Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

TAMMAT!!!HEHE

 ALAHAMDULILLAH AKHIRNYA DAPAT JUGA KELAS BAHASA ARAB DIHABISKAN DENGAN ADANYA LAKONAN OLEH KAMI.

KURSUS: LAA 100
TEMPAT: BILIK 215. SOLLAT
KUMPULAN: 1,2,3 DAN 4.

DIBAWAH ADALAH ANTARA GAMBAR-GAMBAR LAKONAN YANG SEMPAT DIAMBIL


 





-------------------------------------------------------------------------------------------------
DENGAN SELESAINYA SESI LAKONAN, MAKA SELESAILAH KELAS BAHASA ARAB BAGI SIDANG AKADEMIK INI....NEXT SEMESTER NAK SAMBUNG LAGI KE???

WASSALAM...

Anugerah Terindah...

Assalamualaikum...

Semalam adalah hari lahirku, bermakna sudah berlalu sehari. Alhamdulillah pada tahun 20120519 Allah telah menghadiahkan kepadaku hadiah yang ku kira sangatlah bermakna. Walaupun sememangnya nikmat yang Allah berikan setiap hari tidak terkira bilangannya. Tapi pada tarikh tersebut adalah tarikh "Hari Lahirku" yang kukira setiap sesuatu yang berlaku pada hari itu adalah hadiah untukku.

KENAPA aku katakan mendapat anugerah terindah? Hal  ini kerana, pada tarikh itu Allah telah memilihku untuk mengahadiri majlis ilmu yang mana ustaznya adalah ustaz of the year iaitu Ustaz Azhhar Idrus (UAI). Majlis ini diadakan di Padang Kota, Pulau Pinang. Erm,,,solat maghrib dan isyak pun diimani oleh IM Asyraf...




                          Ni dia sahabat-sahabat yang bersamaku menghadiri majlis ilmu UAI


SEKIAN WASSALAM

sanah helwah wa aidil milad sa'idah ila ana

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..pada pagi ini,hari ini cukuplah umurku 23 tahun. syukur ya allah masih diberi peluang untuk bernafas di bumiMu ini. Daku berharap dengan peluang yang Kau beri ini dapatku guna sepenuhnya untuk meningkatkan ibadat kepadaMu.

erm...sepatutnya dah tidur sebelum pukul 12, tapi sekarang dah pagi. kenapa ya tak tidur lagi? tunggu 'seseorang wish beday ke?huhu...

rasa bahagia je bila ada orang wish beday kat kita walaupun post kat Fb. tak dapat hadiah pun tak pe asalkan ada orang wish, itu tandanya orang tak lupa lagi kat kita...
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 PESANAN UNTUK DIRI..

Pada umur yang akan mencapai setengah 20-an ini lebih baik merenung apa yang telah kau lakukan untuk dirimu, keluargamu dan agamamu?
*sentiasalah  bemuhasabah diri
*jadilah hari esok lebih baik daripada hari semalam
*perbaharui azam dan betulkan niat
*perbetulkan amalan wajib
*perbanyakkan amalan sunat

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AZAM SEMPENA PENINGKATAN UMUR
*Ingin mentaati perintah Allah 
*ikut sunnah rasul
menjadi mukmin yang baik (Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik manusia itu ialah mereka yang memberi menafaat
kepada manusia yang lain".
*sentiasa bersabar
*rajin
*dan banyak lagi


~YA ALLAH AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU YANG TELAH LALU MAHU PUN YANG AKAN DATANG~


HARI YANG BERMAKNA 19 MEI ^**^

 SEMOGA ALLLAH MEMANJANGKAN UMURKU DALAM BARAKAH
 SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN SEGALANYA
 SEMOGA ALLAH REDHA

PAYUNG...SPEK....PENDRIVE...???

ASSALAM....



 Kenapa dengan tiga benda tu?
Jawapannya adalah tiga benda tu la yg selalu saya hilang...huhu

PAYUNG dari warna pink, merah, ungu dan terbaru warna coklat
SPEK dari bingkai atas 2, warna merah bingkai penuh dan sekarang warna biru.
PENDRIVE  dari 2GB, 4GB, 8GB dan terbaru 8GB juga.                   

Hikmat daripada kehilangan 3 benda ni ialah leh beli baru...hehe
juga supaya jangan cuai..

