaran. Semangat yang ada dalam dirinya menyedarkan aku bahawa ‘kalau dia yang dah berumur masih lagi cintakan ilmu dan masih lagi ingin belajar sedang kan aku yang muda tran ten-teng ini malas belajar”. Ye bertapa malu dan terpanah jugaklah.
Baru terfikir ada hikmat juga aku duduk di tempat yang bukan biasa aku duduk dalam lib tue boleh jugak mak cik meminta tolong daripadku. Walaupun aku tidak mampu untuk menolongnya sepenuhnya. Dan dapat jugak menjawab persoalanku selama ini. Aku harap Mak Cik dapatlah Print paper dia dengan menggunakan ‘paper logic’. Aku juga berharap Mak Cik tu dapat menghabiskan pengajiannya dengan jayanya dan dapat menjadi contoh inspirasi kepada insan seperti aku ini dan anak-anak dan cucu beliau untuk berjaya seperti beliau.
LAMARAN DARIPADA SESEORANG...AW
Assalamualaikum...
“Ana akan ta’aruf dengan ukhti beberapa tahun lagi, ketika ukhti sudah lulus”
“Untuk apa antum katakan itu skrg akhi?
Jika belum siap adalah jawapannya,
Lalu mengapa harus antum katakan rencana tersebut pada saya?
Tak tahukah antum, kalimat itu menggoyahkan kekukuhan iman yang susah payah saya bangun?”
Ketika antum mengatakan:
“Ana ingin jaga hati ana untuk ta’aruf dengan ukhti nanti”
“Lantas, apakah dengan antum berkata seperti itu,
Lalu prilaku antum yang sering menelefon saya itu tidak bererti mengotori hati?
Antum memang sudah seharusnya menjaga hati,
hingga tiba saatnya nanti untuk antum berikan seutuhnya kepada wanita yang berhak.”
Ketika antum mengatakan:
“Hati hati, di sana. Jaga diri baik baik.”
“Bukannya saya tidak suka diperhatikan dan dijaga,
tapi cukuplah Allah yang akan menjagaku...
Bukankah Allah adalah sebaik-baik Pelindung?”
Ketika antum mengatakan:
“Ana harap ukhti tidak ta’aruf dengan orang lain sebelum ana”
“Saya tidak bisa menjanjikan apapun,
kerana saya tidak tahu apa yang akan terjadi nanti..”
.......
Wahai akhwat, jika datang kepadamu laki-laki baik-baik yang melamarmu,
maka bisa jadi dialah pangeranmu.
Wahai ikhwan, jika gadis pujaanmu telah dikhitbah laki-laki lain, maka ikhlaskanlah. Kerana bisa jadi dia bukanlah bidadarimu.
......
Maka jika nantinya kita tidak berjodoh, mungkin saya tak cukup baik untukmu,
pasti ada wanita lain yang lebih baik untukmu....
Dan yakinlah, jika memang aku adalah pasangan dari tulang rusukmu,
maka tanpa antum minta untuk tidak ta’aruf dengan orang lainpun,
saya akan tetap menjadi pendampingmu...
Karena saya yakin TULANG RUSUK TAKKAN TERTUKAR................
“Untuk apa antum katakan itu skrg akhi?
Jika belum siap adalah jawapannya,
Lalu mengapa harus antum katakan rencana tersebut pada saya?
Tak tahukah antum, kalimat itu menggoyahkan kekukuhan iman yang susah payah saya bangun?”
Ketika antum mengatakan:
“Ana ingin jaga hati ana untuk ta’aruf dengan ukhti nanti”
“Lantas, apakah dengan antum berkata seperti itu,
Lalu prilaku antum yang sering menelefon saya itu tidak bererti mengotori hati?
Antum memang sudah seharusnya menjaga hati,
hingga tiba saatnya nanti untuk antum berikan seutuhnya kepada wanita yang berhak.”
Ketika antum mengatakan:
“Hati hati, di sana. Jaga diri baik baik.”
“Bukannya saya tidak suka diperhatikan dan dijaga,
tapi cukuplah Allah yang akan menjagaku...
Bukankah Allah adalah sebaik-baik Pelindung?”
Ketika antum mengatakan:
“Ana harap ukhti tidak ta’aruf dengan orang lain sebelum ana”
“Saya tidak bisa menjanjikan apapun,
kerana saya tidak tahu apa yang akan terjadi nanti..”
.......
Wahai akhwat, jika datang kepadamu laki-laki baik-baik yang melamarmu,
maka bisa jadi dialah pangeranmu.
Wahai ikhwan, jika gadis pujaanmu telah dikhitbah laki-laki lain, maka ikhlaskanlah. Kerana bisa jadi dia bukanlah bidadarimu.
