Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Trade Optimist Vs Trade Pessimists


Apakah isu yg menjadi asas  bagi debat di antara golongan penyokong perdagangan ( trade optimists) dan golongan pembangkang perdagangan ( trade pesismists)? Pada pendapat anda mana satu pihak yang memberi  pandangan yang lebih bernas? 

Ø  Definisi
-          Trade Optimists -Perdagangan bebas, polisi penggalakkan eksport dan pembangunan menghala ke luar .
                                                                    VERSUS
-          Trade Pessimists-Lebih perlindungan, strategi menghala ke dalam dan strategi gantian import

-          Tiga tema utama yang didukung oleh golongan penyokong perdagangan

·     Pertumbuhan yang terhad oleh permintaan dunia bagi barangan eksport 
·     Kemerosotan syarat-syarat perdagangan bagi negara yang mengeluarkan barangan primer
·     Kebangkitan “perlindungan baru” (new protectionism) terhadap eksport dari LDC bagi barangan pembuatan dan barangan pertanian yang diproses. 

Ø  MANAKALA Golongan Penyokong Perdagangan mengenalpasti 8 hujah utama:
-    Menurut mereka, liberalisasi perdagangan  yang merangkumi penggalakkan eksport, penyusutan nilai matawang, pembuangan terhadap halangan perdagangan) akan menjana eksport dan pertumbuhan ekonomi disebabkan faedah-faedah tersebut:
i.    Mempromosikan persaingan, menggalak dan memajukan peruntukan sumber, dan skala ekonomi di mana NSM mempunyai faedah bandingan.  Oleh demikian, kos pengeluaran akan dikurangkan.
ii.   Memberi tekanan untuk meningkatkan keberkesanan, kemajuan produk, dan perubahan teknikal.  Dan seterusnya meningkatkan produktiviti factor dan kemudiannya menurunkan kos pengeluaran.
iii.  Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya, di mana keuntungan ditingkatkan dan juga mempromosi lebih banyak simpanan, pelaburan dan juga pertumbuhan.
 iv. Memansuhkan kos ekonomi penyelewengn disebabkan oleh campurtangan NSM dalam kedua-duanya pasaran pertukaran asing dan eksport, dan juga menggantikan peruntukan pasaran bagi rasuah yang disebabkan oleh sector NSM yang terlampau aktif.
v.   Mempromosikan peluang yang lebih saksama untuk mendapatkan sumber yang terhad, yang akan memajukan peruntukan sumber secara keseluruhannya.
vi. Membolehkan NSM untuk mengambil kesempatan ke atas reformasi di bawah world trade organisation (WTO)



      Tiga tema utama yang didukung oleh golongan pembangkang perdagangan: 


1. Merugikan negara membangun

-    perdagangan antarabangsa merugikan negara membangun yang mengeksport bahan mentah sebaliknya menguntungkan negara maju yang mengeksport barang perkilangan yang
memounyai harga tinggi.

-    maka negara maju memperoleh barang import yang lebih banyak jumlahnya dengan
hanya menukarkan barang eksport yang sedikit tetapi sama nilainya
-     wujud perbezaan kakayaan antara negara maju dengan negara membangun

 2. Menimbulkan masalah lambakan

-     melalui perdagangan antarabangsa, sesetengah negara pengeksport boleh melakukan
lambakan. Lambakan ialah menjual barang keluaran dengan harga yang lebih rendah
daripada keluaran industri tempatan.

-    Tujuan lambakan adalah menghabiskan lebihan
penawaran dalam negeri atau mengusir pesaing supaya wujud monopoli di pasaran
dunia
-     Industri tempatan juga terjejas
 3. Terlalu bergantung kepada sektor eksport atau import

-     Pertumbuhan ekonomi negara yang terlalu bergantung kapada eksport terjejas jika
harga barang dieksport jatuh. Kadar pengangguran sektor terbabit meningkat.
Pendapatan negara juga jatuh

-     Negara yang terlalu bergntung kepada sektor import juga hadapi risiko tinggi
seperti peperangan di negara pengeksport dan tindakan sabotaj negara pengeksport
yang hentikan urusniaga pada bila-bila masa

Ø  MANAKALA Golongan Penyokong pembangkang  perdagangan mengenalpasti 5 hujah utama:
-     Menurut mereka , apabila tiadanya perdagangan bebas, lebihnya perlindungan,strategi menghala kedalam dan strategi gantian import akan lebih menjana pertumbuhan ekonomi NSM itu sendiri tanpa dieksploitasi oleh negara maju disebabkan oleh faedah2 tersebut:

a)       Melindungi Industri Penting
-          seperti industri berat perlu dilindungi kerana kedua-dua industri ini amat penting semasa waktu ekonomi di NSM jatuh
-          NSM akan mengenakan sekatan import.

b)       Mempelbagaikan Ekonomi Negara
-     untuk menaikkan daya pengeluaran dan pendapatan negara, NSM akan mempelbagaikan ekonomi negara khasnya memajukan industri perkilangan.
-     usaha ini dapat mengurangkan pergantungan negara pada barang import.
-     NSM akan menyekat barang import terhadap keluaran negara asing yang bersaing dengan keluaran tempatan.
-     NSM juga akan menggalakkan eksport untuk meninggikan daya persaingan barang eksport negara di pasaran antarabangsa.

c)       Meningkatkan Guna Tenaga
-     industri perkilangan dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan pendapatan negara dan mengurangkan kadar pengangguran
-    NSM akan menyekat import untuk melindungi industri tempatan demi meningkatkan guna tenaga dalam negara.

d)       Memperbaiki Imbangan Pembayaran Yang Negatif
-     hal ini wujud apabila jumlah import lebih besar daripada jumlah eksport.
-     untuk memperbaiki imbangan pembayaran yang negatif ini, NSM akan mengurangkan import melalui sekatan import serta menambahkan eksport.

e)       Menambah Pendapatan NSM
-     sekatan dalam bentuk tarif merupakan sumber pendapatan kepada NSM.
-     tarif dapat juga melindungi industri tempatan dan memperbaiki imbangan pembayaran negara.

