Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

KAEDAH TIPU DAYA AJARAN SESAT




Menurut al-Baghdadi dalam kitabnya al-Farq baina al-Firaq, antara kaedah yang diguna pakai oleh kumpulan ajaran sesat seperti Batiniyah misalnya, ialah dengan memperdayakan mangsa yang menjadi sasaran dengan sembilan langkah. 

1. AT-TAFARRUS 
iaitu menilik mangsa sama ada mampu dipengaruhi atau tidak. Dalam hal ini, pemangsa kepada mangsa harus pandai menimbulkan kekeliruan dan keraguan kepada mangsa terhadap apa yang diyakininya dan mengetahui tafsiran batin terhadap nas-nas yang zahir. 

2. AL-TA'NIS
iaitu pemangsa akan cuba memperlihatkan kebaikan ajarannya dengan bersikap ramah mesra, menunjukkan watak seperti zuhud dan warak bagi menarik minat mangsa. Pada tahap ini, sikap pemangsa akan disesuaikan menurut cita rasa dan kesukaan mangsa. Kalau bangsa seorang peminum arak, pemangsa juga akan turut serta dengan perlakuan tersebut. 

3. AT-TASYKIK
 iaitu cuba menimbulkan keraguan dengan cuba bertanya perkara yang bukan-bukan dalam hal syariat seperti kenapa sembahyang Zuhur empat rakaat, Subuh dua rakaat? Apabila mangsa tidak dapat menjawab, pemangsa tidak terus memberi jawapannya, sebaliknya menangguhkan jawapan dengan alasan pada masa ini jawapannya adalah rahsia. 

4. AT-TA'LIQ
 iaitu menggantung sementara jawapan rahsia tersebut sebagaimana yang diterangkan di atas tadi. 

5. AR-RABT
 sekiranya mangsa ingin tahu juga tentang ilmu rahsia itu, mereka diminta melakukan ikatan perjanjian. Sekiranya diberitahu tentang rahsia tersebut mereka tidak akan membuka rahsia ajaran itu kepada orang lain. Kemudian diajarkan kepada mereka rahsia batin daripada taklifan syariat. Apabila telah mendapat ilmu batin, maka yang zahir tidak perlu dilaksanakan lagi. Sebab itulah ada di antara mereka yang tidak sembahyang, tidak puasa dan sebagainya tetapi sebaliknya menghalalkan pula yang haram seperti minum arak dan berzina.

6. AT-TADLIS
iaitu pemangsa akan terus berhujah dengan dalil-dalil al-Quran dan hadis dengan tafsiran yang berbeza dengan ulama muktabar Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah. Mereka mengatakan bahawa yang zahir itu azab dan yang batin itu rahmat.

7. AT-TA'SIS
 iaitu meletakkan asas ajaran yang menyeleweng ke dalam fikiran mangsa. 

8. MAWATHIQ BI AL-IMAN WA `UHUD
 pemangsa akan terus mengukuhkan kepercayaan dan keyakinan mangsa terhadap ajaran dan perjanjian yang termeterai antara mangsa dan kumpulan ajaran atau ketua mereka.

9. AL-KHALA' WA AL-SALAKH
 tahap terakhir dengan sendirinya mangsa akan terlucut dan terkeluar daripada ajaran Islam



sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0604&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive
3.7.1    Ajaran Sesat Di Kuala Lumpur

Finally i'm pass!!!

Assalamualaikum...
Hola!
29/05/13

Yeay..finally I'm pass..all praise to Allah..Alhamdulillah akhir lulus juga aku ujian memandu ini setelah melalui pelbagai rintangan dan halangan.

Sekiranya ingin diimbas kembali kenangan semasa mengambil ujian memandu ini amatlah sakit sekali. Mula ambil lesen pada 7/12/11 dan tamat pada 29/5/13..Fuhh lama bangat, ambil masa bertahun-tahun.
Harap-harap berbaloilah, tidak takut untuk memandu!!!

Malam plak ada dinner kat Georgetown City Hotel. Kebetulan xmakan seharian bolehlah makan puas-puas..hhaha..maklumlah siang2 tadi xlalu nak makan walaupu tubuh terasa letih..nervous punya pasai..

