Alhamdulillah, hari ini adalah tarikh submit cadangan disertasi. Akhir berjaya juga menyiapkan cadangan disertasi dan berjaya menhantarnya pada hari ini. Moga-moga mendapat yang terbaik dan cadangan disertasi dapat diteruskan menjadi disertasi penuh. Apa-apa pun keputusannya nanti berserah sahaja pada Allah SWT.
~MOGA-MOGA DISERTASI YANG SEBENARNYA DAPAT DISIAPKAN TEPAT PADA WAKTUNYA DAN BAIK LAGI TERBAIK.
~MOGA-MOGA SEGALA HALANGAN DALAM MENYIAPKAN DISERTASI NANTI AKAN DAPAT DITEMPUHI DENGAN JAYA DAN KENTAL HATI.
~APA YANG PENTING TIDAK "TERTEKAN DAN MENEKAN"..HEHE
Wassalam
Adios
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al – Baqarah 2:216).
Masih Mencari
Assalamualaikum sebagai pembuka bicara, Alhamdulillah sebagai ucapan syukur ke atas penciptaku Allah SWT. Semoga Penciptaku sentiasa meredhaiku dan seluruh kehidupan umat Islam kesemuanya.
Dalam kesibukan menulis cadangan disertasi, teringin mencari ruang untuk mencoret sesuatu di laman blog ini. Di samping kesempatan untuk release tension dan gilap bakat menulis kasi berkilau-kilau.
Perkara yang ingin dikongsi ini ialah daripada ceramah yang bertajuk "Ilmu, Cinta dan Kehidupan" yang disampaikan oleh Ustaz Dusuki. Melihat kepada tajuknya sudah menarik. Semestinya isi jugak juga menarik dan bermanfaat. InsyaAllah..
Dalam hidup ini kita mesti mengetahui apa tujuan hidup kita?kenapa Allah menciptakan kita? Jawapanya ada di dalam al-Quran. Sebagai ringkasannya empat perkara yang perlu kita buat ialah seperti berikut:
1. Mencari hidayah Allah
2. Mencari keberkatan dalam hidup
3. Mencari keampunan Allah
4. Mencari keredhaan Allah
-Ya ALLAH kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Supaya kamilah antara Insan yang terpilih mendapat Mardhatillah. Aamiin..
Wassalam
Buenas noches!!!
Mencari Sesuatu yang hilang!
Assalamualaikum..
MUJAHADAH + ISTIQAMAH= BERJAYA.INSYAALLAH..
WASSALAM
ADIOS..
Alhamdulillah pada tarikh 7/12/13 pada pukul 1.45 pagi masih lagi diberi peluang untuk bernafas dibumi ini.
Mencari sesuatu yang hilang? bolehkah? mampukah? timbul pelbagai persoalan yang menambah kecelaruan fikiran. Kadang-kadang benda yang hilang itu boleh dijumpai semula, kadang-kadang tue dah xjumpa dah..teringat pada cerita seorang kawan, satu fail yang terdapat sekali sijil-sijil hilang dan hampir dua tahun kemudian dapat dijumpai semula..syukur masih rezeki.
Sememangnya setiap sesuatu itu tidak kekal. Hal ini kerana setiap sesuatu bukan milik kita. semuanya milik Allah azzawajalla. Itu cerita hilang barang, bagaimanakah pula sekiranya hilang iman? nauzubillah..
Sangat-sangat terasa sekarang ini yang mana kebiasaan pada masa dahulu tidak lagi mampu dilakukan pada masa kini. Apabila sekali meninggalkan amalan tersebut, menjadi susah untuk mula balik dan istiqamah. Susah sekali untuk bermujahadah. Terasa ingin kembali seperti dulu. Akan tetapi mana mungkin masa boleh diundur. Cuma yang penting gunakan masa sekarang ini dengan terbaik bukan memandang masa silam lagi. Sepatutnya umat islam itu, menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam, bukannya hari ini lebih teruk daripada semalam. sekiranya perkara itu berlaku maka malanglah kamu.
MUJAHADAH + ISTIQAMAH= BERJAYA.INSYAALLAH..
WASSALAM
ADIOS..
ALLAHU RABBI
Assalamualaikum..
Alhamdulillah ada kesempatan lagi untukku menulis coretan dalam blog ini. Sudah agak lama tidak menulis, sememangnya kekeringan idea.
Cepatnya masa berlalu, tahun Islam sudah masuk tahun baru, bagi tahun omputih plak masih bebaki beberapa hari lagi untuk ke tahun 2014.
walaupun dimana ku berada perjuangku masih belum selesai selagi masih adanya kehidupan. Sekarang ini sedang berperang untuk menyiapkan proposal. mengenangkan ia hatiku menjadi gundah -gelana. Timbul pelbagai persoalan, mampukah aku?.