Ø  Kesimpulan 


:: Hujah Perdagangan pesimis
- pertumbuhan permintaan dunia untuk eksport utama Terhad
- kemerosotan Sekuler dalam hal perdagangan 

    -peningkatan dalam dasar perlindungan baru 

:: Hujah Perdagangan optimis 
- Liberalisasi Perdagangan menunjukan persaingan dan berkesan
-  Menghasilkan tekanan untuk peningkatan produk
- memecut keseluruhan pertumbuhan

Aku juga ingin menjadi sepertinya...InSyaAllaH!!!

“Ya ALLAH..sejuknya kelas,ada ustazah..”
“Ustazah ambik course Tesl????”
“Ustazah,mari la beli kat sini…macam-macam lauk ada..”
“Dari sekolah agama ke?” “laaa..ingatkan ambik course Bahasa Arab/Pendidikan Islam..”
“Anak tok imam ke??”
“Macam mana boleh tergerak nak pakai tudung labuh??” . . .
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran buat ALLAH, pemilik segala yang ada di langit dan di bumi. Tuhan yang Maha mentadbir sekalian alam. Maha pemberi hidayah dan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Termenung sejenak Nisa’, memikirkan betapa pemurah dan penyayangnya ALLAH..Allahurabbi.. terkadang malu rasanya… Terlalu baik ALLAH terhadap dirinya, sedangkan dirinya????..seringkali lalai dari mensyukuri nikmat Nya..

