Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Jadikan ilmu TAUHID sebagai PEGANGAN

Hari ini, dalam kelas HIA101 saya telah belajar tentang ilmu tauhid. Ingin sekali berkongsi sedikit ilmu semoga bermanfaat untuk kita semua.

Sebelum menghurai lebih lanjut "moleklah" kita memahami  apa itu tauhid?
Apakah maksud tauhid itu?
  • Kalimah tauhid membawa pengertian mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (SWT)  semata-mata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan.

Ilmu tauhid ini boleh dibagikan kepada tiga bahagian IAITU:
1. Tauhid Rububiyyah
2. Tauhid Uluhiyyah
3. Tauhid Asma' wa sifat 




Tauhid ar-Rububiyyah 
~ bermakna beri’tiqad bahawa Allah SWT  bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam. 

Tauhid al-Uluhiyyah 
~ bermakna menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi.


 Tauhid Asma' wa sifat 
~iatu beriman kepada nama-nama Allah dan sifat-sifatNya, sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah RasulNya Shallallaahu alaihi wa Salam menurut apa yang pantas bagi Allah Subhannahu wa Ta'ala, tanpa ta'wil dan ta'thil, tanpa takyif, dan tamtsil, (Dr.Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al fauzan)

firman Allah Subhannahu wa Ta'ala :
"Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Asy-Syura: 11)

 Allah menafikan jika ada sesuatu yang menyerupaiNya, dan Dia menetapkan bahwa Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Maka Dia diberi nama dan disifati dengan nama dan sifat yang Dia berikan untuk diriNya dan dengan nama dan sifat yang disampaikan oleh RasulNya. Al-Qur'an dan As-Sunnah dalam hal ini tidak boleh dilanggar, karena tidak seorang pun yang lebih mengetahui Allah daripada Allah sendiri, dan tidak ada sesudah Allah orang yang lebih mengetahui Allah daripada RasulNya.

Maka barangsiapa yang meng-ingkari nama-nama Allah dan sifat-sifatNya atau menamakan Allah dan menyifatiNya dengan nama-nama dan sifat-sifat makhlukNya, atau men-ta'wil-kan dari maknanya yang benar, maka dia telah berbicara tentang Allah tanpa ilmu dan berdusta terhadap Allah dan RasulNya.

Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman:
 "Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?" (Al-Kahfi: 15)

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
IBADAH
Firman Allah yang bermaksud :
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku."(Adz-Dzaariyaat: 56)

 Berdasarkan firman Allah di atas menunjukkan bahawa Allah mencipta manusia dan jin adalah untuk beribadat kepadaNya.

 Ibadah adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah, baik ibadah-ibadah khusus yang mempunyai aturan-aturan tertentu yang telah digariskan mahupun ibadah-ibadah umum yang lebih luas dan subjektif. Selagi mana sesuatu kebaikan itu dilakukan kerana Allah dan tidak bertentang dengan aturan Allah, maka ia termasuk dalam ibadah.

Terdapat beberapa jenis ibadat
1. Ibadat hati
       *cinta
       * takut
       * ikhlas
       * tawakal
       * sabar
2. Ibadat anggota
       * solat
       * puasa
       * haji
       * jihad
3. Ibadat lisan
       * doa
       * zikir
       *isti'azah
4. Ibadat harta
       * zakat
       * sembelihan
       * sedekah harta
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 to be continue-----------------> next

No comments:

Post a Comment