Alhamdulillah rezeki masih ada lagi untuk hari ini bila dapat cabutan bertuah..sebenarnya nombor tue bukanlah nombor aku tetapi kawanku tidak suka nombor tersebut lalu menukarkannya dengan no ku..tup..tup..no itu yang bertuah. jadi hadiah tue milik aku..hihi


ini sahaja yang sedap..

antara no yg xbertuah..huahaha

dan inilah no yang bertuah..tp bilala nak guna...

Perlunya Mujahadah al-nafs

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian tentang Mujahadah al-nafs. Apa itu Mujahadah al-nafs? Perkataan  Mujahadah al-nafs berasal daripada perkataan arab  (جاهد) yang bermaksud berjuang,berusaha bersungguh-sungguh. Bukan (جحد) yang bermaksud mengingkari. Manakala dari segi istilah pula, mujahadah al-nafs (مجاهدة النفس) bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh memperbaiki diri dan meletakkannya di atas landasan yang ditetapkan oleh syarak. Mujahadah juga bermaksud merawat diri daripada penyakit-penyakit berupa sifat-sifat mazmumah dan kecenderungan-kecenderungan jahat disamping menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Natijah dan kesan yang diharapkan daripada mujahadah adalah mendapat hidayah Allah SWT. Berdasarkan Firman Allah yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya". (al- Ankabut: 69)

Berdasarkan maksud ayat ini, bererti bahawa Mujahadah adalah saranan kepada hidayah Allah. Sementara dalan surah Muhammad ayat 17, Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima pertunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah pertunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa"

 Tahap Mujahadah al-nafs
1. Keimanan kepada Allah ( Tauhid) dan percaya kepada kerasulan nabi Muhammad SAW.
2. Melakukan perkara wajib seperti solat,puasa dan zakat.
3. Melakukan ibadat-ibadat sunat atau nawafi.

Rukun Mujahadah al-nafs / aspek utama

1. AL-UZLAH (Pengasingan diri)
Al- Uzlah bermaksud pemencilan diri buat sementara waktu sebagai suatu rukun/ syarat utama mujahadah al-nafs yang bertujuan untuk membina ruhaniah seseorang. Pemencilan daripada pencampuran dengan orang ramai untuk memberi kesempatan kepada diri membuat penilaian peribadi/ kritikan diri.
Dengan ini penyakit-penyakit hati akan dapat dikenal pasti seterusnya dirawati. Tindakan begini merupakan sesuatu yang perlu dari masa ke masa di dalam kehidupan seseorang muslim. Perlu menepati peranan/ status seseorang. Berdasarkan hadis: "sesungguhnya untuk dirimu ke atasmu hak, dan untuk tuhanmu ke atas engkau hak". (HR. Tirmizi).
Al- Uzlah bukan sesuatu yang asli di dalam kehidupan seseorang Muslim, kerana seorang Muslim ditentukan supaya bercampur gaul dan bermesra.Berdasarkan firman Allah,

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".(al-Hujurat:13).

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya".( ali Imran: 104).

Kemudian disokong oleh hadis, nabi Muhammad SAW bersabda: "seseorang Muslim (mukmin) yang bergaul dengan manusia dan sabar terhadap segala kesusahan yang ditimbulkan mereka adalah lebih baik daripada seseorang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar terhadap kesusahan yang dialaminya kerana pergaulan tersebut". (HR. Ibnu Majah) 

"orang yang beriman ialah seorang yang mudah bermesra dan dimesrai dan tiada kebaikan pada orang yang tidak bermesra dan dimesrai". ( HR. Tabrani). 

Pemencilan diri yang asli bagi orang yang beriman ialah memisahkan dirinya daripada unsur-unsur kufur, nifaq dan yang terbuka untuk pembetulan dan penambaikan. Allah berfirman yang bermaksud:
 
 "Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)". (surah Maryam:48).

 "Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s.) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): "Sesungguhnya kamu berlepas diri daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan pemusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata", tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagai mana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): "Wahai Tuhan kami kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah Kami ruju` bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!". (surah Mumtahanah :4).

"Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu)". (surah Al-An'am:68).

Daripada ayat al-quran ini dapat  difahami bahawa pemencilan diri secara mutlak memang tiada asalnya dalam islam kecuali dalam keadaan seseorang meraskan tiada lagi jalan untuk pembetulan dan penambaikan situasi atau masyarakat.
Ini kerana peranan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran adalah sesuatu kewajipan ke atas umat islam.