Teringat pada kata-kata pensyarahku "perjuangan itu memerlukan kekuatan" tanpa kekuatan kita akan rebah. dalam proses menyiapkan cadangan proposal untuk disertasi ini memerlukan satu kekuatan yang luar biasa. ini baru cadangan belum lagi menyiapkan satu disertasi penuh. Walaupun susah, walaupun perit akan ku tempuhi kerana inilahlah jalan yang aku pilih,bukan..bukan..inilah jalan yang Allah pilih untuku. Allah tidak akan memberikan sesuatu itu pada seseorang hambanya tanpa kemampuan hambanya itu. Yakin itu!!! letaklah sepenuh kepercayaan pada Allah SWT.
Kesusahan yang dirasakan hari ini, mungkin akan menjadi satu nikmat pada masa akan datang. Semoga Allah memudahkan segalanya. Sebagai peringatan untuk diri ini, ingatlah kesusahan yang engkau lalui kini untuk menjadi pendorong untuk lebih bersemangat. Jangan menganggap itu sebagai kesusaha
n bahkan jadikan ia sebagi pencetus kepada segala gerak kerja.
Adios..

CINTA DALAM KETAATAN
Assalamualaikum...
Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk menyambung menulis. Sudah hampir dua bulan blog ini tidak diupdated. Jika sebelum ingin sekali menjadi istiqamah dalam menulis blog dan ingin sekali setiap bulan mesti menulis sesuatu yang baharu untuk blog ini. Akan tetapi disebabkan pelbagai faktor sebab dan musabab menyebabkan blog ini tidak diupdated hampir dua bulan. Sekiranya dulu masih pelajar undergraduated sekarang sudah bertukar status kepada pelajar postgraduate, Alhamdulillah. Sebenarnya saya baru sahaja bergraduate pada 23 September 2013. Sekarang dah sambung peringkat Master sangatlah menakutkan kerana awal-awal lagi, memerlukan kami memberi tajuk tesis. Pening memikirkan tajuk tesis, baru tajuk belum lagi menulis tesis. Perlu kepada kuatnya semangat untuk menempuh jalan yang dipilih ini. Apabila kita menetapkan tekad teruskan ke arahnya, selebihnya bertawakallah kepada Allah. Firman Allah ini sangat menenangkan hati yang sedang gundah gelana yang bermaksud:
“Apabila
kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada
Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal” ( Surah Ali
Imran :159).
Selagi kita tawakkal kepada Allah menunjukkan bertapa mahalnya kebergantungan kita kepada Allah SWT.
aik.. macam tak berkaitan dengan tajuk pun. Apa sebenarnya cinta dalam ketaatan itu?cinta kepada siapa?nantikan sambungannya...hehe
wassalam
Adios
Hasta Luego
...dan AKHIRNYA
Assalamualaikum...
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas lagi pada hari ini. Tinggal beberapa hari lagi untuk umat Islam menyambut Ramadhan al-Mubarak, semoga Allah memberi kesempatan itu.
Ya Allah...sekejapnya masa berlalu, kini aku sudah selesai final exam untuk final year. Selesai menjawab paper yang terakhir 26/6/2013, dengan itu secara tidak rasmi aku bukan lagi menjadi pelajar di universiti.Untuk menjadi rasminya bila konvo nanti..hehe xsabarnya. semoga Allah mempermudahkan segalanya. Kini, tibalah masanya untuk berkhidmat kepada masyarakat dan mencari pekerjaan.
opss!!!sebelum tue nak kongsikan pengalaman selepas exam..xbalik-balik rumah lagi. malam ni baru nak balik..gud bye!!!
Tak balik rumah bukan saja-saja tau, sebab kita ada aktiviti. Best kot aktiviti ni. Nama aktiviti ini adalah BAKTISISWA bersama adik-adik Orang Asli. Satu pengalaman yang baru buat diri ini. Sebelum aktiviti ini bermula, agak takut jugalah sebab fikir macam-macam tentang Orang Asli ni. Tapi Alhamdulillah mereka ni sangat best dan program pun berjalan dengan lancar. Dengan menyertai aktiviti ini aku rasakan ia amat bermakna untuk diri ini sebagai pengakhiran menjadi student di sini.
khusyuk memdengar arahan abg fesi |
di dalam DKX |
LDK-berbincang nama kumpulan |
Adik-adik bersama Pusat Sejahtera sesi penerangan cara pengambilan ubat yang betul |
bergambar dengan kakak-kakak fesi |
Pemenang no.1 reka cipta bahan terbuang dr kump 1 nilah hasilnya |
adik-adik dan kakak-kakak fesi |
PENYAKIT HATI DAN RAWATANNYA
Setiap insan dilahirkan dalam keadaan fitrah. Hati dan Ruhnya berada di dalam keadaan sempurna. Bersih daripada penyakit dan disinari cahaya tauhid. Ruh mengenali Tuhan. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-a'raf ayat 172;
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat
anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia
jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil bertanya
dengan firmanNya): “Bukankah aku Tuhan kamu?” Mereka semua menjawab:
“Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya
kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah
lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.
Berdasarkan hadis Rasulullah SAW bersabda: "setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapanyalah yang menjadikannya yahudi, nasrani dan majusi"( Hadis Riwayat Bukhari).