Kadang-kadang mati akal Nisa’ nak berdepan dengan soalan-soalan yang diterimanya.. tiada jawapan yang khusus untuk diberi.. “Alhamdulillah…semuanya dengan izin ALLAH..” Tu lah mungkin jawapan terbaik yang boleh diberi.. kadang-kadang, senyum aje ..^_^ Fitrah manusia, akan sentiasa berhajat kepada kebaikan dan perkara yang terbaik..
Nisa’ menyimpan impian untuk bertudung labuh sejak dari sekolah menengah lagi.. Setiap kali Nisa’ melihat muslimat yang bertudung labuh,sering kali hatinya cemburu, sedih, sayu T_T. Dan setiap kali melihat muslimat lain bertudung labuh juga, Nisa’ rasa tenang sangat dan sayang pada mereka walaupun tak kenal.. Hatinya selalu bermohon agar ALLAH pilih juga dirinya untuk bertudung labuh.. ALHAMDULILLAH.. Setiap kali bersama sahabat-sahabat usrah ketika di matrikulasi, Nisa’ rasa betapa kerdil dirinya..ALLAH..jauh beza kalau nak dibandingkan dirinya dengan sahabat yang lain..perasaan rendah diri sentiasa membaluti hati..
Setahun berlalu hidup Nisa’ di matrik..dan syukur sekali lagi kerana ALLAH sudi memilihnya untuk meneruskan pengajian di universiti pilihan hatinya.. Syukur dipanjatkan kepada ALLAH, kerana sudi menempatkan dirinya bersama insan-insan solehah lagi..makin bertambah rindunya untuk bertudung labuh..tapi hati masih lagi tak kuat… Di akhir semester 1, Nisa’ nekad..
“Mak..nak beli kain tudung..nak buat tudung labuh”
“nak pakai tudung labuh pulak?”
“tak boleh ke?”
“bukan tak boleh…nantikan buat tak pakai….”
Ya ALLAH.. Tuhan sahaja yang tahu betapa pedihnya hati saat tu..perbualan di telefon di ditamatkan.. Bertemankan air mata Nisa’ hari tu.. “ya ALLAH” Bagi Nisa’, mungkin tiada rezekinya untuk menyarungkan tudung labuh..Cukuplah dengan tudung bidang biasa yang sudah cukup sekadar menutupi dada itu.. Maha Memakbulkan ALLAH..
Dipendekkan cerita.. sebelum pulang ke kampung untuk cuti akhir semester, Nisa’ bertekad dengan azamnya.. Dibeli kain untuk buat tudung labuh.. Shopping sakan kat kedai yang kebetulan ada jualan murah time tu..^_^..sekali lagi, niatnya melabur kerana ALLAH..insyaallah.. berhabis sedikit takpe.. Hati sedikit ragu-ragu.. Mujur ada sahabat solehah yang setia memberi sokongan…
“Salam..sahabatku..mohon sedikit nasihat.. ana tahu bukan senang nak tempuh jalan yang dipilih..ukhti, ana nak pakai tudung labuh..tudung dah siap pun..tapi kadang-kadang ragu pun ade..rase macam tak selari dengan hakikat diri..macam mana ye?”
“ wassalam..tahniah sahabatku..hatiku teramat bahagia mendengar khabar berita mu itu.. insyaallah ukhti..yakinkan hatimu bahawa bertudung labuh itu bukan untuk sesiapa,tetapi untuk dirimu sebagai jalan mendekatkan diri kepada ALLAH.. sebagai salah satu cara untuk menutup dan menjaga auratmu..ikhlaskan hatimu dan berdoalah semoga diberi ketenangan dan ketabahan dengan hijrah ini..ALLAH itu maha penyayang lagi pengasih..Dia sayang padamu, kerana itu Dia melorongkan hatimu ke jalan ini..yakin dengan kata hati mu,walaupun kadang-kadang akal menghalang mu..semoga diri mu tetap teguh atas hijrah ini..insyaallahh..^_^ and..welcome to the club..motonya aurat kita maruah kita..tanda kasihnya Pencipta kita..^_~..”
Alhamdulillah.. indahnya bersahabat dengan insan soleh.. Semester 2 menyaksikan sedikit perubahan daripada Nisa’.. tiada kata yang mampu dilafazkan ..hanya puji-pujian bagi ALLAH kerana memakbulkan doanya sejak sekian lama.. Bermula dengan tudung bawal,tudung bidang 45, 60 dan alhamdulillah akhirnya termakbul doanya untuk menyarungkan tudung labuh..
ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..
Sungguh..nikmat ketenangan memakai tudung labuh sangat luar biasa..terasa diri selamat di balik sehelai kain itu.. Sujud syukur pada Mu ya ALLAH…. “ya ALLAH..ikhlaskan hatiku dengan jalan yang dipilih..sesungguhnya semuanya adalah untuk mencari redha MU..istiqamahkan langkahku ya ALLAH..Sesungguhnya tiada lain yang ku damba..hanya keredhaan Mu agar mengiringiku di dunia dan akhirat.. perelokkanlah akhlak ku jua seiring dengan eloknyanya apa yang terzahir..Tambahkan ilmu ku..kuatkan daku untuk beramal dengannya.. moga ada manfaat yang mampu ku curahkan buat ummah dan agama MU.. buat sahabat-sahabat yang banyak membantu..moga ALLAH membalas yang setimpalnya buat kalian..sesungguhnya Dia lah sebaik-baik Pembalas…”
Meskipun sekarang Nisa’ sudah bertudung labuh, tapi perasaan cemburunya terhadap kesolehan muslimat-muslimat yang lain tetap ada..kerana dia tahu hakikat dirinya yang sebenar..penuh kekurangan.. Bukan datang dari sekolah agama..datang dari keluarga yang biasa.. Teringat kata-kata ustazahnya..:
” kita tak boleh pilih siapa untuk jadi ahli keluarga kita..tapi kita boleh ubah keluarga kita…”
Bukanlah dirinya sempurna..terlalu banyak kekurangan yang perlu diperbaiki lagi..terlalu lemah dirinya dalam mujahadah..kadang-kadang tewas juga.. tapi insya-Allah, satu prinsip yang dipegangnya..
‘ALLAH tidak pernah mensia-siakan hamba-Nya yang berhajat kepada kebaikan..’
Tudung labuh bukan untuk ustazah je..bukan untuk pelajar sekolah agama je..tapi menjadi kewajipan untuk wanita islam yang mukallaf untuk menutup auratnya dengan sempurna.. Insyaallah, sedikit sebanyak pengalaman seorang Nisa’..moga menjadi iktibar dan penguat semangat untuk sahabat-sahabat dalam melangkah menuju penghijrahan.
Yakinlah..tiada yang mustahil..andai ALLAH kata jadi, maka jadilah….
p/s: andai dirasakan coretan ini bermanfaat,kutiplah ia sebagai ilmu..jika tidak, buanglah ia jauh-jauh..mohon teguran dan nasihat untuk setiap kekhilafan….
Wallahu ‘alam..
Kiriman Nisa’ (PendidikMuslimah13.blogspot.com)
copy & paste from: http://www.kisahwanita.com/hanyalah-seorang-nisa
***************************************************************************
Apabila membaca kisah ini,aku dapati kisah ini sedikit sebanyak ada persamaan denganku. Aku yang selalu dahaga untuk berubah ke arah kebaikan tetapi sering kali tewas. Cemburu rasanya dengan penulis di mana dia melaksanakan keinginannya sedangkan aku??? masih tidak terdaya dan sering kali berubah-ubah seperti lalang ditiup angin. Bertapa sukarnya untuk mengISTIQAMAHKAN diri.  Sekiranya kita melakukan perubahan kerana Allah segalanya akan menjadi mudah.
 " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka bersedia berubah"

Ya Allah aku memohon hidayah daripadaMu.
Ya Allah kirimkanlah kepadaku seorang sahabat yang boleh membawa diri ini mendapat hidayahMu.
Ya Allah hadirkan seseorang kepadaku untuk memanduku menuju ke destinasi redhaMu dan rahmatMU.
Ya Allah hadirkanlah seseorang yang mana aku  melihat wajahnya aku ingat kepadaMu, kata-katanya sering membuat hatiku terusik dan sering mengingatkan diriku menuju ke jalan yang benar dalam redhaMu.

ucapkanlah..