......
Maka jika nantinya kita tidak berjodoh, mungkin saya tak cukup baik untukmu,
pasti ada wanita lain yang lebih baik untukmu....
Dan yakinlah, jika memang aku adalah pasangan dari tulang rusukmu,
maka tanpa antum minta untuk tidak ta’aruf dengan orang lainpun,
saya akan tetap menjadi pendampingmu...
Karena saya yakin TULANG RUSUK TAKKAN TERTUKAR................
Saya membaca semula kisah ini,bagi menguatkan kembali hatiku yang makin melupai bahawa "Jodoh" itu pasti ada cuma lambat atau cepat sahaja. Hatiku semakin rapuh dengan apa yang aku pertahankan selama ini, dengan prinsip yang dipegang selama ini dek kerana DILAMAR OLEH SEORANG PRIA. Bukannya tidak pernah dilamar pun sebelum ini..tapi, hari-hari lepas aku bisa aja menolaknya...n then kali ini walaupun berjaya menolaknya tapi ada sedikit perasaan kesalnya..Ya Allah ampunkanlah dosaku ini...Disaat aku cuba untuk membersihkan hati, di saat aku cuba memuhasabah diri, dia datang melamarku..sadis2... iya ini mungkin dugaan untukku. Walaupun dia tidak mengajakku untuk bercinta, tetapi dengan berjanji akan menungguku sampaiku habis belajar. sudah cukup membimbangkanku, aku bimbang akan memasang angan pada perkara yang tidak pasti. Ya Allah berikanlah petunjuk kepadaku dan berikanlah kekuatan pada diriku ini. Sekiranya ada jodoh aku dan dia satukanlah hati kami Ya Allah!!!sekiranya dia bukan milikku jangankan ada apa-apa perasaanpun terhadapnya Ya Allah...AMPUNKANLAH DOSA HAMBA-MU YANG LEMAH INI..
AMIIN...
AMIIN...
Interview Oh Interview!!!
ASSALAMUALAIKUM.....
HELLO,,,,
Actually this Sem I have a lot of INTERVIEWs that I had attended. The first one I was attended interview to be the one who most important department in our hostel ( CG). But the first tried I'm was failed. And I try again n I'm not easily to give up. The second one is I have interview is to be someone in Convex. Convex is also important event in our university. This event during my university convocation day. But I'm Failed again!!! never mind I don't care anymore. All of that just beginner for me to have many experience, because "EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER".
Owh, now I remember the last Sem also attended interview for be PMSI. But as usually I'm Failed!!!
And today I also attended interview to involved in EKSPEN. I hope this interview can give me a good news...now I'm waiting for the their answer whether they accept me or not in their department..never mind whether I get or not it is because I'm just try it.
The last one is I also attended the interview for LSP401 (English Subject)..HAHA this one is very funny. This interview is compulsory to all student who taking LSP401. This interview different which another interview because it is JOB INTERVIEW. So we need to prepared cover later and resume also. In the interview I'm "Kelentong habis-habisan."..hehe.. and my lecture said so.That say I have so many interviews that I have attended. All of that i hope it can be interesting experience and memoriable for me as long as i in the University. if have another interview i will try again and again..JUST FOR FUN AND ALSO TRAIN MYSELF TO BE MOST CONFIDENT TO GO THE TRUE INTERVIEW WHEN I'M FINISHED MY STUDY TO GET A BETTER JOB..InsyaALLAH..Amiin.
WHATEVER!!!
kembali semula..hehe (welcome back)
ASSALAMUALAIKUM..
Lama rasanya tidak menjenguk Blog ini. Hari rasa terbuka hati untuk mencoret, meconteng kembali laman blog ini..hehe. Seingat saya, saya meninggalkan blog ini masa Sem 2 tapi sekarang dah nak habis Sem 3 dah pun. AGAK LAMA LA JUGAK. Tinggal beberapa hari, jam, saat dan detik bermulanya peperiksaan. Nak cuba tulis kot bahasa Inggerisla plak, maklumlah nanti nak exam BI jadi kenalah buat latihan banyak-banyak terutama sekali bahagian penulisan. Ada pepatah Inggeris kata " Practice Make Perfect" rasanya dah betul, klu salah tolong perbetulkan yea..kerana saya BUDAK BARU BELAJAR atau I'M A NEW LEARNER..hihi....Today i'm very happy because i got high mark in english writting essei that why now i like to write in ENGLISH..I hope another day i can do more better than before. That is the most important to me to score the higher mark..
BiArLaH iA bErLaLu...
ASSALAMUALAIKUM..
