Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Education For All


Maksud
Satu inisiatif antarabangsa yang pertama kali dilancarkan di Jomtien, Thailand (1990)
Membawa manfaat pendidikan kepada setiap rakyat dalam setiap masyarakat.

Kepentingan
1.       Eradicate extreme poverty and hunger ( membasmi kemiskinan dan kelaparan)
·         Meluaskan pendidikan terutamanya untuk anak-anak perempuan bagi mengurangkan kebuluran. Peningkatan perempuan di dalam pendidikan mencipta perbezaan yang ketara dalam mengurangkan malnutrisi, dan juga prestasi dalam peningkatan ketersediaan makanan. Institusi Penyelidikan Polisi Makanan Antarabangsa (IFPRI) telah melakukan kajian terhadap 63 buah negara dan mendapati pertanian lebih produktif disebabkan keberhasilan pelaksanaan pendidikan ke atas kaum wanita.
·         Salah sebuah negara yang mempunyai kadar produktiviti pertanian yang rendah adalah Kenya.
·         Wanita memainkan peranan yang penting dalam bidang pertanian dunia. Kira-kira 70% daripada pekerja-pekerja pertanian, 80% daripada pengeluar makanan, dan 10% daripada orang-orang yang proses asas bahan makanan adalah wanita dan mereka juga menjalankan 60% hingga 90% daripada pemasaran luar bandar, dengan itu menjadikan lebih daripada dua pertiga daripada tenaga kerja dalam pengeluaran pertanian.

2.       Improve maternal health and reduce child mortality ( meningkatkan kadar kesihatan ibu dan mengurangkan kadar kematian)
·         EFA menyumbang kepada kesinambungan hidup kanak-kanak dan kesihatan ibu. Ibu yang berpendidikan yang melahirkan anak akan menghadapi kurang risiko kematian anaknya berbanding ibu yang tidak berpendidikan. Ibu yang berpendidikan 50% berkemungkinan akan mendapat rawatan pelali ketika melahirkan anak berbanding ibu yang mengambil jalan mudah melahirkan anak dengan rawatan tradisional.
·         Ibu yang berpendidikan juga akan mendapat nasihat pra-lahir dan mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan diri dan anak selepas bersalin justeru dapat mengurangkan risiko kematian ibu dan anak yang dilahirkan.
·         Sebagai contoh: India, Afrika dan Bangladesh.

3.       Combat HIV/ AIDS Malaria in other diseases (Memerangi HIV/AIDS, Malaria dan pelbagai penyakit lain).

·         Pendidikan memerangi penyakit HIV/AIDS. Mereka yang berpendidikan tentang penyakit HIV dan AIDS. Jika setiap kanak-kanak lelaki dan perempuan menerima pendidikan yang lengkap terhadap penyakit ini berkemungkinan sebanyak 7 juta kes baru HIV dapat ditegah dalam satu dekad.

4.       Promote gender equality and empower women (kesaksamaan jantina dan memperkasa golongan wanita)
·         Kaum wanita didiskriminasi melalui- kurang pengalaman/ pendidikan, perkahwinan, kadar upah, kekuatan fizikal dan gangguan seksual
·         Asia Selatan dan Afrika Sub-Sahara mempunyai kuasa nisbah jantina di bawah 0.90. walau bagaimanapun kadar penyertaan kaum perempuan di dalam pendidikan masih rendah di seluruh rantau.
·         Sekiranya jurang gender dirapatkan maka peluang untuk meluaskan pasaran pelbagai sektor amat cerah.

5.       Achieve universal primary education ( mencapai pendidikan sekolah rendah sedunia)
·         Seramai 70 billion kanak-kanak lelaki dan perempuan tidak mendapat pendidikan sekolah menengah di seluruh dunia. Rata-ratanya di negara Sub-Sahara Afrika dan South Asia dan South Asia.
·         Pendidikan merupakan asas pembinaan ekonomi yang berdaya saing di peringkat global dan masyarakat demokrasi pendidikan. Pendidikan merupakan kunci bagi mewujudkan permohonan dan sebagai alat penyebaran idea-idea baru serta teknologi serta menambah kognitif lain seperti kemahiran yang dapat meningkatkan produktiviti pekerja. Amartya Sen (1990), pendidikan dapat membasmi kemiskinan dan ketidaksamaan dan memberi peningkatan pertumbuhan ekonomi.
·         Kejayaan EFA dapat dibuktikan di negara China, Chile, Cuba, Singapura dan Sri Lanka. Ini menjadi contoh supaya negara-negara lain dapat disenaraikan dalam ranking kejayaan mencapai objektif universal pendidikan menengah.

No comments:

Post a Comment