Selepas itu berlaku kelalaian atau penyelewengan. Kelalaian itu bermula dengan pandangan yang berasaskan sebab musabab dan kebergantungan kepada bermulanya ketika seorang bayi itu mulai ada sentuhan atau hubungan dengan ibunya. Selepas itu mula mempunyai kepercayaan, tingkah laku, perangai dan lain-lain daripada alam sekeliling. Semua ini membawa kepada penyelewengan, kelalaian dan keterlupaan.
Agama Islam datang untuk mengembalikan manusia kepada fitrah kejadiannya. Berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Rum ayat 30 bermaksud;
"(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah
dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama
yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) "agama Allah" - iaitu agama
yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari
semulajadinya) untuk menerimanya tidaklah patut ada sebarang perubahan
pada ciptaan Allah itu itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui.
Berdasarkan ayat di atas, manusia diciptakan Allah mempunyai naluri beragama iaitu agama tauhid. Jika ada manusia yang tidak beragama tauhid, maka adalah tidak wajar. Mereka tidak beragama tauhid itu adalah lantaran pengaruh lingkungan.
Berdasarkan ayat itu juga, fitrah atau asal kejadian manusia itu adalah dia menghadap dirinya kepada Allah tanpa berpaling kepada selainNya. Menghadap kepada Allah bererti Tauhid sementara berpaling kepada Allah bererti Syirik.
SIFAT-SIFAT HATI APABILA DISINARI TAUHID
1. Menjadikan seseorang itu melihat segala perbuatan Allah taala.
2. Segala musibah diterima dengan sabar, redha dan menyerah.
3. Akan subur padanya sifat-sifat tawakal (menyerah akibat sesuatu) kepada Allah, ikhlas, khusyuk dan merendah diri kepadaNya.
4. Mengenal Allah
5. Melihat segala nikmat dan bersyukur
6. Akan tertumpu pada agama Allah.
Hati yang disinari Tauhid, tiada ruang untuk dimasuki syirik sama ada besarnya atau kecilnya. Akan secara automatik melaksanakan menyembah Allah. Wujud sifat TAQWA iaitu tunduk dan patuh. Akhlak taqwa sentiasa cuba untuk menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Hati yang suci akan melahirkan akhlak yang mahmudah.
Jika sinar tauhid di hati terjejas (sama ada dari segi kepercayaan (iktiqad) atau perasaan). Maka akan wujud elemen syirik. Munculnya penyakit-penyakit dalaman/ hati seperti ujub, sombong, riya', hasad, ghurur dan lain-lain.
Asas kesihatan hati adalah Tauhid. Punca penyakit hati adalah syirik. Syirik akan menghalang cahaya iman/ tauhid.
PROSES MERAWAT HATI
1. Kenal pasti penyakit hati
2. Tazkiyah al-nafs (Mujahadah, Muhasabah dan Riadah al-nafs)
3. Berdoa (isti'anah dan isti'azah). Dalil: 'tidak akan suci hati seseorang itu melainkan dengan izin Allah'( an-nur:21)
wallahua'lam..
Konsep Umum Pendekatan ASWJ
Assalamualaikum...
1. Golongan yg benar-benar beriltizam dengan al-quran dan al-sunnah. Tidak menerima mana-mana pandangan sebelum selaraskan dengan alquran dan sunnah.
2. Mereka beriman dengan mudah kepada perkara ghaib,ketuhanan,kenabian dan hari akhirat disebabkan keimanan yang tulen dan jiwa yang bersih.
3. Keimanan dan keyakinan sepenuhnya terhadap kesempurnaan Islam,dalil dan ayat al quran. Islam dapat mengatur urusan kerohanisn dan kedunian.
4. Keyakinan penuh kepada Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan ajaran Islam dan mendidik penganutnya. Nabi telah terangkan keseluruhan ajaran Islam dan mendidik penganutnya. Nabi telah terangkan keseluruhan ajaran Islam terutama berkaitan dengan akidah. Setiap perkara akidah yang wajid diimani sudah di wahyukan kepada nabi dan nabi diterangkan melalui wahyu.
5. Akal tidak digunakan untuk sesuatu yang berada di luar kemampuan yang ditetapkan,contoh tentukan akidah dan perkara ghaib-gunakan sesuatu bkn kepada tempatnya. Mereka mendahulukan petunjuk al-quran dan sunnah.
6. ASWJ menerima sifat-sifat Allah yang dinyatakan dalam al-quran dan al-sunnah. Ini bertentangan Muztazilah yang menolak sifat-sifat tersebut yang bagi mereka tidak diterima.
7. Perbuatan manusia itu adalah ciptaan Allah tetapi manusialah yang memilihnya dan melakukannya melalui konsep al-kasb.
8. AWSJ mengakui imamah kesemua khalifah yang awal tanpa prejudis dan sepakat bahawa kepimpinan setelah Nabi Muhammad harus melalui pemilihan dan bukan melalui nas.
9. Imam Mazhad yang 4 adalah imam-imam yang Muktabar, perbezaan antara mereka adalah berkaitan khalifah yang dibenarkan.
10. Pelaku dosa besar masih dianggap seorang Muslim selagi tidak menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Tidak mengkafirkan seseorang Islam melainkannya melakukan perkara yang membatalkan keislamannya. Pelaku dosa besar tidak dihukum kafir tetapi dihukum fasik dan imannya tidak sempurna. Mati sebelum bertaubat,bergantung kepada kehendak Allah,azab,ampun namun tak kekal dalam neraka.
