PANTUN adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang
berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun
lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah
lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagai alat
komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan
aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Ia begitu sinonim dengan
pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara dan Malaysia.Di Nusantara,
pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan dialek. Pantun juga
didapati turut berkembang di selatan Burma, Kepulauan Cocos, Sri Lanka,
Kemboja, Vietnam serta Afrika Selatan (kerana pengaruh imigran dari
Indonesia dan Malaysia).[ANI AWANG,Sumber : Utusan Malaysia (02/03/2006)]
Pantun dapat memperlihatkan kesopanan Melayu kerana percakapan
dalam pantun sentiasa beralas, suka berkias ibarat kerana sikap tolak
ansur yang tinggi dan merendah diri.
PEMANTUN TEKUN MENJANA IDEA UNTUK MENJUAL DAN MEMBELI PANTUN
- ITULAH SEDIKIT SEBANYAK TENTANG SEJARAH PANTUN. HARI INI TAJUK BERKENAAN PANTUN ADALAH KERANA PESTA PANTUN ANTARA DESASISWA 2012 (PADU) BARU SAHAJA TAMAT.
- AKU JUGA BARU PERTAMA KALI MELIBATKAN DIRI DALAM PADU INI.
- PADU INI DIADAKAN PADA 4-6 MEI DI KAMPUS KEJURUTERAAN USM. PADU SERTAI OLEH 11 DESASISWA SEMUANYA.
No comments:
Post a Comment