Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak
pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah
mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ
dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu
bahawasanyapohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah
terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah
mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada
tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri
dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga
mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini
bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat
dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan
kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita
sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah
pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
~♥:: Muslimah, jadilah seperti pohon semalu. Dirimu yang tajam bisa
mematahkan niat sesiapa yang ingin mendekatimu. Bila didekati, dirimu
menunjukkan sifat malu dan tak berkehendak. Namun dirimu masih mempunyai
keistimewaan dimana bunga semalu sangat cantik. Dan itulah ibarat
muslimah sejati. Walaupun cantik, tapi bukan mudah untuk didekati :: ~♥
~♥ Z.I. ♥~
credit: sendah hiasan wanita solehah
No comments:
Post a Comment