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... hari ini kita masih diberikan nyawa oleh Allah Swt untuk menghirup udara di muka bumi ini. Malah Allah juga masih diberi nikmat kesihatan, kekayaan, ketenangan, dan banyak lagi nikmat-nikmat yang tidak terhitung pemberianNya kepada kita..Persoalanan berapa banyak kita mensyukurinya???(errkk). Fikir-fikirkan untuk kebaikan kita bersama. 
sekarang saya ada satu permainan yang InsyaAllah sangat menarik dan semoga dapat menambahkan AMAL, IMAN DAN TAQWA kita kepada pencipta kita. Yang mana kita sering terlupa walaupun ia adalah sesuatu yang mudah dilakukan dan sukar untuk diamal..sekarang jom kita main sama-sama...



" TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH"
  
jom try ni nak......best....amat menarik.....suatu tanda kebesaran Allah....

  cuba ambil cermin, atau apa sahaja yang membolehkan anda melihat bibir anda....

  kemudian ucapkanlah

  "la ilaha illa allah"

  maksudnya, tiada tuhan selain Allah...

  jadi apa anda perasan, apabila anda melihat bibir anda....

  hampir tiada berlaku pergerakkan yang besar pada bibir anda....kan?

  senang kan nak sebut, bibir ringan jer.....jadi kenapa kalimah ini dijadikan oleh Allah begitu    senang untuk bibir sebutkan...?

  untuk memudahkan hambaNya yang BERTAKWA untuk mengucap kalimah inisebelum mati....

  walaupun kalimah ini ringan dibibir, namun berat untuk dilaksanakan...

  para ulamak dahulu kala menulis berpuluh puluh kitab, hanya untuk menafsirkan kalimah yang amat ringan bibir kita laksanakan....betul tak...cuba try lagi...ringan je nak sebut...

  ingat.....siapa yang meringankan diri dia untuk mengucap kalimah ini, nescaya Allah akan meringan bibir dia untuk mengucap kalimah ini semasa maut..



Sabda nabi s.a.w.. perbaharuilah iman kamu, tanya shabat, bagaimana ya rasullullah. Perbanyakkan mengucapkan kalimah lailahhaillallah... dari hadist ini ulamak menfsirkan bahawa perbanyakkan dakwah kalimah ini dlm kehidupan seharian dengn menafikan asbab dan mentauhidkan ALLAH, dan berjumpa umat sampaikan hak kalimah ini kpd mereka hati ke hati..insyaALLAH asbab pngrbanan ini ALLAH akan menguatkan iman2 kita.. seperti para nabi n para sahabat.. insyaALLAH.. USAHA ATAS IMAN N AMAL =)

wassalam..

Stanza Cinta

Ya Allah,
 jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu…

Ya Rabbi,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya bertaut pada-Mu
Agar tidak aku terjatuh
Ke dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbul ‘Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan-Mu…

Ya Rafi’,
Jika aku menikmati cinta hamba-Mu,
Jangankanlah kenikmatan itu
melebihi nikmatnya bermunajat kepada-Mu…

Ya Mu’iz,
Jika aku jatuh hati pada hamba-mu,
 jangan biarkan aku terjatuh dalam perjalanan
 menyeru manusia kepada-Mu…

Ya ‘Azim,
Jika aku merindui hamba-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu…


Aamiin...

Sempoi di petang hari..wokehh

Ustz Mohd Iskandar: salam
Sauqah: wassalam
Sauqah: jd ustaz sy meta buleh?
Sauqah: hehe
Sauqah: nak tanya soaln ni
Ustz. Mohd Iskandar: hehe
Ustz. Mohd Iskandar: ustaz gapo plak ni
Sauqah: yela
Sauqah: nak tanya soalan
Sauqah: buleh dop?
Ustz. Mohd Iskandar: em
Ustz. Mohd Iskandar: tanyo la
Ustz. Mohd Iskandar: kalu buleh jawab
Ustz. Mohd Iskandar: ambe jawab
Sauqah: supo Ustz Azhar Idrus plak
Ustz. Mohd Iskandar: eh
Ustz. Mohd Iskandar: jngn samekan
Sauqah: buke
Ustz. Mohd Iskandar: sy ngn die jauh langit dn bumi
Sauqah: sbb sebut 'ambe' etek
Ustz. Mohd Iskandar: hehe
Ustz. Mohd Iskandar: nk tanye ape cik Saukah
Sauqah: erm..gini kt kan xleh lalu depe ore duk maye kan..tp dalm bilik ni katil sy duk arah kiblat..jd klu saen saya maye mesti mengarah kot katil sy..klu dye maye masa sy tido tue kiro gane? dosa x saya?
Ustz. Mohd Iskandar: em dok dose sikit pon
Sauqah: sbb?

Ustz. Mohd Iskandar: kalau aw mengigau pastu aw bangun dn jalan atas sejadah die pon x berdosa. sebab nabi bersabde...3 perkare yg terangkat dr umatku..maksudnye x berdosa...salah satu ketika tidur sehingga terjaga. die gini
Ustz. Mohd Iskandar: kawan aw bukan sembahyang hadap aw
Ustz. Mohd Iskandar: tapi hadap qiblat
Ustz. Mohd Iskandar: kalau aw x tdo lg  sebaiknye  aw x yah naik katil tu kalau ade org tengah sembahyang kat katil aw tu sebab die akan ngandap aw kalau aw naik atas katil...nanti menganggu
Ustz. Mohd Iskandar: tapi kalau die x ngadap katil tu x pe
Ustz. Mohd Iskandar: xde salahnya
Ustz. Mohd Iskandar: jngn risau la
Ustz. Mohd Iskandar: sepatutnye org yg sembahyang tu die kene letak penghadang kt depan die sembahyang sebab nk buat sutrah...
Ustz. Mohd Iskandar: kalau kawan aw dh buat penghadang kt depan sejadah die..aw nk berlari boleh depan penghadang tu
Ustz. Mohd Iskandar: tp kalau aw dh tdo
Ustz. Mohd Iskandar: aw xde salah ape pon
Ustz. Mohd Iskandar: kalau suami lafaz cerai ketike tdo pon x dikire lafaz cerai tu sah
Sauqah: tp sejadah tue xleh jd penghadang ke?
Ustz. Mohd Iskandar: sejadah tu kire sempadan die la
Ustz. Mohd Iskandar: aw x buleh lalu atas sejadah tu
Ustz. Mohd Iskandar: tp seeloknya ade sejadah dn penghadang
Ustz. Mohd Iskandar: tu lebih elok
Ustz. Mohd Iskandar: penghadang ni x payah tinggi2