Alhamdulillah saya sangat bersyukur walaupun tiga benda tue selalu je 'menghilangkan diri' dari saya, saya tidaklah terlalu huru-hara. Saya relakan pemergian 'benda-benda' tersebut kerana saya yakin rezeki saya hanya seketika untuk memilikinya. Allah hanya memberi saya pinjam hanya untuk sementara sahaja,

Di atas dunia ini semuanya hanyalah pinjaman dan tiada yang kekal. sekiranya ditanya MANA MILIK KITA? kita tiada jawapan untuk mejawabnya. hal ini demikian kerana seluruh isi bumi ini hanyalah milik penciptanya iaitu Allah SWT. Bertapa pemurahnya Allah apabila menghidupkan kita diatas muka bumi ini dan memberi pinjam kepada kita banyak benda dan percuma. oleh itu, kita sebagai hambanya perlu sentiasa bersyukur atas kurniaanNya yang melimpah ruah. Allah hanya meminta kita mentaati suruhanNya sepertimana  firman Allah:

Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
                                                                                                                               (Az-Zariyat: 56)



 Apa yang ada pada kita hari ini hanya pinjaman kepada kita. jadi sekiranya "sesuatu' hilang anggaplah kita bukan pemiliknya lagi,

Begitu juga dengan diri kita, bukan selamanya kita kekal di alam dunia ini. hidup di dunia ini diibaratkan persinggahan kita bagi  mencari bekalan menuju  Akhirat. Jadi sementara kita masih hidup carilah kebaikan yang sebanyak mungkin yang akan membolehkan kita senang di akhirat kelak.

SEKIAN DULU...




3 IN 1

Sejak dua menjak ni, asyik terfikirkan....jeng2...hihi apa ye?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akhir-akhir ini, saya sering terfikirkan apakah itu islam, iman dan ihsan??? sering bermain-main dalam fikiran. oleh sebab itu tergerak hati unutk menulis tentang ketiga-tiga komponen ini. sekiranya tidak lengkaplah tiga komponen ini maka tidak sempurnalah kita sebagai seorang mukmin/ mukminah. saya sering juga ini mencari anologi tiga komponen ini.

Jika dulu masa tingkatan 3 dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, analogi Islam, Iman dan Ihsan ini diibaratkan seperti pokok yang mana sebatang pokok itu mempunyai dahan, buah dan sebagai bagi melengkapi antara satu sama lain. Begitu jugalah dengan ketiga-tiga komponen ini, saling memerlukan antara satu sama lain.

Sedikit penerangan tentang IsLAM, iMaN dan IhSaN.....

"Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau.

Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman.

Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan.

Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat.

Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. (hari kiamat)

Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu."

~Hadis riwayat Muslim



HUBUNGAN ANTARA IMAN, ISLAM DAN IHSAN.

Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan boleh diibaratkan seperti sebatang pokok. Bahagian akarnya ibarat iman, di mana ia tidak kelihatan. Akar di dalam tanah dan iman di dalam hati. Sekiranya akarnya baik tanpa sebarang cacat dan tidak ada penyakit, suburlah batang dan daun-daunnya. Begitu juga iman yang sihat akan melahirkan amalan yang baik.

Batang dan daun-daun yang subur itu ibarat Islam. Batang ialah bahagian yang nampak dilihat dari bahagian pokok tersebut. Begitu juga Islam dapat dilihat melalui amalan-amalan zahir. Amalan yang bersungguh adalah hasil dari iman yang kuat dan kukuh.

Ihsan ibarat buah dari pokok. Pokok yang akar dan batang yang sihat akan menghasilkan buah yang juga baik. Ihsan adalah hasil dari iman dan amalan Islam yang bersungguh di mana akan terpancarlah akhlak baik yang dikagumi oleh kawan dan lawan.

Kesimpulannya, antara Iman, Islam dan Ihsan mempunyai hubungan yang rapat yang tidak dapat dipisahkan. Pengakuan beriman tanpa ada amalan Islam adalah dusta. Amalan Islam tanpa iman adalah munafik. Begitu juga Ihsan tidak akan wujud tanpa Iman dan Islam.


 


♥~ MUSLIMAH DAN SEMALU ~♥

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.

Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanyapohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


~♥:: Muslimah, jadilah seperti pohon semalu. Dirimu yang tajam bisa mematahkan niat sesiapa yang ingin mendekatimu. Bila didekati, dirimu menunjukkan sifat malu dan tak berkehendak. Namun dirimu masih mempunyai keistimewaan dimana bunga semalu sangat cantik. Dan itulah ibarat muslimah sejati. Walaupun cantik, tapi bukan mudah untuk didekati :: ~♥

~♥ Z.I. ♥~
credit: sendah hiasan wanita solehah

PaNtUn ItU trADISI

PANTUN adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagai alat komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Ia begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara dan Malaysia.Di Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan dialek. Pantun juga didapati turut berkembang di selatan Burma, Kepulauan Cocos, Sri Lanka, Kemboja, Vietnam serta Afrika Selatan (kerana pengaruh imigran dari Indonesia dan Malaysia).[ANI AWANG,Sumber : Utusan Malaysia   (02/03/2006)]

 Pantun dapat memperlihatkan kesopanan Melayu kerana percakapan dalam pantun sentiasa beralas, suka berkias ibarat kerana sikap tolak ansur yang tinggi dan merendah diri.

