Kenapa dengan tiga benda tu?
Jawapannya adalah tiga benda tu la yg selalu saya hilang...huhu
PAYUNG dari warna pink, merah, ungu dan terbaru warna coklat
SPEK dari bingkai atas 2, warna merah bingkai penuh dan sekarang warna biru.
PENDRIVE dari 2GB, 4GB, 8GB dan terbaru 8GB juga.
juga supaya jangan cuai..
Alhamdulillah saya sangat bersyukur walaupun tiga benda tue selalu je 'menghilangkan diri' dari saya, saya tidaklah terlalu huru-hara. Saya relakan pemergian 'benda-benda' tersebut kerana saya yakin rezeki saya hanya seketika untuk memilikinya. Allah hanya memberi saya pinjam hanya untuk sementara sahaja,
Di atas dunia ini semuanya hanyalah pinjaman dan tiada yang kekal. sekiranya ditanya MANA MILIK KITA? kita tiada jawapan untuk mejawabnya. hal ini demikian kerana seluruh isi bumi ini hanyalah milik penciptanya iaitu Allah SWT. Bertapa pemurahnya Allah apabila menghidupkan kita diatas muka bumi ini dan memberi pinjam kepada kita banyak benda dan percuma. oleh itu, kita sebagai hambanya perlu sentiasa bersyukur atas kurniaanNya yang melimpah ruah. Allah hanya meminta kita mentaati suruhanNya sepertimana firman Allah:
Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zariyat: 56)
Apa yang ada pada kita hari ini hanya pinjaman kepada kita. jadi sekiranya "sesuatu' hilang anggaplah kita bukan pemiliknya lagi,
Begitu juga dengan diri kita, bukan selamanya kita kekal di alam dunia ini. hidup di dunia ini diibaratkan persinggahan kita bagi mencari bekalan menuju Akhirat. Jadi sementara kita masih hidup carilah kebaikan yang sebanyak mungkin yang akan membolehkan kita senang di akhirat kelak.
SEKIAN DULU...
No comments:
Post a Comment