2. AL-SUMTU ( Memelihara diri)
 -Tujuannya ialah untuk melatih lidah, kerana lidah yang tidak terkawal sering membawa padah kepada tuannya. Sabda Rasulullah SAW:

"sesiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku bahawa dia akan menjaga apa yang berada dia antara dua janggutnya (misai dan janggut) dan apa yang ada antara kedua kakinya (alat kelamin) maka aku  jamin syurga kepadanya". (HR.Bukhari) 

"barangsiapa menjaga kepadaku unutk menjaga lidahnya dan kemaluannya aku jaminkan kepadanya syurga" (HR. Bukhari) 

Oleh itu, seseorang muslim mestilah memelihara lidahnya, dengan tidak menggunakannya melainkan untuk kebaikan semata-mata. Lidah tidak harus digunakan unutk perkara-erkara yang melalaikan lebih-lebih lagi untuk kejahatan. Elakkan dari ghibah ( mengumpat/ fitnah), humazah (pengumpat), namimah (mengadu domba). " barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia bercakap dengan perkataan yang baik atau ia diam sahaja (HR. Bukhari)

Lidah ini perlu dikawal dan dilatih, mendiamkan diri adalah sebaik-baik jalan untuk melatih lidah dan mengawalnya. Berdiam diri sementara waktu juga perlu sebagai usaha melatih atau mengawal lidah. Diam yang menjadi salah satu syarat mujahadah al-nafs ini juga bersifat sementara dengan maksud melatih dan mengawal lidah terutama dalam keadaan yang memerlukan perkataan yang diucapkan. Jika dalam keadaan berkata-kata seperti menyuruh makhruf atau mencegah daripada mungkar, maka diam dalam keadaan ini adalah tidak wajar, malah kata-kata yang baik juga harus mengungkapkan dengan "hikmah". Firman Allah yang bermaksud:

"Allah menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang dalam tentang al-quran ) kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barang siapa yang dianugerahi hikmat, ia benar-benar telah dianugerahkan kurnia yang banyak dan hanya orang-orang yang barakallah".( al-Baqarah: 269) 

3. AL-JU' (Berlapar)
-Prinsip umum Islam dalam isu pemakanan ialah makan sekadar menguatkan tubuh supaya dapat menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap Allah dan sesama manusia. Makan labih kadar ini sehingga kenyang adalah diharuskan (mubah). Makan lebih daripada kenyang adalah tidak digalakkan kerana termasuk di dalam perbuatan berlebihan yang dilarang. Firman Allah:

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas". (al-a'raf :31).

Makan/ minum lebih daripada kadar yang perlu adalah perbuatan menurut nafsu. Perbuatan yang demikian walaupun daripada bahan-bahan yang halal adalah tidak secucuk dengan citarasa Islam, terutama apabila dinilai dari sudut kerohanian atau akhlak islam.
Makan minum yang ideal dalam ajaran islam ialah sepertimana yang tersebut dalam hadis Rasulullah Saw: 
"memadailah anak Adam itu memakan beberapa suap makanan yang menegapkan tubuhnya. Salurannya tidak berupaya berbuat demikian".

4. AL-SAHRU ( Berjaga Malam)
-Kewajipan dalam hidup terlalu banyak. Jikan seseorang tidak dapat mendisiplinkan dirinya dari segi tidurnya, maka ini sering merugikannya. Tidur yang dikawal lebih melepaskan peluang yang banyak terutama waktu-waktu ibadat yang penting dan perlu direbut seperti solat al-fajar, solat berjamaah, beristighfar waktu dinihari dan solat Tahajjud.
Di dalam islam, waktu malam ada kelebihannya yang tersendiri, antaranya, Firman Allah yang bermaksud: 

"Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya". (surah al-muzammil:6)

Hadis: "dikatakan telah ditanya wahai Rasulullah! doa manakah yang lebih didengar (diterima) oleh Allah? Baginda menjawab: doa yang dipohonkan ditengah malam (dinihari) dan yang dipohonkan selepas solat waktu." ( HR. Tirmizi)

Berjaga malam yang menjadi salah satu syarat utama Mujahadah al-nafs ialah diisi dengan ibadat, ilmu, zikrullah seperti membaca al-quran dan lain-lain serta amalan-amalan kebajikan lain seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah bersama para sahabat baginda. Seseorang Muslim dituntut memelihara hak diri dan kesihatan dengan memenuhi keperluan-keperluan tubuhnya seperti tidur yang cukup. Oleh itu seseorang perlu membuat penyelesaian tertentu (adjustments) untuk menggantikan waktu lain untuk memenuhi keperluan dirinya kepada tidur sebentar sebelum zohor dan lain-lain.