               JURU PANTUN DAN PENJAGA MASA YANG SETIA DENGAN TUGASNYA


    PEMANTUN TEKUN MENJANA IDEA UNTUK MENJUAL DAN MEMBELI PANTUN


  • ITULAH SEDIKIT SEBANYAK TENTANG SEJARAH PANTUN. HARI INI TAJUK BERKENAAN PANTUN ADALAH KERANA PESTA PANTUN ANTARA DESASISWA 2012 (PADU) BARU SAHAJA TAMAT. 
  • AKU JUGA BARU PERTAMA KALI MELIBATKAN DIRI DALAM PADU INI. 
  • PADU INI DIADAKAN PADA 4-6 MEI DI KAMPUS KEJURUTERAAN USM. PADU SERTAI OLEH 11 DESASISWA SEMUANYA.

Jadikan ilmu TAUHID sebagai PEGANGAN

Hari ini, dalam kelas HIA101 saya telah belajar tentang ilmu tauhid. Ingin sekali berkongsi sedikit ilmu semoga bermanfaat untuk kita semua.

Sebelum menghurai lebih lanjut "moleklah" kita memahami  apa itu tauhid?
Apakah maksud tauhid itu?
  • Kalimah tauhid membawa pengertian mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (SWT)  semata-mata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan.

Ilmu tauhid ini boleh dibagikan kepada tiga bahagian IAITU:
1. Tauhid Rububiyyah
2. Tauhid Uluhiyyah
3. Tauhid Asma' wa sifat 




Tauhid ar-Rububiyyah 
~ bermakna beri’tiqad bahawa Allah SWT  bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam. 

Tauhid al-Uluhiyyah 
~ bermakna menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi.


 Tauhid Asma' wa sifat 
~iatu beriman kepada nama-nama Allah dan sifat-sifatNya, sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah RasulNya Shallallaahu alaihi wa Salam menurut apa yang pantas bagi Allah Subhannahu wa Ta'ala, tanpa ta'wil dan ta'thil, tanpa takyif, dan tamtsil, (Dr.Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al fauzan)

firman Allah Subhannahu wa Ta'ala :
"Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Asy-Syura: 11)

 Allah menafikan jika ada sesuatu yang menyerupaiNya, dan Dia menetapkan bahwa Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Maka Dia diberi nama dan disifati dengan nama dan sifat yang Dia berikan untuk diriNya dan dengan nama dan sifat yang disampaikan oleh RasulNya. Al-Qur'an dan As-Sunnah dalam hal ini tidak boleh dilanggar, karena tidak seorang pun yang lebih mengetahui Allah daripada Allah sendiri, dan tidak ada sesudah Allah orang yang lebih mengetahui Allah daripada RasulNya.

Maka barangsiapa yang meng-ingkari nama-nama Allah dan sifat-sifatNya atau menamakan Allah dan menyifatiNya dengan nama-nama dan sifat-sifat makhlukNya, atau men-ta'wil-kan dari maknanya yang benar, maka dia telah berbicara tentang Allah tanpa ilmu dan berdusta terhadap Allah dan RasulNya.

Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman:
 "Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?" (Al-Kahfi: 15)

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
IBADAH
Firman Allah yang bermaksud :
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku."(Adz-Dzaariyaat: 56)

 Berdasarkan firman Allah di atas menunjukkan bahawa Allah mencipta manusia dan jin adalah untuk beribadat kepadaNya.

 Ibadah adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah, baik ibadah-ibadah khusus yang mempunyai aturan-aturan tertentu yang telah digariskan mahupun ibadah-ibadah umum yang lebih luas dan subjektif. Selagi mana sesuatu kebaikan itu dilakukan kerana Allah dan tidak bertentang dengan aturan Allah, maka ia termasuk dalam ibadah.

Terdapat beberapa jenis ibadat
1. Ibadat hati
       *cinta
       * takut
       * ikhlas
       * tawakal
       * sabar
2. Ibadat anggota
       * solat
       * puasa
       * haji
       * jihad
3. Ibadat lisan
       * doa
       * zikir
       *isti'azah
4. Ibadat harta
       * zakat
       * sembelihan
       * sedekah harta
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 to be continue-----------------> next

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT





1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.



"SEMOGA KITA JUGA ANTARA ORANG-ORANG YANG MENDAPAT DOA DARIPADA MALAIKAT":)) InSyaAllAh...