#iman blh adalah keyakinan,percakapan dan perbuatan yang membolehkan bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengsn maksiat.

KAEDAH TIPU DAYA AJARAN SESAT
Menurut al-Baghdadi dalam kitabnya al-Farq baina al-Firaq, antara
kaedah yang diguna pakai oleh kumpulan ajaran sesat seperti Batiniyah misalnya,
ialah dengan memperdayakan mangsa yang menjadi sasaran dengan sembilan langkah.
1. AT-TAFARRUS
iaitu menilik mangsa sama ada mampu dipengaruhi
atau tidak. Dalam hal ini, pemangsa kepada mangsa harus pandai menimbulkan
kekeliruan dan keraguan kepada mangsa terhadap apa yang diyakininya dan
mengetahui tafsiran batin terhadap nas-nas yang zahir.
2. AL-TA'NIS
iaitu pemangsa akan cuba memperlihatkan kebaikan
ajarannya dengan bersikap ramah mesra, menunjukkan watak seperti zuhud dan
warak bagi menarik minat mangsa. Pada tahap ini, sikap pemangsa akan
disesuaikan menurut cita rasa dan kesukaan mangsa. Kalau bangsa seorang peminum
arak, pemangsa juga akan turut serta dengan perlakuan tersebut.
3. AT-TASYKIK
iaitu cuba menimbulkan keraguan dengan cuba
bertanya perkara yang bukan-bukan dalam hal syariat seperti kenapa sembahyang
Zuhur empat rakaat, Subuh dua rakaat? Apabila mangsa tidak dapat menjawab,
pemangsa tidak terus memberi jawapannya, sebaliknya menangguhkan jawapan dengan
alasan pada masa ini jawapannya adalah rahsia.
4. AT-TA'LIQ
iaitu menggantung sementara jawapan rahsia tersebut
sebagaimana yang diterangkan di atas tadi.
5. AR-RABT
sekiranya mangsa ingin tahu juga tentang ilmu rahsia
itu, mereka diminta melakukan ikatan perjanjian. Sekiranya diberitahu tentang
rahsia tersebut mereka tidak akan membuka rahsia ajaran itu kepada orang lain.
Kemudian diajarkan kepada mereka rahsia batin daripada taklifan syariat.
Apabila telah mendapat ilmu batin, maka yang zahir tidak perlu dilaksanakan
lagi. Sebab itulah ada di antara mereka yang tidak sembahyang, tidak puasa dan
sebagainya tetapi sebaliknya menghalalkan pula yang haram seperti minum arak
dan berzina.
6. AT-TADLIS
iaitu pemangsa akan terus berhujah dengan
dalil-dalil al-Quran dan hadis dengan tafsiran yang berbeza dengan ulama
muktabar Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah. Mereka mengatakan bahawa yang zahir itu azab
dan yang batin itu rahmat.
7. AT-TA'SIS
iaitu meletakkan asas ajaran yang menyeleweng ke
dalam fikiran mangsa.
8. MAWATHIQ BI AL-IMAN WA `UHUD
pemangsa akan terus mengukuhkan
kepercayaan dan keyakinan mangsa terhadap ajaran dan perjanjian yang termeterai
antara mangsa dan kumpulan ajaran atau ketua mereka.
9. AL-KHALA' WA AL-SALAKH
tahap terakhir dengan sendirinya mangsa
akan terlucut dan terkeluar daripada ajaran Islam
sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0604&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive
3.7.1 Ajaran Sesat Di Kuala Lumpur
Finally i'm pass!!!
Assalamualaikum...
Hola!
29/05/13
Hola!
29/05/13
Yeay..finally I'm pass..all praise to Allah..Alhamdulillah akhir lulus juga aku ujian memandu ini setelah melalui pelbagai rintangan dan halangan.
Sekiranya ingin diimbas kembali kenangan semasa mengambil ujian memandu ini amatlah sakit sekali. Mula ambil lesen pada 7/12/11 dan tamat pada 29/5/13..Fuhh lama bangat, ambil masa bertahun-tahun.
Harap-harap berbaloilah, tidak takut untuk memandu!!!
Malam plak ada dinner kat Georgetown City Hotel. Kebetulan xmakan seharian bolehlah makan puas-puas..hhaha..maklumlah siang2 tadi xlalu nak makan walaupu tubuh terasa letih..nervous punya pasai..
Alhamdulillah rezeki masih ada lagi untuk hari ini bila dapat cabutan bertuah..sebenarnya nombor tue bukanlah nombor aku tetapi kawanku tidak suka nombor tersebut lalu menukarkannya dengan no ku..tup..tup..no itu yang bertuah. jadi hadiah tue milik aku..hihi
ini sahaja yang sedap.. |
antara no yg xbertuah..huahaha |
dan inilah no yang bertuah..tp bilala nak guna... |
Perlunya Mujahadah al-nafs
Assalamualaikum..
"Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima pertunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah pertunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa"
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".(al-Hujurat:13).