RUMUSAN
Dengan kawalan ke atas pergaulan, percakapan, pemakanan dan tidur, seseorang boleh mengawal banyak keinginan-keinginan diri (nafs). Ruhaniah akan bertambah subur dan akan membawanya kepada kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat dengan izin dan bantuan daripada Allah jua.

Tidak kusangka!!!

 Assalamualaikum y Hola!!!

Alhamdulillah..

May19 2013...ye hari ini adalah hari yang sangat bermakna kerana hari ini adalah hari kelahiran saya yang ke dot dot...hehe
kalau dulu-dulu nak nyanyi sebuah lagi tue apabila sampai kepada umurku spt  hari ini...lagunya macam ni " Ya Rabbana, hamba banyak dosa Ya Rabbana..lala dah xingat dah sekarang n lagu tue pun dah xjumpa lagi...huhu sedih..

          "Allahummaj a'lni min i'badika syakuro"
~ Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku daripada kalangan hamba²-Mu yang bersyukur, amin~
 
Sangat bersyukur apabila masih diberi nyawa untuk bernafas..semoga amanah ini dapat dijaga dengan baik.

Dengan keizinan Allah jugalah saya dapat menyambut hari kelahiran yang ke dot dot ini. Pada tarikh ini juga Allah memberi peluang untuk melancong ke Cameron Highland. Sangat kebetulan. Hebat perancangan Allah itu.

Pada hari kelahiran kali ini banyak sekali yang Allah bagi kepadaku, bermulanya dengan melancong ke Cameron Highlands. Pada malamnya pula tepat pada pukul 12 malam 19 mei 2013, ada plak kawan2 yang datang buat 'kejutan'..xtaula bila masa diorang ni planning...patutla bising dan ceria semacam jer.,tuela xambik kisah sangat..padan muka.
Yelah dah lewat malam mesti la nak tidur, dah esok nak bagun awal lg. Aku pun tidurla...aku pun hairan la jugak kenapa la diorang xnak tidur2 lagi dan masih aktif lagi. Dan apabila jer aku mula-mula nak  lena-lena ayam ini, mereka mula beraktiviti,,tapi sayang 'timing xkena. apa yang mereka cuba lakukan padaku?owho..mereka cuba untuk menconteng mukaku ..dasyat2 palanning mereka dalam mengsurprisekan aku..tapi disebabkan aku ni sensitif  maka aku terjagala tanpa mereka sempat membuat apa-apa..haha. akan tetapi bagi menghargai usaha mereka yang berusaha meraikan hari kelahiranku, aku relakan saja mereka menconteng wajahku ini dalam keadaan sedar..kemudian bergemalah ucapan hari lahir  drp dyorang..seronok juga sebenarnya,maklumlah 1st time. Terima Kasih sahabat kerana sanggup mengorbankan masa tidurmu semata-mata untuk meraikannya walaupun dalam bentuk yang agak 'ekstrem'..
Kemudiaanya, bertali aruslah ucapan hari lahir di Fb, PM dan juga melalui message. Huhu itu tandanya ada lagi orang yang masih mengingati diri ini.

Keesokan harinya, ingatkan dah habis kejutan yang xmenjadi malam tadi, rupa-rupanya ada lagi. Kejutan ni lebih gempak kot dari semalam..Bermula apabila kami bertolak balik ke Penang, namaku dipanggil oleh pemandu pelancong dan menyuruhku berdiri..mulalah fikir kenapa la pulak tiba-tiba panggil nama aku ni? Dia kata aku telah kehilangan kad bank dan mendapat panggilan dari seseorang yang menjumpai kad itu..what!!! maka terkezutlah diri ini. Aku pun dipanggil kehadapan untuk memastikan kad itu..apabila aku cek dalam ada jer semua kad-kad dalam beg..baru perasan trick diorang..haha
Buat-buat biasa jela...haha kesian kat diorang, dah puas kenakan aku kemudian mereka menyanyi lagu 'selamat hari lahir' padaku..malu kot satu bas plak tue...then yang paling heppy dapat adiah..haha..bila dah bg ucapan semua, baru dapat tahu rupa-rupanya rancangan kawan-kawanku pada kesinambungan malam tadi. Time Kasih pada teman-teman dan sahabat-sahabatku yang  sanggup berusaha membuat kejutan pada diriku ini. Aku amat menghargai usaha kalian. Semoga pada hari kelahiran kalian pun akan turut diraikan dengan lebih hebat lagi.. Mungkin kenangan ini akan kekal tersemat dalam sanubari hatiku kerana pada kali ini pertama kali aku dirai sebegitu..sangat terharu..sob3x..