Ustz. Mohd Iskandar: bantal pon boleh, gumpal2 kain pon boleh
Sauqah: mekasih ustaz
Sauqah: sy pehe dh
Sauqah: ustaz bz x?
Sauqah: ad soalan agi ni

Ustz. Mohd Iskandar: haha
Ustz. Mohd Iskandar: jngn panggil ustz
Ustz. Mohd Iskandar: x layak
Ustz. Mohd Iskandar: em kalau boleh jawab sy jawab
Ustz. Mohd Iskandar: kalau dok buleh
Ustz. Mohd Iskandar: sy x kan jawab
Ustz. Mohd Iskandar: sebab nanti berdosa
Sauqah: ok2
Sauqah: bz dop ni?
Mohd Iskandar: dop
Sauqah: k.soalan dye
Sauqah: aurat perempuan dengan bkn muhrim kan muka ngan tapak tgn (depe blake)..jadi dagu tue dikira bahagian muka x? sbb klu semaye cover dagu kan xleh...tp cane plak ngan pemakaian tudung yg xcover dagu tue?
Sauqah: ulas kit ustak
Ustz. Mohd Iskandar: em salah lafaz ni
Ustz. Mohd Iskandar: mahram cik saukah
Ustz. Mohd Iskandar: bukan muhrim
Sauqah: ok2
Sauqah: opss
Ustz. Mohd Iskandar: kalau muhrim ni org yg tengah berihram
Ustz. Mohd Iskandar: em xpe2
Ustz. Mohd Iskandar: em sempadan muke yg aurat ni tempat tumbuh rambut

Ustz. Mohd Iskandar: kalau bahasa arab dagu tu lihyah tempat tumbuh janggut. dlm sembahyang pempuan tutup kat tulaang dagu tu je.
Sauqah: syukran jazilan ya ustaz. Jazakallahu khairan kasiran.

Ahlan wa sahlan 1433/ 2012

Di tahun baru ini, mungkin ramai daripada kita memasang azam masing-masing. Ramai orang yang berharap agar tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Ya, saya pun berharap begitulah hendaknya. Apa yang kita harapkan janganlah semata-mata harapan sahaja akan tetapi mesti disusuli dengan tindakan. INGATLAH, masa tidak pernah menunggu kita sekiranya kita lalai hanya sedetikpun kita akan ketinggalan. Masa adalah amat penting untuk kita hargainya dan gunakannya dengan baik dan penuh berhikmah. Sekiranya masa itu tidak penting maka tiadalah istilah MASA ITU EMAS, MASA IBARAT PEDANG. Dan Allah juga ada berfirman: 
"Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (al-asr)
Semoga kita sama-sama lebih memperhebatkan ibadah, lebih tawadhuk, lebih banyak mencari kesalahan diri sendiri dan lebih cekal berjuang di jalan Allah swt. Allahu Akhbar!

InsyaLLaH, semoga Allah menambahkan kekuatan dan ketabahan pada diri ini melalui liku-liku kehidupan yang mendatang...Amiin Ya Rabb..

