Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

3 IN 1

Sejak dua menjak ni, asyik terfikirkan....jeng2...hihi apa ye?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akhir-akhir ini, saya sering terfikirkan apakah itu islam, iman dan ihsan??? sering bermain-main dalam fikiran. oleh sebab itu tergerak hati unutk menulis tentang ketiga-tiga komponen ini. sekiranya tidak lengkaplah tiga komponen ini maka tidak sempurnalah kita sebagai seorang mukmin/ mukminah. saya sering juga ini mencari anologi tiga komponen ini.

Jika dulu masa tingkatan 3 dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, analogi Islam, Iman dan Ihsan ini diibaratkan seperti pokok yang mana sebatang pokok itu mempunyai dahan, buah dan sebagai bagi melengkapi antara satu sama lain. Begitu jugalah dengan ketiga-tiga komponen ini, saling memerlukan antara satu sama lain.

Sedikit penerangan tentang IsLAM, iMaN dan IhSaN.....

"Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau.

Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman.

Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan.

Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat.

Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. (hari kiamat)

Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu."

~Hadis riwayat Muslim



HUBUNGAN ANTARA IMAN, ISLAM DAN IHSAN.

Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan boleh diibaratkan seperti sebatang pokok. Bahagian akarnya ibarat iman, di mana ia tidak kelihatan. Akar di dalam tanah dan iman di dalam hati. Sekiranya akarnya baik tanpa sebarang cacat dan tidak ada penyakit, suburlah batang dan daun-daunnya. Begitu juga iman yang sihat akan melahirkan amalan yang baik.

Batang dan daun-daun yang subur itu ibarat Islam. Batang ialah bahagian yang nampak dilihat dari bahagian pokok tersebut. Begitu juga Islam dapat dilihat melalui amalan-amalan zahir. Amalan yang bersungguh adalah hasil dari iman yang kuat dan kukuh.

Ihsan ibarat buah dari pokok. Pokok yang akar dan batang yang sihat akan menghasilkan buah yang juga baik. Ihsan adalah hasil dari iman dan amalan Islam yang bersungguh di mana akan terpancarlah akhlak baik yang dikagumi oleh kawan dan lawan.

Kesimpulannya, antara Iman, Islam dan Ihsan mempunyai hubungan yang rapat yang tidak dapat dipisahkan. Pengakuan beriman tanpa ada amalan Islam adalah dusta. Amalan Islam tanpa iman adalah munafik. Begitu juga Ihsan tidak akan wujud tanpa Iman dan Islam.


 


No comments:

Post a Comment