ni dapat drp ira & aisyah
Kejutan ke 3 apabila ada orang ketuk pintu bilik...bila bukak pintu, xde plak orangnya. rupa-rupanya ada hadiah kat bawah.aduii sapala pengirimnya xdapat dikesan dahla xde nama...walau siapa anda terima kasih saya ucapkan. kejutan ke-4 pula....ada lagi ke?

~aku tidak pandai untuk menghargai diri kalian.
Terima Kasih kerana menghargai diriku. Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Semoga Allah mengurniakan sebanyak-banyak kebaikan ke atas kamu semua.

wassalam
adios

#xpandai nak menulis dengan baik.




ni drp pak cik pemandu pelancong









ni hadiah secret admired




ini hadiah drp pak cik bas




APA YANG TELAH AKU SUMBANGKAN?

ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WASAHLAN YA REJAB..

post sahabat kat fb
Hari ini adalah 1 Rejab 1434. Alhamdulillah pembukaan pada hari ini adalah sangat mantap. Hal ini kerana selama belajar di universiti ini..inilah kali pertama beriadah di pagi hari..maen bola keranjang gitew..namun pada tahun terakhir ini (insya Allah) Allah bagi juga untuk merasa nikmat itu, wah!!!

Dikatakan hari yang mantap, kenapa?
sebab- jawapan umumnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan..sekurang-kurangnya keluar gak la peluh tu xde la asyik 'menternak lemak' jew koje.
-dapat eratkan silaturrrahim
-dapat 'happy-ii'
-n so on (depends on individual to describe it)
-dan yang penting sekali adalah bermain adalah bukan hanya sekadar bermain, pergi main then balik tanpa dapat apa-apa input.

Selepas bermain, kami sambung dengan sedikit pengisian. isunya apa yang blh kt kita kaitkan antara bermain bola dengan kehidupan kita. Maklumlah ada antara kami tak pernah pun main bola, ada yang malu-malu dan ada yang memang yang 'expect' dah...apa yang kami fokuskan di sini ialah kepada yang masih malu-malu dan teragak-agak untuk 'shoot' bola ke dalam net (entah bhs yg betulnya apa?)memang pada permulaannya ia sangat lah sukar dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku akan tetapi bila ada banyak percubaan ada  juga yang  berjaya menjaringkannya. Begitu jugalah dengan diri kita, mula-mula memang takut untuk melakukan perubahan namun apabila ada tekad yang tinggi boleh jer kita melakukan perubahan pada diri. 

Di dalam masyarakat pula apakah kita dapat sumbangkan untuk mengubah masyarakat dalam masalah sosial. Apakah sumbangan aku? selama aku hidup ini apa yang telah aku sumbangkan untuk membantu agama Allah? Mampukah menjadi khairun ummatin seperti mana yang di sebut dalam Surah Ali- Imran ayat 110.


'Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)'.
 
 
 
#Semoga saya, awak, dia dan mereka mampu menjadi 'khairun ummatin.
# Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan temukanlah kami dengan bulan Ramadhan. Amiin....
 
 
 
wassalam..
Adios..
 

FOR THE 1ST TIME IN MY LIFE

Assalamualaikum...salam pembukaan sebagai blog pertama pada bulan Mei ini, juga Salam Rejab (beberapa hari saja lagi). Umum mengetahui Pilihanraya ke-13 (PRU13) telah berlangsung pada 5 Mei 2013. Ini bermakna baru beberapa hari saja ianya berlalu. Alhamdulillah...pada PRU kali ini diri ini berpeluang untuk turut sama turun mengundi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Peace Yeo... Pertama kali turun mengundi pada umur seusia ini. Moga-moga ada lagi kesempatan untuk mengundi pada masa akan datang. Hal ini bermakna 4 tahun akan datang.