In Friday vs hari Jumaat

Time: 10.00
Date : 30/12/2011
Location: Lib PHS
Situasi: Sedang khusyuk study Munakahat/ HIS224. Tiba-tiba aku didatangi oleh seorang “Mak Cik” yang juga merupakan pelajar  sini.
Mak Cik: Dik, tahu  tak nak guna ‘Paper Logic’ cam mana?
Aku : owh…saya tahu ( sambil memandang sekeliling  hati kecilku berkata “ramai je orang kat sini mengapa mak cik pilih aku untuk tanyakan ini sedang aku berada sedikit jauh dan terlindung tapi rasa bahagia sebab mak cik ni pilih aku untuk membantunya”)
Sampai sahaja dekat komputer
Aku: Mak cik nak print yang mana satu ni?
Mak cik: ni semuanya mak cik nak print
Aku: okey saya cuba.
Setelah selesai aku kembali semula ke tempat asal aku untuk sambung study
Beberapa minit kemudian
Mak cik : Dik xjadila kertas tak keluar?
Aku: nanti saya cek ( sambil berjalan ke arah printer yang dimaksudkan tersebut. Tekan-tekan apa-apa yang patut..hehe. “hang plak printer ni”
Mak cik: tak boleh ke?
Aku: ‘Hang’ la  mak cik. Nanti saya p tanya ‘Librarian’. Bergegas turun tangga untuk pergi jumpa encik Librarian
Sampai dekat kaunter pertanyaan
Aku: encik kenapa printer tue xleh guna?
Encik Librarian: @####
Aku: okla encik. Terima kasih!!! Sambil melemparkan senyuman
Naik semula mendapatkan mak cik tadi
Aku: mak ada duit ke dalam kad matrik mak cik ni?
Mak cik : ada lagi.
Aku: kalau macam tue mak cik kena pegi kat library satu lagi la. sebab kat sini xleh guna
Mak cik: la,,,dah la exam nak dekat dah..kla cancel balik la, mak cik nak peg kat lib satu lagi la.
Kesian Mak Cik nie kena pegi kat lib satu lagi plak. Dalam situasi tadi sempatla jugak bertanya tentang Mak Cik ni. Sebab selama ni rajin sangat  terserempak dengan dia dekat lib nie. Tertanya-tanya la jugak mak cik sambung blaja apa ye, rajinnya mak cik nie. Rasanya mak cik nie dah pangkat nenek dah akan tetapi masih lagi bersemangat untuk sambung belajar terasa malu diri ini dengan mak cik ni.
Hari ini terjawablah persoalanku selama ini walaupun tidak semuanya. Dapat tahulah bahawa mak cik ni buat Master dalam bidang Komunikasi  Tv dan Penyiaran. Semangat yang ada dalam dirinya menyedarkan aku bahawa  ‘kalau dia yang dah berumur masih lagi cintakan ilmu dan masih lagi ingin belajar sedang kan aku yang muda tran ten-teng ini malas belajar”. Ye bertapa malu dan terpanah jugaklah.
Baru terfikir ada hikmat juga aku duduk di tempat yang bukan biasa aku duduk dalam lib tue boleh jugak mak cik meminta tolong daripadku. Walaupun aku tidak mampu untuk menolongnya sepenuhnya. Dan dapat jugak menjawab persoalanku selama ini. Aku harap Mak Cik dapatlah Print paper dia dengan menggunakan ‘paper logic’. Aku juga berharap Mak Cik tu dapat menghabiskan pengajiannya dengan jayanya dan dapat menjadi contoh inspirasi  kepada insan seperti aku ini dan anak-anak dan cucu beliau untuk berjaya seperti beliau.

LAMARAN DARIPADA SESEORANG...AW



Assalamualaikum...

“Ana akan ta’aruf dengan ukhti beberapa tahun lagi, ketika ukhti sudah lulus”

“Untuk apa antum katakan itu skrg akhi?
Jika belum siap adalah jawapannya,
Lalu mengapa harus antum katakan rencana tersebut pada saya?
Tak tahukah antum, kalimat itu menggoyahkan kekukuhan iman yang susah payah saya bangun?”

Ketika antum mengatakan:
“Ana ingin jaga hati ana untuk ta’aruf dengan ukhti nanti”

“Lantas, apakah dengan antum berkata seperti itu,
Lalu prilaku antum yang sering menelefon saya itu tidak bererti mengotori hati?
Antum memang sudah seharusnya menjaga hati,
hingga tiba saatnya nanti untuk antum berikan seutuhnya kepada wanita yang berhak.”

Ketika antum mengatakan:
“Hati hati, di sana. Jaga diri baik baik.”

“Bukannya saya tidak suka diperhatikan dan dijaga,
tapi cukuplah Allah yang akan menjagaku...
Bukankah Allah adalah sebaik-baik Pelindung?”

Ketika antum mengatakan:
“Ana harap ukhti tidak ta’aruf dengan orang lain sebelum ana”

“Saya tidak bisa menjanjikan apapun,
kerana saya tidak tahu apa yang akan terjadi nanti..”

.......

Wahai akhwat, jika datang kepadamu laki-laki baik-baik yang melamarmu,
maka bisa jadi dialah pangeranmu.

Wahai ikhwan, jika gadis pujaanmu telah dikhitbah laki-laki lain, maka ikhlaskanlah. Kerana bisa jadi dia bukanlah bidadarimu.

......

Maka jika nantinya kita tidak berjodoh, mungkin saya tak cukup baik untukmu,
pasti ada wanita lain yang lebih baik untukmu....
Dan yakinlah, jika memang aku adalah pasangan dari tulang rusukmu,
maka tanpa antum minta untuk tidak ta’aruf dengan orang lainpun,
saya akan tetap menjadi pendampingmu...
Karena saya yakin TULANG RUSUK TAKKAN TERTUKAR................
       Saya membaca semula kisah ini,bagi menguatkan kembali hatiku  yang makin melupai bahawa "Jodoh" itu pasti ada cuma lambat atau cepat sahaja. Hatiku semakin rapuh dengan apa yang aku pertahankan selama ini, dengan prinsip yang dipegang selama ini dek kerana DILAMAR OLEH SEORANG PRIA. Bukannya tidak pernah dilamar pun sebelum ini..tapi, hari-hari lepas aku bisa aja menolaknya...n then kali ini walaupun berjaya menolaknya tapi ada sedikit perasaan kesalnya..Ya Allah ampunkanlah dosaku ini...Disaat aku cuba untuk membersihkan hati, di saat aku cuba memuhasabah diri, dia datang melamarku..sadis2... iya ini mungkin dugaan untukku. Walaupun  dia tidak mengajakku untuk bercinta, tetapi dengan berjanji akan menungguku sampaiku  habis belajar. sudah cukup  membimbangkanku, aku bimbang akan memasang angan pada perkara yang tidak pasti. Ya Allah berikanlah petunjuk kepadaku dan berikanlah kekuatan pada diriku ini. Sekiranya ada jodoh aku dan dia satukanlah hati kami Ya Allah!!!sekiranya dia bukan milikku jangankan ada apa-apa perasaanpun terhadapnya Ya Allah...AMPUNKANLAH DOSA HAMBA-MU YANG LEMAH INI..
AMIIN...