Kemudian disokong oleh hadis, nabi Muhammad SAW bersabda: "seseorang Muslim (mukmin) yang bergaul dengan manusia dan sabar terhadap segala kesusahan yang ditimbulkan mereka adalah lebih baik daripada seseorang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar terhadap kesusahan yang dialaminya kerana pergaulan tersebut". (HR. Ibnu Majah)
"orang yang beriman ialah seorang yang mudah bermesra dan dimesrai dan tiada kebaikan pada orang yang tidak bermesra dan dimesrai". ( HR. Tabrani).
Pemencilan diri yang asli bagi orang yang beriman ialah memisahkan dirinya daripada unsur-unsur kufur, nifaq dan yang terbuka untuk pembetulan dan penambaikan. Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)". (surah Maryam:48).
"Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s.) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): "Sesungguhnya kamu berlepas diri daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan pemusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata", tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagai mana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): "Wahai Tuhan kami kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah Kami ruju` bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!". (surah Mumtahanah :4).
"Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu)". (surah Al-An'am:68).
Daripada ayat al-quran ini dapat difahami bahawa pemencilan diri secara mutlak memang tiada asalnya dalam islam kecuali dalam keadaan seseorang meraskan tiada lagi jalan untuk pembetulan dan penambaikan situasi atau masyarakat.
Ini kerana peranan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran adalah sesuatu kewajipan ke atas umat islam.
2. AL-SUMTU ( Memelihara diri)
-Tujuannya ialah untuk melatih lidah, kerana lidah yang tidak terkawal sering membawa padah kepada tuannya. Sabda Rasulullah SAW:
"sesiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku bahawa dia akan menjaga apa yang berada dia antara dua janggutnya (misai dan janggut) dan apa yang ada antara kedua kakinya (alat kelamin) maka aku jamin syurga kepadanya". (HR.Bukhari)
"barangsiapa menjaga kepadaku unutk menjaga lidahnya dan kemaluannya aku jaminkan kepadanya syurga" (HR. Bukhari)
Oleh itu, seseorang muslim mestilah memelihara lidahnya, dengan tidak menggunakannya melainkan untuk kebaikan semata-mata. Lidah tidak harus digunakan unutk perkara-erkara yang melalaikan lebih-lebih lagi untuk kejahatan. Elakkan dari ghibah ( mengumpat/ fitnah), humazah (pengumpat), namimah (mengadu domba). " barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia bercakap dengan perkataan yang baik atau ia diam sahaja (HR. Bukhari)
Lidah ini perlu dikawal dan dilatih, mendiamkan diri adalah sebaik-baik jalan untuk melatih lidah dan mengawalnya. Berdiam diri sementara waktu juga perlu sebagai usaha melatih atau mengawal lidah. Diam yang menjadi salah satu syarat mujahadah al-nafs ini juga bersifat sementara dengan maksud melatih dan mengawal lidah terutama dalam keadaan yang memerlukan perkataan yang diucapkan. Jika dalam keadaan berkata-kata seperti menyuruh makhruf atau mencegah daripada mungkar, maka diam dalam keadaan ini adalah tidak wajar, malah kata-kata yang baik juga harus mengungkapkan dengan "hikmah". Firman Allah yang bermaksud:
"Allah menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang dalam tentang al-quran ) kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barang siapa yang dianugerahi hikmat, ia benar-benar telah dianugerahkan kurnia yang banyak dan hanya orang-orang yang barakallah".( al-Baqarah: 269)
3. AL-JU' (Berlapar)
-Prinsip umum Islam dalam isu pemakanan ialah makan sekadar menguatkan tubuh supaya dapat menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap Allah dan sesama manusia. Makan labih kadar ini sehingga kenyang adalah diharuskan (mubah). Makan lebih daripada kenyang adalah tidak digalakkan kerana termasuk di dalam perbuatan berlebihan yang dilarang. Firman Allah:
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas". (al-a'raf :31).
Makan/ minum lebih daripada kadar yang perlu adalah perbuatan menurut nafsu. Perbuatan yang demikian walaupun daripada bahan-bahan yang halal adalah tidak secucuk dengan citarasa Islam, terutama apabila dinilai dari sudut kerohanian atau akhlak islam.
Makan minum yang ideal dalam ajaran islam ialah sepertimana yang tersebut dalam hadis Rasulullah Saw:
"memadailah anak Adam itu memakan beberapa suap makanan yang menegapkan tubuhnya. Salurannya tidak berupaya berbuat demikian".
4. AL-SAHRU ( Berjaga Malam)
-Kewajipan dalam hidup terlalu banyak. Jikan seseorang tidak dapat mendisiplinkan dirinya dari segi tidurnya, maka ini sering merugikannya. Tidur yang dikawal lebih melepaskan peluang yang banyak terutama waktu-waktu ibadat yang penting dan perlu direbut seperti solat al-fajar, solat berjamaah, beristighfar waktu dinihari dan solat Tahajjud.