 Pengalaman pertama ini amatlah bermakna buat diriku.  Memandangkan tempat untuk mengundi itu dekat, Aq bersama kakak dan abang pergi mengundi dengan membonceng motosikal. Sudah lama rasanya tidak merasai perasaan itu. Hanya berkesempatan pada usia kanak-kanak dan remaja.oh indahnya..menghirup udara segar. walaupun cuaca panas terik itu tidak terasa bahangnya. Mungkin semangat mengundi pun satu..haha
Ini bukti saya telah mengundi


#semoga pilihan yang kita buat adalah pilihan yang terbaik untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama...untuk kini dan selamanya.
#menang kalah itu adat pertandingan...mohon yang menang itu melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik.

wassalam
adios


APABILA DIUJI

Assalamualaikum..

Teringin sekali mencatit pengalaman yang berlaku beberapa hari lepas. Ceritanya bermula semasa di dalam kelas HIU123, masuklah seorang Dr, terus mengedar kertas A4 kepada kami. Terpinga-pingalah kami ni. ada 'test' ke hari ni? wujudlah pelbagai soalan di minda masing-masing.

Kemudian apabila mendapat arahan daripada Dr. Memang benarlah, kami perlu menjawab 'test' yang telah beliau sediakan. Alamakk!!!

Apa yang lebih mengejutkan Dr menyuruh kami menterjemahkan ayat kursi untuk soalan pertama. hah! mampu???..walaupun sentiasa membaca ayat ini tetapi masih tidak mampu untuk menterjemahkannya. Agak memalukan. Nampak sangat hanya sekadar baca tetapi tidak menghayati maknanya. Selepas hari itu, terus berazam membacanya dan memahami maksudnya. Itu untuk soalan pertama, hanya mampu menjawab sekadarnya.. cuba memahaminya dengan pengetahuan bahasa arab yang tidak seberapa.

Untuk solan kedua pula, ayat kursi adalah ayat yang keberapa dan dari surah apa? mungkin ramai yang tahu ayat kursi ini berada di surah mana, tetapi tidak tahu ayat yang ke berapa. Aduii. Sangat cetek pengetahuannya.

Soalan ketiga pula ketika manakah kita perlu membaca surah ini? common jer kan soklan ni..hehhe

Soalan keempat pula , nyatakan frasa ayat yang menunjukkan tauhid Uluhiyyah, tauhid Rububiyyah dan Tauhid Asma' wa sifat.

Soalan kelima pula apakah khafiat yang diperolehi dengan membaca surah ini?

Begitulah ceritanya, walaupun sesuatu perkara yang kita biasa lakukan, sekiranya kita tidak menghayatinya kita akan buntu apabila ditanya tentangnya. Penagajarnya, untuk mengamal sesuatu itu, kita mesti ada ilmu. Dengan itu kita tidak menjadi ikut-ikutan dengan perbuatan orang lain. Taklid buta. Allahua'lam..

p/s:
Masih banyak benda lagi yang harus dipelajari.




sumber: DISINI

ALLAH PERMUDAHKAN KE MAJLIS ILMU

Assalamualaikum..

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...teringat lagu Raihan. Antaranya ialah sihat sebelum sakit. Alhamdulillah Allah masih memberi kesihatan untuk diri ini. Semoga nikmat Allah ini dapat digunakan untuk mendapat redhaNya. Bertapa beruntungnya diri kita apabila dilahirkan sebagai Islam. Apa-apa perkara yang kita lakukan jika diniatkan kerana Allah, ia dikirakan sebagai ibadah. Bertapa luasnya rahmat Allah kepada hambanya. Kiranya dari kita bangun tidur sampailah kita tidur balik, segala aktiviti yang kita lakukan diniatkan kerana Allah maka berpahala kita. Tambah saham akhirat. Sekiranya sebaliknya, maka tidak ada apa-apapun...kosong!nothing!

Alhamdulillah pada malam ini 25/03/13, aku masih diberikan kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh IM Azhar. Kali ini adalah kali ketiga beliau ke sini, bermakna tiga kali juga aku berkesempatan mendengar ceramahnya. Sepanjang ceramah beliau memang tiada masalah untuk mata terkantuk, malah rasa sekejap sahaja. 

Malam ini, Allah menguji aku tidak ada teman untuk bersamaku untuk ke sana. Walau bagaimanapun,aku bertekad juga untuk ke sana. Dalam fikiran dah fikir macam-macam, kadang-kadang ada juga bisikan yang melemahkan semangat. Aku terus bersemnagat untuk pergi ke sana walaupun berseorangan kerana aku percaya, aku bukan keseorangan kerana ada Allah bersamaku. 