SeTiA MeNaNTI....???

ASSALAMUALAIKUM..








Kepada dia (.....), tiap dlm sujud solat2 ku,tiap dlm doa yg aku titipkan pd Illahi, tak pernah aku lupa berdoa & bermohon pd Allah yg maha Pengasih.. apalah kiranya, dilembutkan, dibukakan & ditautkan hati dia & hatiku.. aku mohon redha Mu ya Allah dengan menaruh kasih & sayang pd dia..sampai bila aku harus sendirian begini..sabar & terus bersabar..usaha & terus usaha.. doa & terus berdoa pd yg Maha Mengasihani...SEMOGA  DIKURNIAKAN YG TERBAIK UNTUK DIRIKU DAN DIRINYA..AMIIN..

hAH beRcerai!!!

Assalamualaikum wbt..


           Alhamdulillah, pada hari ini masih diberi nyawa oleh Allah Swt untuk menghirup udara di muka bumi ini. Dan diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu yang telah saya pelajari. Pada petang yang redup ini terlintas di fikiran saya untuk menulis berkenaan Talaq.
          Talaq??? rasanya semua orang dah tahu apa itu Talaq. Baiklah saya akan memberi sedikit huraian tentang Talaq. Talaq berlaku apabila suami malafazkan talaq kepada isterinya sama ada satu, dua dan tiga. Dengan lafaz Sorih ataupun Kinayah. Maka sekiranya cukup syarat-syaratnya maka jatuhlah talaq. Pada masa ini, terputuslah hubungan suami dan isteri. (walau  bagaimanapun untuk Talak Rajie selepas habis tempoh Iddah isteri iaitu tiga kali suci). Talaq adalah perkara yang paling ingin dielakkan oleh pasangan. "TALAQ ADALAH PERKARA HALAL YANG DIBENCI ALLAH"
         Apa yang ingin saya bincangkan hari ini ialah apakah tindakan si isteri selepas diceraikan? walaupun saya bukanlah seorang ustazah apatah lagi alim ulamak akan tetapi saya ingin kongsikan apa yang telah saya belajar. Bagi yang melangsungkan perkahwinan sudah pasti mengharapkan perkahwinan mereka bahagia sampai ke syurga dan berazam membina rumah tangga sakinah, wamarddah dan warahmah. Akan tetapi ada insan yang tidak kekal perkahwinannya. Seperti kata pepatah " ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari". Sekiranya hal ini berlaku janganlah kita bersedih hati anggaplah ini ujian yang mendidik daripada Allah Swt. Ingatlah kita pada Firman Allah yang bermaksud "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216.
      Bagi wanita-wanita diluar sana mungkin ramai yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas berlakunya perceraian. Perkara yang perlu dituntut oleh wanita selepas berlaku perceraian pertama ialah Mahar yang belum dibayar oleh suami semasa masih menjadi suami, (penuh ataupun separuh) mengikut cara perceraian. Kedua ialah Nafkah semasa iddah seperti tempat tinggal dan makan minum. Ketiga ialah menuntut Mutaah iaitu saguhati daripada pihak suami mengikut kemampuan pihak suami. Keempat ialah upah Hadanah (upah menyusu sekiranya ada anak). Upah hadanah juga termasuk yuran taman asuhan kanak-kanak atau upah kepada individu yang tertentu walaupun ibu bekerja masih berhak mendapat upah hadanah ini daripada bekas suami. Kelima ialah nafkah anak. Hal ini menjadi kewajipan kepada bapa untuk memberi nafkah kepada anaknya walaupun telah berpisah dengan ibunya (sekiranya anak tersebut dibawah jagaan ibunya). Nafkah anak merangkumi makanan, pakaian (perayaan dan persekolahan), tempat tinggal, belanja persekolahan dan rawatan perubatan. Dan bekas isteri juga berhak menuntut nafkah anak yang tetunggak sama ada dalam tempoh perkahwinan mahupun selepas berlaku perceraian. Dan terakhir sekali ialah harta sepercarian. Harta sepercarian ialah harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan melalui usaha bersama. Berikut adalah tuntutan yang perlu dilakukan oleh isteri selepas berlakunya perceraian. Banyak benda yang boleh dituntut dan si suami jangan pulak cuba melarikan diri...
                ------->> amboi...amboi dah masuk bab Talaq yang kita ni kahwin pun belum...heheh
cuma sedikit perkongsian apa yang saya pelajari dan saya fahami. Kepada ustaz, ustazah dan alim ulamak di luar sana (hihi...macam copy n paste ayat utz. Don la plak) betulkan saya sekiranya ada kesilapan dalam penulisan saya ini. Semoga dengan teguran itu dapat menambah input pengetahuan kepada saya...

terima kasih..wassalam

ECONOMY PLANNER:))


ASSALAMUALAIKUM..

Hari ini nak cuba jadi pakar ekonomi....acece,,,ccayalahhh...ok sekarang kita blaja berkaitan dengan Teori Rostow. Teori Rostow ini merupakan model pertumbuhan ekonomi yang linear yang berperingkat. Terdapat lima peringkat yang perlu dilalui oleh sesebuah negara untuk menjadi maju.