Di dalam islam, waktu malam ada kelebihannya yang tersendiri, antaranya, Firman Allah yang bermaksud:
"Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya". (surah al-muzammil:6)
Hadis: "dikatakan telah ditanya wahai Rasulullah! doa manakah yang lebih didengar (diterima) oleh Allah? Baginda menjawab: doa yang dipohonkan ditengah malam (dinihari) dan yang dipohonkan selepas solat waktu." ( HR. Tirmizi)
Berjaga malam yang menjadi salah satu syarat utama Mujahadah al-nafs ialah diisi dengan ibadat, ilmu, zikrullah seperti membaca al-quran dan lain-lain serta amalan-amalan kebajikan lain seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah bersama para sahabat baginda. Seseorang Muslim dituntut memelihara hak diri dan kesihatan dengan memenuhi keperluan-keperluan tubuhnya seperti tidur yang cukup. Oleh itu seseorang perlu membuat penyelesaian tertentu (adjustments) untuk menggantikan waktu lain untuk memenuhi keperluan dirinya kepada tidur sebentar sebelum zohor dan lain-lain.
RUMUSAN
Dengan kawalan ke atas pergaulan, percakapan, pemakanan dan tidur, seseorang boleh mengawal banyak keinginan-keinginan diri (nafs). Ruhaniah akan bertambah subur dan akan membawanya kepada kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat dengan izin dan bantuan daripada Allah jua.
Sedikit perkongsian tentang Mujahadah al-nafs. Apa itu Mujahadah al-nafs? Perkataan Mujahadah al-nafs berasal daripada perkataan arab (جاهد) yang bermaksud berjuang,berusaha bersungguh-sungguh. Bukan (جحد) yang bermaksud mengingkari. Manakala dari segi istilah pula, mujahadah al-nafs (مجاهدة النفس) bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh memperbaiki diri dan meletakkannya di atas landasan yang ditetapkan oleh syarak. Mujahadah juga bermaksud merawat diri daripada penyakit-penyakit berupa sifat-sifat mazmumah dan kecenderungan-kecenderungan jahat disamping menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Natijah dan kesan yang diharapkan daripada mujahadah adalah mendapat hidayah Allah SWT. Berdasarkan Firman Allah yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh
kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin
mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta
beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah
adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya". (al- Ankabut: 69)
Berdasarkan maksud ayat ini, bererti bahawa Mujahadah adalah saranan kepada hidayah Allah. Sementara dalan surah Muhammad ayat 17, Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima pertunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah pertunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa"
Tahap Mujahadah al-nafs
1. Keimanan kepada Allah ( Tauhid) dan percaya kepada kerasulan nabi Muhammad SAW.
2. Melakukan perkara wajib seperti solat,puasa dan zakat.
3. Melakukan ibadat-ibadat sunat atau nawafi.
Rukun Mujahadah al-nafs / aspek utama
1. AL-UZLAH (Pengasingan diri)
Al- Uzlah bermaksud pemencilan diri buat sementara waktu sebagai suatu rukun/ syarat utama mujahadah al-nafs yang bertujuan untuk membina ruhaniah seseorang. Pemencilan daripada pencampuran dengan orang ramai untuk memberi kesempatan kepada diri membuat penilaian peribadi/ kritikan diri.
Dengan ini penyakit-penyakit hati akan dapat dikenal pasti seterusnya dirawati. Tindakan begini merupakan sesuatu yang perlu dari masa ke masa di dalam kehidupan seseorang muslim. Perlu menepati peranan/ status seseorang. Berdasarkan hadis: "sesungguhnya untuk dirimu ke atasmu hak, dan untuk tuhanmu ke atas engkau hak". (HR. Tirmizi).

Al- Uzlah bukan sesuatu yang asli di dalam kehidupan seseorang Muslim, kerana seorang Muslim ditentukan supaya bercampur gaul dan bermesra.Berdasarkan firman Allah,
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".(al-Hujurat:13).
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan
keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya".( ali Imran: 104).
Kemudian disokong oleh hadis, nabi Muhammad SAW bersabda: "seseorang Muslim (mukmin) yang bergaul dengan manusia dan sabar terhadap segala kesusahan yang ditimbulkan mereka adalah lebih baik daripada seseorang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar terhadap kesusahan yang dialaminya kerana pergaulan tersebut". (HR. Ibnu Majah)
"orang yang beriman ialah seorang yang mudah bermesra dan dimesrai dan tiada kebaikan pada orang yang tidak bermesra dan dimesrai". ( HR. Tabrani).
Pemencilan diri yang asli bagi orang yang beriman ialah memisahkan dirinya daripada unsur-unsur kufur, nifaq dan yang terbuka untuk pembetulan dan penambaikan. Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)". (surah Maryam:48).
"Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s.) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): "Sesungguhnya kamu berlepas diri daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan pemusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata", tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagai mana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): "Wahai Tuhan kami kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah Kami ruju` bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!". (surah Mumtahanah :4).
"Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu)". (surah Al-An'am:68).
Daripada ayat al-quran ini dapat difahami bahawa pemencilan diri secara mutlak memang tiada asalnya dalam islam kecuali dalam keadaan seseorang meraskan tiada lagi jalan untuk pembetulan dan penambaikan situasi atau masyarakat.