Hari ini merupakan hari pertama aku exam...paper 1st ialah HTU223. Subjek nie xlah susah sangat pun cuma kena ingat fakta2 jer..akan tatapi sekiranya malas menghafal susahla jugak jadinya, aku la tu antara org yg malas nak menghafalnya..hehe..td masa jawab exam pun ak goreng habis-habisan xtau la macam mn? nak di jadikan cerita masa jwb exam tue, khusyuk punya pasal ak terlebih masa. Masa dah habis tp aku menulis lagi so ketua pangawas tlh mengambil tindakan ke atas aku, separuh jawapan akan di bulatnya..dia tulis apa tau.."lebih masa".Tapi aku xdela nak marah sangat sbb ak tau itu kesalahan ak.terima jela dengan hati yang redha..huk2...
mintak2 la dapat pemeriksa kertas yg baik..insyaallah, amin..
Lepas pegila tangok cary mark LSP..huhu sungguh mengharukan dah la 50 marks..terpaksalah bekerja keras untuk exam nie..tue pun xtau nak kerja keras cam mn lagi utuk sujek nie dah memg dr kecik lagi xpandai2..mintak2 la aku boleh buat yg terbaik masa exam nanti, klu x merudumlah GNP ak..mintak2 lehla kekalkn lagi pointer 3 ke atas unutk sem xpun leh la dekan pun ok gak..hak2..berangan jer..layanzzzzzzzz..
cERItAKU..:)
ASSALAMUALAIKUM..
Semester kedua pun dah mula.so apalagi bertambah-tambahla kesibukan, kena buat assigment lagi ,ko-k, present n so on..fuhhh..agak memenatkan..nasib baikla ko-k xstart lagi klu x bertambahlah keletihan pada diriku ini..nak kena kejar masa dan berjalan jauh untuk sampai ke foyer farmasi..nasib baik juga sem nie xde kelas yg dekat dengan waktu ko-k. xla aku terkejar-kejar macam sem lepas.
Sem nie jugak aku ditugaskan dalam bahagian pemasaran untuk temasya sukan tahunan..aku pun xtau mcm mana al maklumlah first time katakan..sebelum nie just dengar2 je tetapi sekarang kena bertugas dalam bahagian itu..aku manala tahu menahu..walau bagaimanapun aku akan cuba buat yang terbaik bagi menjayakan kerja2ku dalam bahagian itu..aja,aja, fighting!!! bersemangat2... harap2 bolehla ye..(demi mengejar mata mycsd..huhuhu)
Seperti insan2 lain aku juga inginkan perubahan ke arah yang lebih baik..kenapa aku still menjadi seorang yang pemalu,penakut dan tidak ramah...aku tidak tahu cara untuk bermesra dengan orang lain.walaupun aku mengenali ramai orang aku tiada keberanian untuk mendekati mereka.aku juga tidak berani bersuara dan kurang keyakinan diri.hal ini menyebabkan aku berasa tersisih..aku semdiri tidak memahami diriku...bagaimana harus aku lakukan? adakah disebabkan aku ini anak bongsu menyebabkan aku hanya menerima arahan dan tidak mampu untuk memberi arahan, sentiasa mengharapkan perlindungan kerna sering dilindungi oleh kakak2 atau abang2..
SeMpeNa TaHuN bArU..
ASSALAMUALAIKUM....2010 baru sahaja berlalu.. sempena tahun baru sepatutnya setiap orang akan menanam azam masing-masing..ada macam-macam azam untuk dilaksanakan sempena tahun baru..begitu juga dengan diriku..apa agaknya azam aku ye??? tentulah ingin menjadikan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya..tetapi aku tidak lagi berusaha ke arah itu,aku tetap merasakan tiada perubahan pada diriku, masih berada di takuk lama.kesian kan?huhu..
Kalau tahun lepas azamnya nak masuk universiti.. alhamdulillah tercapai juga akhirnya selepas menghadapi beberapa kesukaran, dugaan dan cabaran..masa xmasuk u nak sangat2 masuk u..tapi bila dah dapat masuk u rasa x best la plak.. beginilah manusia xpernah merasa puas dan bersyukur dengan apa yang ada..yelakan kat u ni mana nak sama dengan zaman persekolahan dulu..semuanya kena berdikari.. kawan2 pun lain dah. cara pemikiran pun kena ubah,terlalu banyak persaingan hanya yang kuat dan berani jer yg seronok berada di universiti nie..yg lemah akan menjadi semakin lemah dan berada dalam ketakutan terutama sekali masa nak buat pembentangan..huh.. agak menakutkan..
Subscribe to:
Posts (Atom)