    Peringkat pertama ialah perekonomian semula ekonomi masyarakat tradisional (pertanian sara diri)      kepada ekonomi moden.
   Kedua, perwujudan pra-syarat untuk proses berlepas iaitu untuk memodernisasikan sesebuah negara.
   Ketiga ialah berlepas iaitu pendapatan per kapita dan berkemampuan untuk menyimpan menigkat.
  Keempat, ke arah kematangan ekonomi di mana sesebuah negara itu mampu untuk menghasilkan   barangan buatan sendiri tanpa mengimport daripada negara lain.
  Dan kelima, mencapai negara maju.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kritikan terhadap Teori Rostow ini. Antaranya ialah, sesebuah negara perlu meninggalkan ekonomi tradisional dan beralih kepada sektor ekonomi moden. sedangkan ekonomi tradisional ini memberikan sumbangan kepada pembangunan negara. Di negara maju, mereka tidak meniggalkan ekonomi tradisional sebaliknya memodenkan ekonomi tradisional. Teori ini hanya berjaya berlaku di Eropah sahaja. Teori pembangunan ini tidak berjaya di gunakan di negara-negara Asia, Afrika dan Amerika Latin. Kebanyakkannya negara-negara ini  merupakan negara membangun dan tidak sesuai menggunakan teori ini. selain itu, tahap pertumbuhan wilayah yang tidak sama juga menyukarkan untuk sesebuah negara mempraktikkan toeri tersebut.

SENYUM XPERLU KATA APA-APA


ASSALAMUALAIKUM..
 Hari ini pagi-pagi dah bukak FB. Then terbaca status IM Nazrul yang sangat menarik. Jadi terfikir nak masukkan dalam blog sayalah. Apa yang menariknya ialah dengan senyum sahaja kita mendapat pahala sedekah..MasyaAllah!!! perkara senang tapi sukar dilakukan. Kadang-kadang kalau kita senyum pada seseorang itu, dia boleh jer buat "dekk"... mulalah timbul perasaan menyesal dalam diri kita. Tapi apa yang penting kita ikhlas untuk senyum. Senyum jer pun xrugi apa-apa...so senyumlah selalu
tips: SENYUM JUGA AWET MUDA TAU!! JOM AMALKAN...:))
SENYUM ITU SEDEKAH...

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman)”. (Hadis Riwayat Muslim)

Memberi senyuman tidak kira kepada siapa pun ketika bertemu mungkin dianggap perkara kecil atau remeh tetapi senyuman ikhlas yang diberikan itu mempunyai nilai sedekah kerana menimbulkan kegembiraan orang lain dan mengeratkan ukhuwah sesama Muslim. Mengukir senyuman adalah kebaikan yang tidak memerlukan modal, namun ganjarannya besar dan begitu memberi kesan positifnya dalam kehidupan bermasyarakat. (IM MUDA NAZRUL)
                                                             IM MUDA NAZRUL
 

Interview Oh Interview!!!

           

ASSALAMUALAIKUM.....

HELLO,,,,
 Actually this Sem I have a lot of INTERVIEWs that I had attended. The first one I was attended interview to be the one who most important department in our hostel ( CG). But the first tried I'm was failed. And I try again n I'm not easily to give up. The second one is I have interview is to be someone in Convex. Convex is also important event in our university. This event during my university  convocation day. But I'm Failed again!!! never mind I don't care anymore. All of that just beginner for me to have many experience, because "EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER".
         Owh, now I remember the last Sem also attended interview for be PMSI. But as usually I'm Failed!!!
         And today I also attended interview to involved in EKSPEN. I hope  this interview can give me a good news...now I'm waiting for the their answer whether they accept me or not  in their department..never mind whether I get or not it is  because I'm just try it.
         The last one is I also attended the interview for LSP401 (English Subject)..HAHA this one is very  funny. This interview is compulsory to all student who taking LSP401. This interview different which another interview because it is JOB INTERVIEW. So we need to prepared cover later and resume also. In the interview I'm "Kelentong habis-habisan."..hehe.. and my lecture said so.That say I have so many interviews that I have attended. All of that i hope it can be interesting experience and memoriable for me as long as i in the University. if have another interview i will try again and again..JUST FOR FUN AND ALSO TRAIN MYSELF TO BE MOST CONFIDENT TO GO THE TRUE INTERVIEW WHEN I'M FINISHED MY STUDY TO GET A BETTER JOB..InsyaALLAH..Amiin.

WHATEVER!!!

kembali semula..hehe (welcome back)



ASSALAMUALAIKUM..

Lama rasanya tidak menjenguk Blog ini. Hari rasa terbuka hati untuk mencoret, meconteng kembali laman blog ini..hehe. Seingat saya, saya meninggalkan blog ini masa Sem 2 tapi sekarang dah nak habis Sem 3 dah pun. AGAK LAMA LA JUGAK. Tinggal beberapa hari, jam, saat dan detik bermulanya peperiksaan. Nak cuba tulis kot bahasa Inggerisla plak, maklumlah nanti nak exam BI jadi kenalah buat latihan banyak-banyak terutama sekali bahagian penulisan. Ada pepatah Inggeris kata " Practice Make Perfect" rasanya dah betul, klu salah tolong perbetulkan yea..kerana saya BUDAK BARU BELAJAR atau I'M A NEW LEARNER..hihi....Today i'm very happy because i got high mark in  english writting essei that why now i like to write in ENGLISH..I hope another day i can do more better than before. That is  the most important to me to score the higher mark..