Dengan langkah Bismillahitawakkaltualallah...aku melangkah dengan yakinnya..turun sahaja daripada tangga hostelku, ada beberapa adik-adik yang menegurku."akak nak pergi ke ceramah tue ke? jom pergi sama-sama". Dalam hatiku sangat-sangat bersyukur apabila Allah mengutuskan mereka kepadaku. Allah juga menambah kenalanku, aku boleh berkenalan dengan mereka, kerana selama ini tidak pernah kenal pun. Sweetnya Allah dalam perhitungannya, tidak pernah mengecewakan hambanya. Satu pengajaran yang aku dapat di sini, apabila ada majlis ilmu kuatkan tekad untuk menghadirinya, walaupun tanpa sahabat bersama-samamu, kerana Allah akan mempermudahkan urusanmu..Memetik kata-kata IM Azhar tadi, "orang yang memcintai majlis ilmu adalah orang yang mencintai taman-taman syurga, orang yang mencintai taman-taman syurga adalah orang yang mencintai syurga". AYUH BERSAMALAH KITA MENCINTAI MAJLIS ILMU, kerana seluruh malaikat turut mendoakan untuk kita sepanjang keberadaan kita dalam sesuatu majlis ilmu itu.

JOM MENCARI REDHA ALLAH, SEMOGA ALLAH REDHA!!!

WASSALAM
ADIOS
sahabat itu saling menguatkan

sahabat seperjalanan..

Assalamualaikum...

Bersama Ipin,Upin pun ada, tapi xde gambar dye..

Beberapa hari lepas pada 1-3 Mac 2013, aq bersama beberapa orang sahabat telah pergi ke Program Teknousahawan yang diadakan di Dataran Syeikh di negeri Perlis.Sebenarnya aku tidak merancang pun hendak pergi ke sana apatah lagi untuk berniaga..Pergi ni pun agak 'last minute'. Bertolak ke Perlis pada hari Jumaat,  pada petang Khamis dapat 'call' daripada seorang sahabat, dia mengajak aku bersamanya ke Perlis pada ke esokkannya..Untuk tidak menghampakan dia aku pergi jugak la..dia sebenarnya dapat tahu 'last minute' jugak kena pergi ke sana untuk pergi berniaga mewakili universiti.

Sebenarnya, semasa di dalam kelas,  aku dan sahabat ini bercadang untuk bertemu pada esokkannya (jumaat) untuk membincangkan beberapa perkara yang kami rancang pada tahun lepas lagi. Namun perancangan Allah lagi hebat. Kami merancangan untuk bertemu sehari sahaja akan tetapi Allah memberi kami berjumpa selama 3 hari. Alhamdulillah..sepanjang tiga hari tersebut banyak yang dapat 'taaruf' disamping membincangkan perkara yang telah kami rancang sebelum..

Sepanjang tiga hari itu jugaklah aku dapat lebih mengenali dia dengan lebih rapat lagi. Walaupun sebelum ini, aku sudah mengenali, tetapi hanya sekadar kenal yang biasa-biasa sahaja. Apabila ada peluang ini, aku dapat mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Cukup cantik perancangan Allah mempertemukan kami. Ya Allah, sahabatku itu mempunyai peribadi yang sangat bagus, jadi termalu sendiri bila dibandingkan dengan diri ini. Walaupun, hanya 3 hari kami bersama, dia seolah-olah dapat menarik ku untuk jadi lebih baik dengan akhlak dan aura positif yang ada pada dirinya.

'Sahabat itu adalah cerminan diri kita'. Apabila kita bertemu dengan sahabat yang baik, jangan sekali-kali melepaskannya. Peganglah dia erat-erat. Itulah sahabat seperjalananku. Semoga cita-cita yang telah kami rancang bersama dapat tercapai dengan izin Allah. Aamiin...

Adios
Maal Salamah
Hasta Luego


Formula? BuKAN DALAM MATEMATIK JER

Assalamualaikum..

 

Apa khabar semua? Que tal? how are you? kaifa halukum? Semoga sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu di samping orang tersayang.


Pernahkah anda menaniayai orang ataupun dianiayai? saja jer tanya,,hehe

Pernahkah anda menolong dan ditolong? semestinya pernahkan?


 Berdasarkan hadis;

'Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya'. 

 

Itulah janji Allah, kita mesti percaya dan yakin. Apabila kita menolong orang lain, Allah pula akan menolong kita. Sebagai contoh, kita menolong si A,  tetapi tidak semestinya si A akan menolong kita semula. Tetapi percayalah Allah mungkin menghantar si B, si C untuk menolong kita.