Ini kerana peranan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran adalah sesuatu kewajipan ke atas umat islam.
2. AL-SUMTU ( Memelihara diri)
-Tujuannya ialah untuk melatih lidah, kerana lidah yang tidak terkawal sering membawa padah kepada tuannya. Sabda Rasulullah SAW:
"sesiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku bahawa dia akan menjaga apa yang berada dia antara dua janggutnya (misai dan janggut) dan apa yang ada antara kedua kakinya (alat kelamin) maka aku jamin syurga kepadanya". (HR.Bukhari)
"barangsiapa menjaga kepadaku unutk menjaga lidahnya dan kemaluannya aku jaminkan kepadanya syurga" (HR. Bukhari)
Oleh itu, seseorang muslim mestilah memelihara lidahnya, dengan tidak menggunakannya melainkan untuk kebaikan semata-mata. Lidah tidak harus digunakan unutk perkara-erkara yang melalaikan lebih-lebih lagi untuk kejahatan. Elakkan dari ghibah ( mengumpat/ fitnah), humazah (pengumpat), namimah (mengadu domba). " barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia bercakap dengan perkataan yang baik atau ia diam sahaja (HR. Bukhari)
Lidah ini perlu dikawal dan dilatih, mendiamkan diri adalah sebaik-baik jalan untuk melatih lidah dan mengawalnya. Berdiam diri sementara waktu juga perlu sebagai usaha melatih atau mengawal lidah. Diam yang menjadi salah satu syarat mujahadah al-nafs ini juga bersifat sementara dengan maksud melatih dan mengawal lidah terutama dalam keadaan yang memerlukan perkataan yang diucapkan. Jika dalam keadaan berkata-kata seperti menyuruh makhruf atau mencegah daripada mungkar, maka diam dalam keadaan ini adalah tidak wajar, malah kata-kata yang baik juga harus mengungkapkan dengan "hikmah". Firman Allah yang bermaksud:
"Allah menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang dalam tentang al-quran ) kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barang siapa yang dianugerahi hikmat, ia benar-benar telah dianugerahkan kurnia yang banyak dan hanya orang-orang yang barakallah".( al-Baqarah: 269)
3. AL-JU' (Berlapar)
-Prinsip umum Islam dalam isu pemakanan ialah makan sekadar menguatkan tubuh supaya dapat menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap Allah dan sesama manusia. Makan labih kadar ini sehingga kenyang adalah diharuskan (mubah). Makan lebih daripada kenyang adalah tidak digalakkan kerana termasuk di dalam perbuatan berlebihan yang dilarang. Firman Allah:
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas". (al-a'raf :31).
Makan/ minum lebih daripada kadar yang perlu adalah perbuatan menurut nafsu. Perbuatan yang demikian walaupun daripada bahan-bahan yang halal adalah tidak secucuk dengan citarasa Islam, terutama apabila dinilai dari sudut kerohanian atau akhlak islam.
Makan minum yang ideal dalam ajaran islam ialah sepertimana yang tersebut dalam hadis Rasulullah Saw:
"memadailah anak Adam itu memakan beberapa suap makanan yang menegapkan tubuhnya. Salurannya tidak berupaya berbuat demikian".
4. AL-SAHRU ( Berjaga Malam)
-Kewajipan dalam hidup terlalu banyak. Jikan seseorang tidak dapat mendisiplinkan dirinya dari segi tidurnya, maka ini sering merugikannya. Tidur yang dikawal lebih melepaskan peluang yang banyak terutama waktu-waktu ibadat yang penting dan perlu direbut seperti solat al-fajar, solat berjamaah, beristighfar waktu dinihari dan solat Tahajjud.
Di dalam islam, waktu malam ada kelebihannya yang tersendiri, antaranya, Firman Allah yang bermaksud:
"Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya". (surah al-muzammil:6)
Hadis: "dikatakan telah ditanya wahai Rasulullah! doa manakah yang lebih didengar (diterima) oleh Allah? Baginda menjawab: doa yang dipohonkan ditengah malam (dinihari) dan yang dipohonkan selepas solat waktu." ( HR. Tirmizi)
Berjaga malam yang menjadi salah satu syarat utama Mujahadah al-nafs ialah diisi dengan ibadat, ilmu, zikrullah seperti membaca al-quran dan lain-lain serta amalan-amalan kebajikan lain seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah bersama para sahabat baginda. Seseorang Muslim dituntut memelihara hak diri dan kesihatan dengan memenuhi keperluan-keperluan tubuhnya seperti tidur yang cukup. Oleh itu seseorang perlu membuat penyelesaian tertentu (adjustments) untuk menggantikan waktu lain untuk memenuhi keperluan dirinya kepada tidur sebentar sebelum zohor dan lain-lain.
RUMUSAN
Dengan kawalan ke atas pergaulan, percakapan, pemakanan dan tidur, seseorang boleh mengawal banyak keinginan-keinginan diri (nafs). Ruhaniah akan bertambah subur dan akan membawanya kepada kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat dengan izin dan bantuan daripada Allah jua.
Tidak kusangka!!!
Assalamualaikum y Hola!!!