Hasil karya yang tak seberapa

Sukanya kalau ada orang yang datang menolong kita di saat-saat  kita  memerlukan pertolongan. sebenarnya ianya datang dari Allah, manusia hanyalah sebagai perantaraan.

Sangat-sangat sakit hati apabila ada orang menganiayai kita kan? disaat itu perlulah kita fikirkan mungkin kita pernah menaniayai orang lain juga. Penaniayaan itu mungkin kafarat dosa yang telah kita lakukan. Itulah formula Sunnatulallah.

 

~sekiranya kita dianiayai maka berdoalah supaya mereka mendapat hidayah Allah~

~ sekiranya ada orang datang menolong maka bersyukurlah~

#REFLEKSI DIRI..
 
WASSALAM
ADIOS

Kenapa Aku Berselawat?

Assalamualaikum wbt..

Wujud 'persoalan' kenapa aku perlu berselawat?

Tuntutan selawat ada dirakamkan dalam al-Quran di dalam surah Al-Ahzab ayat ke 56 yang berbunyi...  

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

Kita dituntut untuk berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana:
1. Sebagai doa kepada baginda Rasulullah SAW
2. Allah akan berselawat 10 kali kepada sesiapa yang berselawat 1 kali ke atas baginda Rasulullah SAW.
3. Dicatatkan 10 kebaikan (pahala)
4. Dihapuskan 10 keburukan (dosa)
5. dapat duduk bersama-sama baginda SAW di hari kiamat.
6. Mendapat doa daripada malaikat
7. Memohon wasilah kepada baginda SAW
8. Mendapat keampunan dosa serta dicukupkan keperluan dunia dan akhirat.
9. Mendapat syafaat pada hari kiamat
10. Nabi bersyukur kepada Allah bagi mereka yang berselawat kepada baginda SAW.
11. Supaya tidak menjadi orang  yang hina
12. Mencukupi mereka yang berada di sesuatu majlis- mengelakkan kita menyesal pada hari kiamat.
13. Bebas daripada sifat kikir
14. Supaya kita tidak tersalah menuju jalan ke syurga nanti

SUKA SUKI

senyum sokmo
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah sudah hampir seminggu dapat dilalui proses pembelajaran sejak kemasukan semester baru ni aka semester akhir pada saya. Setiap kali masuk semester baru aja mesti pasang azam dan niat yang baru. Bagus2... Moga-moga semester kali ini lebih baik daripada semester2 yang lepas. Jadikan semester kali ini adalah semester yang paling bermakna. Semoga Allah permudahkan segala urusan..Aamiin...

Setelah berada di semester akhir ni, terfikir banyak perkara suka dan duka yang dilalui sepanjang menjadi seorang mahasiswa. Sememangnya inilah jalan yang Allah telah pilih untuk kita. Setiap suka dan duka yang Allah anugerahkan kepada kita, sudah pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Setiap yang datang dari Allah adalah kebaikan. Cuma Allah yang mengetahui sesuatu perkara itu baik ataupun buruk untuk kita.

Sepanjang menjadi mahasiswa ini, tanya pada diri apa yang telah kau dapat? adakah jawapan untuk soalan itu? sekiranya ada kamu adalah seorang yang sedar. well done!!



HATI YANG SEDAR

Hati yang perlu hati-hati
Assalamualaikum...

Firman Allah SWT: "sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati ( yang sedar), yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadaNya (surah Qaf; 50:37)

Ya Allah, KURNIAKANLAH kepadaku hati seperti ini...

HATI YANG BERSIH
Firman Allah SWT: "sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih, bertambah-tambah bersih ( dengan iman dan amal kebajikan) - surah as-Syam; 91:9

HATI YANG LURUS
Firman Allah SWT: ( Mereka berdoa dengan  berkata) " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri  petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmatMu : Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya ( Surah Ali Imran; 3:8)

dan Kau PELIHARA daripadaku hati ini...

HATI YANG TERHIJAB (Tertutup)
Firman Allah SWT: "Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadaMu (al-Quran), padahal kami telah dijadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan kami jadikan pada teliinga mereka peyumbat ( yang menjadikan mereka tidak dapat mendengar." (surah al-An'am; 6:25).

~~new semester begin ( final year)
~~struggle begin


wassalam
adios
maal salamah