Alhamdulillah..
May19 2013...ye hari ini adalah hari yang sangat bermakna kerana hari ini adalah hari kelahiran saya yang ke dot dot...hehe
kalau dulu-dulu nak nyanyi sebuah lagi tue apabila sampai kepada umurku spt hari ini...lagunya macam ni " Ya Rabbana, hamba banyak dosa Ya Rabbana..lala dah xingat dah sekarang n lagu tue pun dah xjumpa lagi...huhu sedih..
"Allahummaj a'lni min i'badika syakuro"
~ Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku daripada kalangan hamba²-Mu yang bersyukur, amin~
Sangat bersyukur apabila masih diberi nyawa untuk bernafas..semoga amanah ini dapat dijaga dengan baik.
Dengan keizinan Allah jugalah saya dapat menyambut hari kelahiran yang ke dot dot ini. Pada tarikh ini juga Allah memberi peluang untuk melancong ke Cameron Highland. Sangat kebetulan. Hebat perancangan Allah itu.
Pada hari kelahiran kali ini banyak sekali yang Allah bagi kepadaku, bermulanya dengan melancong ke Cameron Highlands. Pada malamnya pula tepat pada pukul 12 malam 19 mei 2013, ada plak kawan2 yang datang buat 'kejutan'..xtaula bila masa diorang ni planning...patutla bising dan ceria semacam jer.,tuela xambik kisah sangat..padan muka.
Yelah dah lewat malam mesti la nak tidur, dah esok nak bagun awal lg. Aku pun tidurla...aku pun hairan la jugak kenapa la diorang xnak tidur2 lagi dan masih aktif lagi. Dan apabila jer aku mula-mula nak lena-lena ayam ini, mereka mula beraktiviti,,tapi sayang 'timing xkena. apa yang mereka cuba lakukan padaku?owho..mereka cuba untuk menconteng mukaku ..dasyat2 palanning mereka dalam mengsurprisekan aku..tapi disebabkan aku ni sensitif maka aku terjagala tanpa mereka sempat membuat apa-apa..haha. akan tetapi bagi menghargai usaha mereka yang berusaha meraikan hari kelahiranku, aku relakan saja mereka menconteng wajahku ini dalam keadaan sedar..kemudian bergemalah ucapan hari lahir drp dyorang..seronok juga sebenarnya,maklumlah 1st time. Terima Kasih sahabat kerana sanggup mengorbankan masa tidurmu semata-mata untuk meraikannya walaupun dalam bentuk yang agak 'ekstrem'..
Kemudiaanya, bertali aruslah ucapan hari lahir di Fb, PM dan juga melalui message. Huhu itu tandanya ada lagi orang yang masih mengingati diri ini.
Keesokan harinya, ingatkan dah habis kejutan yang xmenjadi malam tadi, rupa-rupanya ada lagi. Kejutan ni lebih gempak kot dari semalam..Bermula apabila kami bertolak balik ke Penang, namaku dipanggil oleh pemandu pelancong dan menyuruhku berdiri..mulalah fikir kenapa la pulak tiba-tiba panggil nama aku ni? Dia kata aku telah kehilangan kad bank dan mendapat panggilan dari seseorang yang menjumpai kad itu..what!!! maka terkezutlah diri ini. Aku pun dipanggil kehadapan untuk memastikan kad itu..apabila aku cek dalam ada jer semua kad-kad dalam beg..baru perasan trick diorang..haha
Buat-buat biasa jela...haha kesian kat diorang, dah puas kenakan aku kemudian mereka menyanyi lagu 'selamat hari lahir' padaku..malu kot satu bas plak tue...then yang paling heppy dapat adiah..haha..bila dah bg ucapan semua, baru dapat tahu rupa-rupanya rancangan kawan-kawanku pada kesinambungan malam tadi. Time Kasih pada teman-teman dan sahabat-sahabatku yang sanggup berusaha membuat kejutan pada diriku ini. Aku amat menghargai usaha kalian. Semoga pada hari kelahiran kalian pun akan turut diraikan dengan lebih hebat lagi.. Mungkin kenangan ini akan kekal tersemat dalam sanubari hatiku kerana pada kali ini pertama kali aku dirai sebegitu..sangat terharu..sob3x..
Kejutan ke 3 apabila ada orang ketuk pintu bilik...bila bukak pintu, xde plak orangnya. rupa-rupanya ada hadiah kat bawah.aduii sapala pengirimnya xdapat dikesan dahla xde nama...walau siapa anda terima kasih saya ucapkan. kejutan ke-4 pula....ada lagi ke?
ni dapat drp ira & aisyah |
~aku tidak pandai untuk menghargai diri kalian.
Terima Kasih kerana menghargai diriku. Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Semoga Allah mengurniakan sebanyak-banyak kebaikan ke atas kamu semua.
Terima Kasih kerana menghargai diriku. Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Semoga Allah mengurniakan sebanyak-banyak kebaikan ke atas kamu semua.
adios
#xpandai nak menulis dengan baik.
ni drp pak cik pemandu pelancong |
ni hadiah secret admired |
ini hadiah drp pak cik bas |
Subscribe to:
Posts (Atom)